MINYAK GAMAT PUNCA LUKA BERNANAH
Dari kecil dulu , Kalau aku balik kampung di Merbok kedah , Macam biasa lah budak2 kecil ni buas , Jadi aku akan main di bendang , Jalan2 dan tali air .
Masa tu cuti sekolah , Aku seorang sahaja yang balik ke kampung . Im sorry tok and tok wan , You gonna living in hell …
Pernah skali tu , Aku curi 2 tunggang motor tokwan aku . Senyap2 aku ambil kunci dan tunggang sekeliling kampung .
Tiba tiba kerbau melintas ..
Nah !!!! Ambik kau malang tak berbau .
Tuhan memang nak ajar masa tu . Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua .
Sama macam aku , Motor tu terhumban masuk dalam bendang . Honda c70 yang tadi nya berkilat , Kini satu warna sahaja . Warna lumpur .
Bukan setakat motor , Sebelum motor tu terbabas , Aku sempat melompat dari motor , Malangnya , Cara “ Landing” Aku salah . Lutut aku tertiarap atas jalan tar kemudian melambunv masuk dalam bendang .
Dua biji lutut dengan sambal merah diatas nya , Kini diliputi lumpur . Aku dan c70 , Akhirnya terbenam kedalam . Mujur ada seorang pakcik yang lalu lalang bantu aku untuk keluarkan aku dan motorsikal itu .
Aku pun heret lah motor tu sampai ke rumah tokwan . Dari jauh aku dah nampak , Tokwan dengan rokok balutnya sedang baring diatas kerusi malas di beranda rumah .
Aku tak takut masa tu sebab aku tau , Tokwan Aku rabun … So aku buat tak tau ..
Aku terus parking motor depan rumah , Sambil aku menyapa tokwan , Aku terus lari masuk kedalam
bilik air …
“ Aduhhhh !!!” Jerit aku berkali kali bila air mandian mula terkena pada luka kedua lutut aku …
Aku keluar dari bilik air sambil terhencut2 .. Kesakitan …
“ Kenapa tu ..!” Tanya Tok
“ Jatuh tadi …” Balas aku dengan senyuman
“ Mai sini tok tengok ..” Balas Tok
“ Hmmmm ..” Dengusan Tok lalu terus Bangun berdiri , Masuk kedalam bilik

“ Meh sini nak sapu ubat ..” Balas Tok
Tok pun apa lagi , Dicapainya ubat gamat …
“ Sapppp !!” minyak gamat mula disapu pada luka aku…
Sempat aku mencapai botol tu …
“ Tok ! Ubat apa ni … Berkeladak semacam .. Warna hitam … Kasar pulak tu ..” Balas Aku
“ Hat ni minyak tradisional , Orang kampung dok guna minyak ni untuk semua penyakit , hang habaq apa ja , Semua buleh. …Demam , Lelah semput , Kebas , Patah tulang , Sakit sendi , Luka … Minyak ajaib “ balas Tok sambil balut Luka aku dengan sehelai kain good morning putih
“ Tapi macam seram je tengok minyak ni ..” Balas Aku
“ Amboi … Pandai sungguh komplen , Dok elok la tu ada ubat .. Dari takdak apa apa ..” Balas Tok Mula cemuih …
Malam pertama , Aku dah mula menggigil Kesejukan …. Badan mula nak panas
Hari kedua , Dah mula hilang selera makan , Loya tekak , Badan seram sejuk
Malam kedua aku dah mula demam kesejukan … Menggigil … Muntah2 ….
Tok dan Tokwan dah mula tak keruan
Aku hanya mampu terbaring dalam posisi kaki kejang , Kalau dibengkok sakit , nanti kalau dah dibengkok , Kalau lurus balik , Siksa lagi …
Hari ke tiga , Keadaan aku makin teruk , Tok dan tokwan masih tak tenteram , Tok dapat kan bantuan pakngah yang tinggal tak jauh dari rumah tok
Aku dibawa ke Klinik ..
Balutan luka itu dibuka …
Kenapa ni ? Apa dah jadi …
“ Saya tunggang motor , Jatuh dalam bendang , Kaki terseret jalan tar sebelum terhumban … “ Balas Aku
“ Oh , berapa lama dah ni ?” tanya doktor
“ 3 Hari lepas , “ Balas Aku
“ Siapa yang balut ni ?” Tanya doktor
“ Tok , Tok yang bubuhkan minyak gamat , Tok balut dengan kain ni ..” Balas Aku
“ Habis tu , tak Cuci luka ?” Tanya doktor
“ Tak , Sbab saya. demam , Tok tak sampai hati tengok saya sakit kalau cuci luka ..” Balas Aku lagi sambil melihat doktor mula buka kain balutan
“ Arghhh !!! Busuk !! Hanyir !!!”

Lendir lendir nanah mula bercucuran
Aku yang sedang terbaring di atas katil tu pun tak sanggup nak hidu bau nanah luka tu
“ Teruk luka ni , Dah kena jangkitan kuman ni , Kalau bernanah banyak macam ni , Jangkitan bakteria … Saya kena cuci semula luka ni … Tambahan pulak demam sampai 39 , Saya masukkan drip air dulu ..” Balas Doktor
Masa tu memang aku dah lembik dah , bibir semua pecah2 kekeringan …
Yelah , Asal minum makan semuany muntah
tak sangka , Luka sebesar 50 sen , Azab dia macam nak meninggal separuh nyawa angkara Jangkitn kuman
Aku pulang ke rumah hari tu , Dibekalkan antibiotik , Ubat tahan sakit dan alatan cucian luka …
Keesokkan harinya , Selepas dos antibiotik pertama , Badan aku mula rasa bertenaga , Tak ada lagi loya ditekak .
Semakin hari bertambah baik .
Aku sangat sangat mengenang jasa tok yang cuba merawat aku masa tu .
Tapi bila aku dah besar , Baru lah aku faham , Jangkitan kuman ini adalah sesuatu yang kita tak nampak . Ramai yang ambil mudah .
Minyak gamat tak sesuai untuk rawatan luka , Kerana proses menghasilkan mintak gamat bukan lah proses steril . Minyak gamat adalah bukan aseptc dan tidak sesuai digunakan untuk luka
dan kandungan minyak gamat yang mempunyai serpihan kayu kayan dan akar adalah bersifat Tajam dan kasar , Yanf menyebabkan Microabrasion pada luka aku bertambah teruk dan terus memudahkan kemasukan bakteria ke dalam luka .
Cara rawatan Luka Superficial abrasion ini sebenarnya simple .
1 – Basuh luka dengan bersih sehingga tiada bau , Warna , dan bendasing

2- Jika ada saline water lebih baik untuk digunakan sebagai bahan pencuci

3- Ubat kuning , Iodin hanyalah digunakan untuk kali pertama mencuci luka sahaja sebagai antiseptic , Cucian kedua dan seterusnya tak perlu lagi Ubat iodin kerana ianya bersifat corrosive dan boleh menambahkan lagi radang pada luka
4 – Jika tiada iodin , Cukup sekadar saline solution untuk membasuh luka
5- Jangan balut dengan kain yang tiada ruang . Nanti luka berkepam
6 – Pastikan balut guna gauze , Kerana sifatnya yang berjaring memudahkan pengudaraan masuk pada kawasan luka .

7- basuh luka sebaikknya 3 kali sehari , Minimum 2 kali sehari
8- Jika demam , Atau keadaan pesakit makin teruk , Bawa berjumpa dengan doktor sama ada perlu antibiotik atau tidak .
9 – Minyak gamat hanya boleh digunakan untuk luaran sahaja , Sakit sendi , Kebas dan sebagainya . Dilarang untuk digunakan kepada luka mahupun Oral

Share dan Tag kawan kawan , Yang mana ada cikgu disekolah atau siapa siapa , Kita pun boleh rawat luka . Cuma kena faham konsep yang selamat sahaja .
Al fatihan Untuk arwah Tok wan Dan Tok
Chek rindu dekat hampa