Zero To Hero

SIRI INSPIRASI

“FROM HERO TO ZERO “
“ Dari ARANG menjadi ABU “

Kisah benar dari pengusaha bengkel kereta.
Mail seorang peniaga bengkel yang berjaya . Bermula dari kosong .

Minggu lepas aku sempat jumpa Mail . Mail ni kawan lama aku masa kenal di MIRC. Mulanya kami kenal di chat room . Tapi minat skateboard yang sama , kami pernah berjumpa dan melepak di KLCC berkongsi minat yang sama .

Mail seorang pomen yang berjaya . Aku pun bertanya tentang perjalanan perniagaan mail .

Mail sudi berkongsi cerita .

Lebih kurang 5 tahun yang lepas . . Mail dan Arif bercadang untuk buka bengkel diselatan Malaysia .

Jadi mereka pun buka lah bengkel dengan modal mail 60% , modal arif 40% .

Selepas 6 bulan bengkel makin bagus .. Ramai customer ..

Selepas SATU tahun 6 bulan . mereka makin maju ..
Hasil jualan makin baik .. untung berlipat kali ganda ..

Mail dan arif keduaduanya pomen yang hebat …

Mail memberi sepenuh komitmen ..

Tapi Arif mula hanyut dalam kemewahan .. Layan customer acuh tak acuh . Ada saja alasan … tak datang kerja ..

Mail masih berkereta biasa , Tapi arif dah mula dapat membeli kereta idamannya .

Tapi mail selalu nampak arif di kedai kedai aksesori kereta .. belanja wang sakan ubah suai kereta sendiri .

Arif tak lagi komited macam dulu ..

Arif banyak melepak .. sambil menceritakan betapa hebatnya usaha dia memajukan bengkel yang sedia ada .. Arif mula disanjung oleh rakan rakan yang sama sama mempunyai hobi kereta dengannya ..

Kerja kerja arif semuanya dia biarkan kepada mekanik baru Lukman . Lukman terpaksa belajar dari Mail . Dan semua kerja arif , Lukman yang terpaksa tanggung.

Pelanggan yang dulunya selalu mencari arif … mula rasa menyampah ..

Lama kelamaan semuanya mencari Mail ..

Makin lama , disebabkan belanja mewah arif .. dia makin sesak .. banyak hutang tertangguh … sehinggakan duit belanja bulanan pada keluarga harus di catu …

Arif mula sedar … dia mula datang kebengkel untuk kerja dan mencari duit lebihan untuk menampung perbelanjaan keluarganya …

Sehinggalah pada satu hari .. tak ada siapa mencari Arif … pelanggan yang selama ini mencari arif .. semuanya mencari mail …

Arif menjadi tunggul .. tidak dilayan ..

Mail pun dah mula rasa seperti bekerja seorang , Hanya mail dan lukman sahaja yang masih komited .

Akhirnya .. mail membuat keputusan untuk berpisah .. kerana Arif tak berguna lagi ..

mekanik baru yang mail latih , Lukman , mula jadi lebih pandai , lebih hebat dari Arif .. yang penting lebih komited dan disiplin .

Arif tak setuju dengan cadangan mail .. Namun mail tetap berkeras untuk keluar dari bengkel itu dah mula kan bengkel baru .

Arif bertegas untuk menyambung bengkel itu kerana dia yakin yang pelanggan tetap akan datang ke situ

Arif meletakkan jenama baru pada bengkel nya itu . Mail membawa jenama asal ke premis bengkel yang baru …

Namun sangkaan Arif kurang tepat

Arif akhirnya keseorangan .. arif perlu mula dari bawah semula … Bengkel yang sebelum ini riuh .. hanya tinggal kenangan sunyi sepi …

Kereta mewah arif perlu dijual , dia kembali dengan hidup nya yang lama …

Akhirnya bengkel arif penuh dengan hutang , sewa .. utiliti .. semuanya tertunggak .

Bukan sahaja arif menjadi susah . tapi akhirnya hutangnya berlipat kali ganda .

Arif akhirnya terpaksa menutup bengkel tadi …

Dan pergi berjumpa mail .

Mail kesian kan arif , dia tahu arif masih ada skil . Tapi arif bukan lah rakan perniagaan yang sesuai .. Akhirnya Mail mengambil arif semula sebagai pekerja .. Dan dilayan sebagai pekerja . Hari2 punch card . Cuti kena isi borang , duit gaji dipotong jika lambat .

Tapi sekurang kurangnya arif masih ada kerja ..

Mekanik yang dulunya dilatih .. LUKMAN , kini menjadi Rakan niaga baru Mail tanpa keluar satu sen pun modal ,

Tapi dengan berkat komitmen dan usaha sama yang diberikan oleh Lukman , menyebabkan Harga ( VALUE ) dirinya lebih bermakna berbanding duit modal .

Akhirnya Lukman mempunyai saham 30% secara percuma , Lukman menjadi Manager di bengkel itu .

Mail pula berpandangan jauh , Mail buka lagi cawangan baru . Lukman tetap dapat 30% perkongsian “ share” secara percuma dari Mail . Kerana mail tahu , jika dia ada masalah , Lukman boleh menjaga 2 cawangan bengkel tadi.

Hingga sekarang mail sudah ada 2 cawangan yang beroperasi . Satu bengkel dijaga oleh Mail , Satu lagi bengkel di jaga oleh Lukman .

Perniagaan mereka makin baik . Marketing mulut ke mulut oleh pelanggan amat berjaya kerana perihal Mail dan Lukman yang peramah dan amat komited .

Arif pula masih bekerja seperti biasa .. makan gaji .
Arif hanya mampu mendengar arahan lukman . Mail tak mahu endahkan lagi Arif .
Kerana Mail tahu , tak kira betapa Arif sudah berubah .. namun Arif tetap Arif yang mudah hanyut dengan kemewahan .

Selepas beberapa tahun , bengkel mereka menjadi bualan orang ramai , Sehingga ada yang perlu mengambil temu janji …

Akhirnya dengan usaha dan komitmen yang Mail berikan . Tanpa ada segulung diploma atau ijazah , Tanpa ada pengetahuan asas dalam perniagaan , Gagal matematik SPM , Ianya tidak memberi makna , kerana Semuanya hasil dari pengalaman , kegagalan dan bangkit semula ..

Membuat kan Mail kini ada 3 Buah rumah di kuala lumpur . Begitu juga dengan lukman yang hidup lebih baik dan senang .

Mail akhinya dapat memilik kereta Idaman nya , Begitu juga Lukman …

Mail memandu Porsche Yang diidam idam kan . Lukman pula memandu Subaru Version 11 STi masih baru , bukan kereta terpakai .

Arif pula masih lagi bekerja seperti biasa makan gaji .

Kerana kemewahan ,
Kerana Alpa ,
kerana lupa diri ,
Kerana Malas ,

Telah mengubah hidup Arif .

From Hero to Zero .

“ jika kau terlalu cepat bermewah mewahan , kau mula alpa dan lupa , maka itu lah detik permulaan untuk kau menemui kegagalan “ – Denzel Washington / Equalizer

Pesan Mail , Nak berjaya tak senang . Tapi berbekal kan Kudrat yang ada , Nikmat mata melihat . Telinga mendengar sudah cukup menjadi Aset penting dalam mana mana perniagaan. Yang penting disiplin dan Istiqamah .

Wallahualam.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.