WANITA BERBULU LEBAT

WANITA BERBULU LEBAT , Normal Atau Berpenyakit ?

Seperti yang kita tahu , Dalam badan kita ni ada Hormon . Hormon ni berfungsi sebagai “ Messenger “ Penghantar pesanan .. kepada badan , untuk ‘ Guide ‘ organ badan kita , Bagaimana untuk berfungsi .

Hormon sangat penting dalam mengekalkan kestabilan fungsi badan .

Hormon ni ada dua jenis , Protein dan steroid .
Kedua duanya memainkan peranan penting dalam sistem badan .

NORMAL ATAU TIDAK UNTUK WANITA MEMILIKI BULU MUKA ?

NORMAL ! Memang wanita pun sama , Mempunyai bulu di muka . Tapi sifat bulu itu berbeza . Bulu itu selalunya nipis , dan sangat halus , Jarak yang jauh antara satu sama lain

Ianya disebabkan hormon lelaki yang dikenali sebagai Androgen . Dan juga testosteron .

Berbeza dengan lelaki ,
Lelaki Mempunyai bulu lebat yang lebih tebal , Dan lebat .

Tapi Kadang2 kita ada juga perasan wanita yang berbulu lebat di muka …

Badan Wanita pun ada hasilkan hormon androgen , Termasuk testosteron .

Ada sesetengah tu , penghasilan hormon androgen yang berlebihan menyebabkan penghasilan bulu yang banyak seperti lelaki .

Antara penyebabnya

1 GENETIK

memang dah ada dalam genetik , Penghasilan hormon androgen yang “ Excessive “ Jadi ianya dikira sebagai normal untuk wanita itu

2- Masalah Ovari

  • PCOS ( Polycystic Ovarian syndrome)
  • Tumor/ Cancer Ovari

3- Masalah Kelenjar Adrenal

  • Congenital adrenal Hyperplasia

4- Masalah kelenjar Pituitari

  • Cushing syndrome
  • Acromegaly ( Wanita bersaiz Giant )
  • Prolactinoma (tumor yang menghasilkan prolactin , Prolactin kemudiannya memberi impak pada adrenal gland )

5- Obesiti
6- Stress

Untuk rawatan pula ,

korang kene jumpa doktor dulu ,

Buat full check up

Kita nak pastikan korang tak ada penyakit di atas .

Kemudian baru lah kita assume yang genetik pesakit itu sendiri yang menyebabkan penghasilan bulu yang lebat untuk wanita .

Betul ke , Perempuan ada misai ni sesetengah orang kata seksi ?

Klik

http://www.dryazeedhairi.com
untuk bacaan lanjut .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.