VIRAL RAKAMAN DOKTOR TIDUR

VIRAL RAKAMAN DOKTOR TIDUR

Viral seorang lelaki yang masuk kedalam bilik … merakam doktor yang sedang tidur ..

What the fish is this ?
Hello rakyat ??!! Aku tanya lagi sekali

What the fish is this ?
viral viral ni semua ?
Kekhinziran apa kah ini ?

Bila aku tengok Video rakaman ni ..
Dari awal sampai habis , Mulut aku buat dosa ..
Dari Babi sampai lah ke Neraka …

Tak silap aku ….Doktor tu baru habis syif dia .. Kerana keletihan , Dia takut untuk memandu pulang , melainkan jika dapat short Nap dahulu ..
Memandu dalam keadaan mengantuk dah bunuh lebih dari 10 orang doktor .
Kes doktor pulang dari oncall dalam keletihan … banyak kali terjadi …

Bila viral case ni …
Aku memang tak ada mood lansung ..
Bukan apa , Benda ni bukan sekali dua , Orang awam “ Abuse” Penjawat awam …

Waktu kerja bukan singkat … Kau ingat penjawat awam ni semua tak penat ke ?

Walaupun Kita bekerja Shift ..
Boleh kira lah berapa kali je sempat duduk kalau di jabatan kecemasan …

Kau sakit kepala sikit pun datang kecemasan kan ? Tak apa .. Kami layan je..
Walaupun dekat Zon Merah tu ada orang kaki putus … Jantung nak berhenti bernyawa … Kami tetap layankan ..
Cuma kena tunggu lah ! Priority kepada orang yang betul2 dalam kecemasan kan ?

Aku akan cerita dekat korang semua …

Kau nampak Katil yang doktor tu tidur ?

Itu adalah Katil extra .. Yang kebetulan kosong .. Katil yang kami gunakan untuk baring seketika .. Setelah seharian berdiri dan terkejar kejar sana sini …

Kami tak ada waktu rehat ..
Kalau kami ada waktu rehat .. Tak apa juga..
Contoh kalau ada waktu Rehat

Rehat jam 1-2 pm

Habis tu , Kalau kau dah semput jam 130 , Takkan aku nak tengok je ?
adakah aku boleh berehat !?

Of course no !
Nyawa kau lebih penting

Sebab tu aku kata , Doktor jabatan kecemasan tak ada rehat !!!!

Bila nak rehat ?
Bila ada sedikit masa terluang ni lah .. Cepat2 nak rehat kan badan …
Tu pun rehat dalam tergesa2 ..
Dapat baring 15 minit pun dah macam dalam syurga …

Katil yang korang tengok tu lah tempat rehat kami . Kalau tak dalam Pantry yang sempit tu .. Atas katil extra lah …
Mana lagi ?

Tak ada bilik tidur ke ?
Tak ada ! Kau ingat hotel ke ?

Kalau ada pun , Bilik oncall.. Tapi tak sesuai untuk doktor jabatan kecemasan .. Sebab selalunya bilik oncall jauh dari jabatan kecemasan … , Dan bilik oncall tu semua digunakan oleh Doktor oncall dari jabatan lain ..

Doktor emergency nak duduk mana ?
Dalam emergency jugak lah!!!

Kenapa tak tidur bilik oncall ?

Dah nama pun Emergency department ..
Of course la doctor emergency ni kena standby dalam jabatan kecemasan tu sendiri …

Bukan setakat doktor tu sahaja ..
Semua doktor emergency dalam malaysia dan Satu dunia tidur atas katil Extra tu !

Tak percaya ! Kau tanya lah mana mana doktor dari negara mana pun ..

Kalau ada masa terluang …
mereka akan baring atas katil tu ..
Untuk dapat kan “ short Nap “
Kerja rawat orang , Guna akal fikiran ..
Ianya memang letih !
Sakit otak bila netizen pulak ada yang datang buat perangai orang utan macam ni …

Kau tau kenapa kita baring dekat katil tu ?
Supaya senang dan cepat ..
Kalau ada kes kecemasan , Misi panggil je luar langsir , Kami dah ready untuk bekerja …

Untuk siapa ?
Untuk korang semua ni lah …
Yang menemui malang di luar .
Malang tu kan tak berbau …
Jadi kami dah expect dan bersedia untuk rawat korang ni semua 24 Jam !!!

Korang ingat perawat perubatan ni semua kuli kau ke ?
Eh belum lagi aku cerita geng2 macam lelaki dalam video tu ,

Rempuh jabatan kecemasan di Johor Bahru..
Sampai pintu kaca utama pun pecah..
Ramai yang shift malam tu kene pukul, kena hentak berguling atas lantai …

Kau orang yang mabuk ….
Orang lain yang kena..

Jangan sampai aku buka cerita tu ..
Dan kalau kau orang nak tau ..
Aku tunggu je kementerian ni ..
Bila dia orang ni semua nak back up penjawat awam …

Aku tunggu jugak bila nak keluar berita pasal tu ..
Tapi tak ada pun!

Aku tunggu pihak hospital panggil penjawat awam yang kena pukul … Untuk ditimbang tara ..
Pun tak ada jugak ?

Kau ingat kita ni semua kena pukul kena maki tu .. Benda beshe beshe ke mujibat ?

Kenapa ? Takut rosak Kepentingan politik ?
Penjawat awam ni hari hari kena maki .. kena cemuh
Orang atas boleh rilek lagi ….
Makan karipap
Makan Apam…

Aku masih ingat lagi kejadian malam tu …
Sampai sekarang aku berdendam bila teringat balik kisah lama , kawan kawan aku semua kena pukul tapi tak ada yang back up …

Malam tu , Kami datang kerja .. Niat nak berkhidmat untuk msyarakat..

Tapi kena rembat sampai berguling atas lantai ….

Kau ingat kita orang ni semua binatang ke Sial ?

Macam Haram !! Masing masing punya perangai …

Pissed Off !

Korang share lah ,
Biar orang atas tu bukak mata
Jangan jadi kayu ..

Kalau tak sedar lagi
Boleh duduk sebaris dengan Baghal..

Sorry lah malam ni panas ..
Aircond rosak ..

Eh , Korang ramai ramai ni , Boleh tolong aku cari Mamat nokharom bawah ni tak ?

Kalau Polis dapat tangkap ni , Boleh tak hang rembat dia skali dua ..

p/s Jangan komen pasal bangsa .. Sebab yang bodoh tu individu .. Jangan kerana. nila setitik , Rosak susu sebelanga. Diingatkan Sekali lagi…No racism .
And please respect my rules.

Dr Tommy No Mood

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.