Tulang Anjing

Teringin nak makan sup gearbox. so pagi tadi aku pergi pasar …

Balik tu bini aku masak ..

Sebelum aku melantak , Teringat pulak ..

Dulu masa zaman student dekat bumi soviet , Pulau crimea , Penuh dengan sejarah perang bangsa russia .

Pada suatau hari tu ,

Kami teringin nak makan sup gearbox

Maka aku dengan kawan , Pergi lah pasar

Ada satu kedai ni memang kita tau dia ni Muslim .

Sebab dia ni ber Etnik kan , Tatar ..
So orang sana panggil tatarski ..

Bangsa yang datang dari tanah uzbekistan , dan segala Stan yang ada dalam dunia ni

Sampai je pasar ,

Dia nampak student malaysia .. dia pun kasi salam ..

Belum sempat nak orde

dia dah terangkan semua jenis daging yang dia ada

aku Dengan pun mengangguk je lah sambil dia buat promosi tu..

habis dia berleter ..

Aku mencelah masuk

“ Kita orang nak beli tulang ..” Balas Aku

Mamat Tatar tadi tergamam ..

“ Kenapa makan tulang ?” Tanya mamat tatar tadi ..

Aku pandang member aku …

Dia balas lagi

“ dlia sabaki ?” ( untuk Anjing ke ?”

Hmmm .. Aku pun malas nak panjang cerita ..
aku angguk je…

dia pun ambil tulang gearbox yang ada , Dia kasi dekat aku

Dia jual murah2…

aku pun bayar … Memang murah gila

Tak silap bawah Rm 20 .. dapat saty beg besar tulang gearbox .

Dia tanya lagi

“ Mnoga sabaki ? “ ( Banyak ke anjing ?” Tanya mamay tatar tu lagi

Aku pun kira2 Jumlah kawan aku

Semua nya ada 10 orang

aku balas lagi

“ Desit sabaki “ 10 ekor anjing …

Dia balas balik

“ Birite ishio ajin paket , Eto bez platno !”
( Nah ambik satu lagi bag .. Yang ni Free)

Aku pun , dengan tersenyum .. Aku ambik je ler orang nak kasi free ..

Last sebelum balik ..

Dia pesan ..
“ Kasi makan anjing anjing tu puas puas ya !”

Dengar je pesanan tu ..

Aku terus teringat kawan kawan dekat hostel yang sedang menunggu tulang gearbox untuk hidangan makan tengah hari ..

Banyak betul anjing 😂

Bukan apa , Mungkin orang malaysia ni kita dah biasa makan sup tulang ..

Dekat sana dorang pelik lah ..

Orang makan daging , Tapi kau nak beli tulang …

Sebab selalunya orang yang beli tulang ni , Untuk kasi makan anjing …

Haha anjingan betul !!

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.