TIPU

KITA SEMUA PENIPU . .

1- “ Jangan risau semuanya akan selamat “
walaupun kau tahu keadaan sakit dia takkan selamat .

2 – “ sedapnya awak masak “ Walaupun masakan itu sedikit masin.

3- “ Cantiklah kau hari ni “ Walaupun kau nampak dengan jelas Make Up muka dia bertompok belak tak sekata.

4- “ Perut aku tak beberapa sedap lah , Sori lah tak dapat join korang lunch “ Walaupun sebenarnya kau tengah sengkek , Duit syiling pun kau tengah korek.

5 – “ Wah , Handbag ni limited edition kan , Untunglah “ walaupun kau sebenarnya sedang iri hati .

6 “ Meh la , jemput makan sekali “ Walaupun sebenarnya , kalau boleh kau berharap agar kawan kau tak mintak nasi kandar ayam madu kau tu .

7 “ Jangan ambil vaksin ! Bahaya !” Walaupun sebenarnya kau tahu vaksin tu beri manfaat , Cuma kau rasa seronok bila kau ramai pengikut bila kau jadi anti vaksin .

8 “ Nanti ibu belikan Mek donel , Adik jangan menangis lagi “ Walaupun sebenarnya kau tahu makanan itu tidak sihat untuk anak kau .

9- “ Produk ni boleh kurus , Boleh cantik , Boleh tegang , Boleh ramping “ Walaupun kau tahu produk yng kau jual tu hanya serbuk atau krim yang kau sendiri tak pernah tahu kandungannya .

10 – “ Tak sakit lah Sunat , Macam gigit semut je “ Walaupun sebenarnya kau tahu , Sunat berkhatan tu sebenarnya memang sakit .

Kenapa tak berterus terang ?

Sebab memang kau dah kebiasaannya menipu sejak dari kecil .

Dan macam macam lagi .

Kerana apa kita menipu setiap hari dalam kehidupan kita ?

Untuk beri Harapan ?
Untuk perasaan tenang dan gembira ?
Untuk menjaga hati orang lain ?
Untuk memberi kebaikan ?
Untuk menutup aib sendiri ?

Tapi tak kira lah , atas apa sebab sekali pun .

Ianya Tetap PENIPUAN .

Setiap hari , Kita laungkan KEBENARAN ..

Setiap hari kita dahagakan KEBENARAN .

Tapi tanpa kita sedar , Dalam hidup kita ,

Kita Hanya Hidup dalam Penipuan semata mata .

Sudah bersedia kah KITA untuk

MENERIMA KEBENARAN ?

&

BERKATA KATA HANYA PERKARA YANG BENAR SAHAJA .

KERANA APA KITA TAK MAMPU MELAKUKAN KEBENARAN ?

KERANA KEBENARAN ITU PAHIT UNTUK DIDENGAR …

TAPI SEKURANG KURANGNYA ..

IA TETAP BENAR !

“ BERKATA YANG BAIK BAIK SAHAJA , TAPI BAGAIMANA JIKA IANYA MASIH LAGI PENIPUAN ?

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA …

Cuba kita cermin diri kita sendiri … Adakah kehidupan ini yang kita mahukan ?

PENIPUAN KEPADA SESUATU KEBENARAN.

Kerana apa kita menipu ? Kerana kita ni semua umat manusia yang hanya mahu mendengar perkara yang menggembirakan sahaja .

APA LAGI YANG KITA TIPU ?

  • SUDUT LAIN –

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.