Tips 7 Hari

Tips 7 Hari

Korang boleh praktik kan tips 7 hari ni kalau nak beli sesuatu yang menarik tapi belum tentu keperluan .

Tips ni dah banyak membantu ramai orang menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik …

Contohnya …

Sejak dua menja aku aktif bersukan ni , Mula lah mata kita nak intai alatan dan aksesori sukan …

Kalau kau minat aerobik atau berlari ..

Bermula dari pakaian dry fit , Kau intai lagi kasut yang berkualiti , Nak lari lebih jauh .., Kemudian sedikit aksesori tambahan sepertu dumbell pemberat untuk kau berlatih
dirumah ..

Ini pun nama nya law of attractions , Bila kau dah mula minat sesuatu .. Minda kau akan fokus pada sesuatu yang lebih spesifik kerana rasa gairah kau pada sesuatu ..

Kau pun mula menggodek shopee dan sebagainya …untuk lihat apa lagi aksesori yang sesuai dan dapat membantu kau lagi …

Tak lama lepas tu , Baru kau sedar …
Kau perlukan “ Fitness watch “ … Jam fitness yang boleh merekod segala aktiviti senaman kau …

Bila kau pergi larian umum , Kau lihat ramai orang pakai jam tu kan ? Boleh rekod berapa jauh kau lari , Berapa pace larian , Berapa kalori dah kau bakar dan berapa heart rate kau … Even sekarang lagi canggih boleh sambung terus dengan telefon ..

Siap boleh jawap telefon pakai jam !

Kau excited ! Kau pun mula pergi window shopping untuk cari jam tu …

Malangnya .. Harga tak murah ..

dengan Minima Rm 300 ke bawah dan ke atas sehinggalah ribuan ringgit

Minat punya pasal kau pun beli , Habis rm 500 !!

Mesti lah kau tak nak beli jam bawahan cap ayam kan ? Kau takut jam tu tak tahan

Jadi kau prefer brand yang ditengah tengah , Ada brand dan kualiti .. Tak mahal sangat ..

Kau pun seronok dapat jam tu ..
Esok nya Pagi … Sebelum subuh kau dah jogging … Kau dapat baca apa yang jam tu rekod … Kau rasa semangat … Nak jogging lagi

Esoknya , Kau repeat benda yang sama ..
Hari ke 5 … Kau dah mula letih ….

Tambahan pula busy dengan kerja ..
Tiba tiba pulak bos kasi job baru
Kau kena outsation sana sini ….

hampir seminggu kau tak jogging

Lepas tu masuk 2 minggu

Kawan kau pulak introduce kelas memasak ..
Kau minat masak ..

Makanya Jam tu akan terkubur dalam laci kau , Sampai lah minat untuk bersukan tu datang balik ..

Mungkin sebulan , Setahun, 3 tahun atau minat tu tak datang lansung

Selepas setahun baru kau sedar kau tak minat lagi

kau pun jual lah Rm 100 …

Itu pun kalau jam tu kau jumpa .. Kalau kau tak jumpa … Terkubur lah Rm 500 begitu sahaja ..

7 Day rules ni , Kalau kau praktikan , Insyallah dapat bantu ..

Kau betul minat benda tu , Beri masa 7 hari pada diri kau , Kau perlukan atau sekadar penambah aksesori …

Tak kiralah apa yang kau nak beli , Guna kan tips ni … Cuba ! Lama lama nanti biasa lah !

Ekonomi makin teruk , Cash is king . Kalau boleh menyimpan lebih baik .

Kalau tak beli jam tu … Kau masih boleh berlari kan ? Cukuplah sekadar dengan catatan jam biasa ..

Janji “ Goal “ Kau untuk membakar kalori tercapai …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.