Tempang
Tadi , Tengah hari masa aku tengah bersiap nak makan lunch dengan keluarga …
Masuk seekor tebuan besar dalam rumah…
Semua menggelabah bila tebuan tu bertebangan secara membabi buta ..
Ada yang menjerit , Ada yang lari tak tentu hala takut dihinggap dek tebuan ..
kecoh ruang tamu masa tu
“ Ketangg !! “
akhirnya tebuan tu dilibas oleh bilah kipas , Selepas beberapa kali berjaya terbang menembusi bilahan kipas yang sedang berpusing
Berpeleseran jatuh ke lantai ..
tapi aku perasan tebuan tu .. Boleh tahan kuderatnya ..
dia cuba terbang semula ..
Aku terus mencapai kain ..
aku pun libas sekali lagi tebuan tu ..
No 1 , Bahaya takut dia membabi buta sekali lagi … tak pasal anak anak aku kena sengat nanti
No 2 … Dah alang alang , Nak kojol .. Baik kojol terus dari siksaan cacat cela
Akhirnya tebuan tu tumpas meninggalkan dunia
Kami sekeluarga lega…
Aku pun berjalan semula sambil mendukung anak bongsu aku …
“ Arghhhh !!!!!!!” Aku menjerit bagai nak gilaaa…..
Aku terus rebah ke atas sofa , Sambil meraba tapak kaki aku ….
Seketul benda hitam, Kecil terlekat pada tapak kaki ..
Hujung yang tajam dah terbenam ke dalam tapak kaki aku
Sumpah sakit nak mati …
aku rasa antara sakit yang paling siksa !
Positif itu adalah kerangka bontot tebuan yang melekat pada aku
dan aku syak , Sengat tebuan tu masi ada pada hujung teritip dan mula merebak masuk ke dalam kaki aku
Aku mula meraung di atas sofa …
Berguling guling , Bak kata orang selangor .. Aku sedang “menggelipit “ kesakitan
Anak anak aku mula datang , Dengan muka yang hairan atas raungan aku itu
Adik aku cabut kerangka sengat tadi dan terus buang
Tajam , Sensasi yang menyucuk , Tapi paling siksa bab berdenyut tu ..
Tak berhenti …
Aku terus telan arcoxia sebiji
Apa pun tak jadi
Aku telan lagi Paracetamol 2 Biji ..
haram tak ada perubahan lansung
Hidup aku mula serba serbi tak kena ..
Baring tak kena
Duduk tak kena ..
Sakit woi !! Tak tau nak buat apa
Bini aku dok usap2 pun aku tak rasa …
Adui !! Sumpah sakitnya !!!
Ni lah last aku nak disengat picu tebuan ..
Sumpah tak sanggup lagi…
Setelah 2 jam … Masih berdenyut
Aku dah mula hilang arah ..
Jam dah masuk 430 petang
Bapak aku dah kebosanan melihat kesakitan aku ..
“ Jom gi mancing ..” Kata abah
“ Ok On !” Balas aku
Bab mancing laju je…
Aku dah fedup nak layan sakit ni .. Aku gagahkan jugak demi hobi …
Aku pulak tu yang drive … 😂
Sampai je aku kat jeti ..
Aku mula berjalan kearah hujung jeti ..
Kaki dah bengkak semakin besar ..
Kasut pun dah rasa ketat
Dalam keadaan tempang … aku tetap teruskan jua ..
Ada sebuah keluarga yang sedang berjalan ke arah aku .. Mungkin mereka baru sahaja pulang dari arah hujung jeti …
Mata aku terpaku pada 2 orang anak kecil yang sedang dipimpin ..
Budak yang pertama pakai t shirt yang tertulis ..
“ Chill Bro “…
Kemudian , diiringi dengan Budak yang kedua , Besar sedikit ..
Mungkin abang dia ..
Budak yang kedua pakai t shirt yang tertulis ..
“ No Pain NO gain …”
Adui …. Kaki aku berdenyut semula…
“ Ok Dik .. Aku akan gagahi perjalanan hidup ini “ Bisik hati
Nyut nyut … Masih berdenyut …
Sikit saja tuhan uji …
Dia tarik sikit je nikmat kesihatan …
Mengalir air mata jantan menahan kesakitan …
Kadang2 hikmah tu tuhan sampai kan guna tshirt ..
Bacaan lanjut