tebu power

Masa Bulan ramadhan hari tu , Wajib untuk aku berbuka 1st Ramadhan dengan Air Tebu .

Sebenarnya aku ni memang peminat air Tebu , Pantang nampak tepi jalan , Aku mesti berhenti tepi untuk Beli .

So Masa 1st ramadhan hari tu .. Aku pusing mencari air tebu ni sampai ke penchala , Sampai sana je , Stok air tebu dah habis . Pasrah , Aku pulang semula ke kota damansara .

Kebetulan aku lalu seksyen 5 Kota damansara , Aku nampak macam ada orang tengah proses air tebu .. Aku pun terus berhenti , Aku beli .

Balik rumah , Masuk dalam cawan dengan ais .
Tepat azan Maghrib , Sruppp aku hirup …

Pui !!!!!

Manis Giler !!! Ini macam tambah Gula !
Aku tak pus hati .. mana boleh berniaga macam ni !!!

Tapi habis jugak aku balun , Sebab terlampau sedap .

Esoknya … Aku datang semula ke Makan Heritage , Owner tebu Pak Agoos masih lagi disitu ..

“ Bang , Air ni kau tambah gula ke ? Aku tanya

“ Ehh , Tak .. Ini original .. 100% jus tebu , Kitaorg pilih tebu GRED A yang terbaik dari ladang tebu !” Balas Pak Goos ..

“ Tak baik tuduh saya tambah gula “

Aku tak percaya … Aku berdiri je kat situ buat muka keras

Aku order lagi sekali …
Kali ini aku nak yang baru diproses ..
Aku nak tengok sendiri .. Betul ke tak tambah gula

Aku perati je cara dorang proses . Kebersihan memuaskan .

Lepas proses , Dia botolkan ..
Aku bawak balik rumah ..

“ Fui !!! Biar betul !! Manis tebu ni asli !!! , Macam tak percaya !“

Satu botol , Boleh tambah air skit , Masih sedap !!!

Sejak dari hari tu , Aku dah ketagih …

MAcam mana pun mesti nak minum tebu ni …!

Bagi aku , Air tebu ni , Yang utama

Proses dengan bersih ,

Dan yang paling penting ,

Mesti 100% Asli …. Baru merecik hawau …

Menyesal aku tuduh dia bubuh gula , rosak pahala Ramadan pertama 😂

Tapi tak pasal pulak jadi kawan

Tapi sori lah , Tebu ni hanya boleh didapati di Kota damansara saja . Stok premium Gred A+++

Kalau korang nak rasa , Pi lah try dekat Makan Heritage … Pak Agoos Lind sedia berkhidmat

Ada peminat Air tebu tak ?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.