TANGGA YANG TAK AKAN AKU LUPAKAN

Tangga Yang Takkan Aku Lupakan

Kisah benar yang telah mengubah persepsi dan mindset hidup aku 360 Darjah .

Cerita ni panjang sikit , Kalau korang rajin nak baca , Silakan . Kalau nak suruh lukis Sila abaikan .

Tapi yang pasti , Korang boleh belajar sesuatu dari apa yang aku lalui.

Masih Lagi segar dalam ingatan , Dan pastinya takkan aku lupakan .

Famili aku , Famili Adik Aku , Abah dan Mama . Kami Dalam perjalanan Ke singapura , Kalau Tak silap aku , Atas urusan keluarga . Bapak aku berasal dari singapura.

Jadi Aku pun book lah homestay di salah sebuah apartment di nusa jaya . Ada 3 Bilik. Cukup lah semua sekeluarga nak sumbat dalam unit tu . Sebab keesokkan paginya mudah untuk masuk ke singapura melalui Tuas Check point

Of course lah aku akan pilih homestay , Kalau duduk hotel , Belum mampu nak bayar sampai 3 Bilik .

Semua orang happy .. Ye lah esok nak masuk singapura jumpa saudara ..

Cuma masa tu , Aku sorang je yang sedang memendam sesuatu dalam hati .

Sampaikan Wife dan mak aku pun tegur .

Dorang pun tak pasti , Apa kena dengan aku ?

Aku hanya terdiam resah , Tak berkata apa sepanjang perjalanan.

Memang aku tak ada mood lansung masa tu .

Memikirkan hal klinik aku yang hampir nak bankrup .

Aku seorang je masa tu yang tahu , Masa depan dan status kewangan klinik aku . Adik aku sebagai partner memang serah bulat2 mempercayai pengurusan aku.

Aku dah tersilap langkah , Aku terlampau bercita cita tinggi .

Terlalu cepat nak buka cawangan baru sehinggakan aku tersilap pengiraan dan percaturan .

Aku terpaksa menanggung kos2 renovasi yang tinggi , Kos bayaran sewa lagi .

Maklumlah nak dapat lesen klinik , Bukan mudah , Makan masa 3-6 bulan .

Jadi banyak duit yang habis untuk tampung kos buka klinik baru , Sehingglah kos2 itu akhirnya telah mengikis duit simpanan dari klinik pertama .

Duit simpanan klinik pertama aku semakin menyusut .

Lagi seminggu nak kena bayar gaji Gaji.

Aduh !!!

Aku akui , Itu adalah kelemahan dan kesilapan aku yang terbesar pernah aku lakukan .

Akhirnya disebabkan duit yang mulai susut , Projek klinik baru mula tergendala tapi tetap kena bayar sewa .

Hari tu , bila aku tengok akaun .. Nampak gayanya macam tak mampu nak bayar gaji . Lagi seminggu tarikh pembayaran gaji . Aku dah semakin semak

2 Minggu sebelum , Aku dah boleh agak yang aku dah nak hampir bankrup . Jadi sempat lagi Aku apply personal loan .

Hari tu , Aku kusut sangat . Tak tahu nak buat apa ..

Tambahan pula , Beberapa hari lepas , Bank ada call kata loan tak lepas . Aduh malang

Aku tak tahu nak korek duit dekat mana .Aku buntu tak tahu nak mintak tolong dekat siapa lagi .

Aku sampai je homestay tu , Aku terus baring atas katil. Cuba nak tidur . Tapi tak Boleh .

Masa tu aku baru ada seorang anak umur 2 tahun. Ezachry , Dengan nama panggilan Jekri .

Aku Cuba pejamkan mata tapi tak mampu . Hati tak tenang , Jantung berdegup kencang . otak serabut ! Mana boleh tidur !

Aku hanya terpandang pada si jekri ni , Yang tengah bermain sebelah aku

“ Jekri , Jom lah ikut abah jalan2 ..” Balas Aku pada jekri yang tak faham apa apa ..

Aku terus bawa anak aku keluar .. kami terus berjalan kaki ke puteri harbour ..

kepala dah semak , Memang otak tak boleh nak fikir apa dah .

Yang aku tau , Lagi seminggu aku tak mampu bayar gaji pekerja . Cukup2 untuk sewa . Gaji aku ? Aku tak kesah sangat . Tapi yang paling aku takut bila tak boleh bayar sewa dan gaji pekerja

Yang buat keputusan melulu tu aku .

Yang salah percaturan itu aku !

Tapi adil kah kalau pekerja yang setia bekerja ni turut terkesan ?

Aku tak sanggup bayangkan semua itu…

Aku bawa jekri berjalan untuk aku lupakan semua masalah tu ..

Sampai dekat kedai Mart , Aku belikan si jekri ais krim . Kemudian kami berjalan semula ke arah homestay .

Aku hanya senyap , Sunyi , Tak terkata apa apa .. Mulut aku hanga terkumat kamit

“ Ya allah .. Macam mana ni ..” Berkali kali

Sehingggalah tangan aku digoyangkan , Aku menoleh pada jekri ..

Dia tuju kan pada ais krim ..

“ Okaylah kita duduk dekat tangga ni dulu makan ais krim ..” balas Aku

Kami anak beranak duduk dekat situ

Aku termenung sambil menongkat dagu ..

Sambil tu aku memerhati pada gelagat jekri yang sedang kusyuk menikmati ais krim sambil tersenyum …

Aku mula menggosokan kepalanya ..

“ Jekri , ..” Aku sahut namanya

Jekri pandang ke arah aku semula dengan comot ais krim dimukanya..

“ Jekri …..Kalau abah bankrup , Abah nak mintak maaf , Abah dah cuba yang terbaik .. sori kalau abah gagal ..” Balas aku

tanpa aku sedar .. Air mata aku mula mengalir …

Aku menangis …

Aku ni memang susah menangis , Atok aku meninggal pun aku masih steady . Bukannya tanda tak sayang , Tapi entah .. Memang susah nak mengalirkan air mata..

Tapi kali ini aku tumpas … Tak boleh nak bayangkan , Betapa peritnya tekanan yang sedang aku pikul …

Aku takut .. ,

Aku rasa aku seorang yang loser .

Satu perasaan yang sangat berat aku pernah dokong selama ni ..

Aku takut untuk terima kenyataan yang jika aku gagal beri perlindungan , Makan minum pada keluarga aku sendiri

jekri hanya tersenyum melihat ke arah aku

Aku pegang jari jemarinya … Aku cium …

“ Ya allah. ya tuhanku , Beri lah aku peluang sekali lagi untuk buktikan yang aku takkan buat silap lagi ..” Doa aku berkali kali ..

Sambil aku menangis .. Teresak esak , Aku menggangam tangan jekri dan menunduk kebawah mengesat air mata berkali kali …

Tak tahu nak gambarkan , Betapa sakitnya perasaan itu … betapa peritnya kegagalan itu ..

Tiba tiba …

Telefon aku berbunyi , Aku jawab panggilan …

“ Hello , En yazeed ke , Saya dari Bank ***** , Nak kasi tahu yang personal loan encik dah lulus , Esok boleh tak sign dekat cawangan JB …”

“ Eh ? Bukan ke hari tu kata tak lulus ?” Tanya aku semula

“ Cuba cek balik nama saya.. betul ke lulus ? “ Tanya aku semula

“ Ye encik , Betul .. kalau ikut rekod kami , Loan encik lulus ..” Balas pegawai bank

Aku terkedu ..

Mata aku terbeliak ..

Bagaikan tak percaya ..

Tuhan hantar segera bantuan tu ..

Tuhan makbulkan doa aku …

Aku memang totally speechless ..

Aku pandang jekri semula

Habis baju die lencun penuh ais krim ..

Aku tersenyum sambil menangis sekali lagi

Aku terus angkat jekri , Aku peluk erat erat …

“ Allahuakbar …” Air mata makin jatuh bercucuran

Aku bisik pada telinganya

“ Abah janji akan buat betul2 kali ni .. No more mistake .. abah takkan sia sia kan peluang kali ni , Abah akan buktikan pada jekri dan semua orang , Abah boleh bangkit lagi sekali ..”

Perasaan itu ..

Tak dapat aku gambarkan .. Tak tahu macam mana nak ceritakan …

No one can take it for me ..

So precious!!!

Sejak dari hari itu , Duit loan yang aku dapat , Aku susunkan semula betul2 .. Aku rancang betul2 .. Aku buat kira kira berkali kali ..

Kali ini lebih 100x Berhati hati ..

Tangga dalam gambar tu lah tempat aku diuji , Dan diberi peluang semula…

Aku dah berjanji pada tuhan , Aku akan cuba sebaik mungkin , Untuk belajar dari kesilapan , Dan akan terus buat yang terbaik demi keluarga aku dan staff2 aku semua ..

Tangga ni , aku takkan lupakan sampai bila bila …

Dan sesungguhnya aku percaya

Tuhan akan uji kita , Sehinggalah satu masa yang kita tak mampu lagi nak tanggung , Dia akan beri jalan itu semula .

Jadi korang dekat luar sana , yang sedang berjuang , Tak kira lah seteruk mana ujian tu , Tak kiralah struggle macam mana keadaan tu

Percayalah, Kalau kita dapat belajar dari kesilapan kita , Tuhan akan sentiasa tarik semula ujian itu , Dan beri peluang kedua

Alhamdulillah , Sejak dari itu , Aku lebih berhati hati bila buat keputusan .

Nak jadi seorang leader bukannya mudah.

Perkara yang paling sukar adalah membuat keputusan .

Setiap keputusan yang aku buat , Bukan sahaja memberi impak pda aku , Malah keluarga aku dan semua staff yang berkhidmat dengan aku .

Periuk nasi mereka aku perlu jaga sebaik mungkin .

Ya allah ya tuhanku , Semoga kau kekalkan lah pendirian ini . jauhilah aku dari sifat bongkak dan lupa diri

Sejak dari itu , Dengan pegurusan wang yang lebih terususun

Klinik aku mula berkembang dengan lebih baik bila aku sentiasa berhati hati ,

Insyallah , Hujung tahun ni Klinik aku , Klinik Medissa Medikal dan dental dah ada 17 Cawangan , Membiayai hampir 100 orang pekerja .

Kita memang akan sentiasa lakukan kesilapan . Kerana kita hanya manusia biasa. itu adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan . Ianya lumrah

Tapi apa yang aku pelajari selama ini ,

Apa yang membezakan kita dan orang lain , Sejauh mana kita boleh berubah dan sanggup belajar dari kesilapan .

Semoga cerita aku ni sedikit sebanyak dapat sebarkan positiviti , Pengajaran kepada sesiapa saja diluar sana yang sedang di uji dengan kegagalan .

Betulkan niat kita semula , Kembalilah padanya .

Pasti ada jalan .

Its not about us , its about others

Dan dalam dunia ini , Adanya Rezeki kita datangnya dari. rezeki orang lain juga

“ Alone , You cant change the world “

Hargai pekerja kita , dan jagalah mereka sebaik mungkin.

Bila nak buat keputusan ,Rancang sebaik mungkin kerana setiap kesalahan kita , orang lain juga bakal menjadi mangsa

Aku doakan korang semua sukess dalam apa bidang sekali pun yang korang sedang perjuangkan .

Share dan tag kawan2 korang . Semoga post ni dapat membangkitkan motivasi diri mereka semula

p/s Cuma pekerja yang toksik je aku tak simpan 🤪

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.