Takut

“TAKUT”

Nama aku Takut , Aku dilahirkan semulajadi dalam naluri manusia .

Setiap manusia yang Lahir , Pastinya ditemani aku , Dari saat dia keluar ke dunia nyata , Hinggalah dia kembali ke maha pencipta .

Aku Adalah salah satu dari Golongan Perasaan … Sama seperti kawan kawan yang lain , Gembira , Sedih , Dan banyak lagi …

Fungsi aku adalah untuk memberi peringatan terhadap apa apa ancaman kepada manusia .

Namun , Aku ni Unik sedikit …
Manusia takkan kenal aku selagi mereka tak pernah jumpa salah seorang kawan aku , Iaitu Sakit

Setiap manusia amat memerlukan aku .

Namun aku ada kelemahan ,
Aku tak mampu mempengaruhi manusia dari saat dia lahir hingga beberapa waktu matang ..

Selepas setiap manusia mengenali Sakit , Baru lah Sakit akan memperkenalkan mereka kepada aku …

Sejak dari itu , Aku lah yang akan ambil alih peranan Sakit .

Aku ada seorang Tuan …

Aku mengenali Tuan aku dari Sakit .

Tuan aku dilahirkan seperti biasa ,

Dari Bayi , Dia mula merangkak , Hingga lah mampu duduk ..

Kemudian dia mula memapah , Dan mula mahu belajar berjalan ..

Dalam proses itu , Aku tak mampu mempengaruhi tuan aku , Hanya Sakit yang selalu menemani tuan aku .

Sehinggalah tuan aku mampu berlari dan memanjat …

Setiap kali Jatuh , sakit akan muncul ,
Setiap kali Luka , Sakit akan muncul …

Dalam masa yang sama , Sakit perlahan memperkenalkan aku pada tuan baru ku itu …

, Apabila umur tuanku mula matang , Dia sudah boleh menerima aku ..

Sejak dari haritu , kami berkawan baik ..

Tuan aku sentiasa meminta pandangan dari aku sebelum melakukan apa apa ..

Aku merupakan sahabat paling akrab …

Ketawa bersama , Menangis bersama

Pagi petang siang malam bersama ..

Namun, disebabkan hubungan kami yang terlalu akrab , Menyebabkan langkah tuan ku sering terbatas , apa yang dia ingin lakukan , Semuanya terhenti ..

“Aku lah yang menjadi dalang kepada kehidupannya ..

Akhirnya , Disebabkan hubungan kami yang terlalu akrab , Menyebabkan tuan aku hilang rasa keyakinan diri ..

Setiap masa aku perhatikannya ..

hanya duduk didalam satu ruang yang gelap… Cuba bersembunyi dari segala ancaman …

Aku tak sanggup melihatnya terus dipengaruhi aku …

Kerana aku …

Semuanya terbatas ..

Walaupun aku amat menyayangi tuanku itu , Namun aku harus sedar .. Siapa aku untuk menentukan hala tuju hidupnya ..

Lantas , tanpa kerelaan hati , dalam keadaan terpaksa .. Aku melepaskannya ..

Dengan cara ini , Aku dapat buktikan sayang aku padanya ..

Aku jauhkan diri aku ..
Aku bersembunyi dari tuan ku …

Kami tak serapat dulu lagi …

Setiap detik .. Makin jauh …

Aku tahu , Tuan aku sentiasa mencariku , Namun aku terus bersembunyi ..

Aku tahu , Apa yang aku lakukan ..Demi kebaikkannya .

Dengan sepenuh rasa sayang .. aku melepaskannya terus pergi …

Tak lama selepas itu ..

Tuan ku mula kenal dengan sahabat ku yang lain .. Berani dan Rajin ..

Mereka kini nampak lebih rapat …

aku kini dilupakan …

Aku kini , hanya mampu perhati dari jauh sahaja ..

Aku sedar ini adalah pengorbanan ..

Masa berlalu pantas …

Tuan ku mula kenal lebih ramai kawan baru ..antaranya Gembira , Yakin , dan Semangat .

Kadang kadang ada juga aku ternampak dia berjumpa dengan Sedih , Tapi tak lah sekerap dia jumpa Rajin dan Berani .

Tuan ku kini bukan lah seperti yang dahulu .. Kini dia sudah berjaya …

Aku tak sangka.

Rupa rupanya tuan ku ini punya banyak kelebihan …

Makin lama , Aku makin iri hati melihat hubungan tuan ku dengan kawan kawan yang lain ..

Adakah tuan ku sudah terus lupa yang aku lah peneman setia dia dahulu , Dikala dia masih baru mula mengenal dunia ?

Aku terpinggir setiap hari ..

Sehinggalah aku mengambil keputusan untuk terus melupakan Tuanku ..

Aku mula berkawan dengan rakan yang lain ..

Disaat aku ditemani kawan ku yang lain ..
Gundah .. Sedih dan Gulana ..

Disebabkan betapa kuatnya Memori aku dan tuanku itu ..

Aku mengalirkan air mata .. Mengenangkan nasib aku ..

Aku rindu tuan ku …Sungguh …

Aku bagaikan tidak bertuan lagi ..

Pasrah , Aku tidak tahu mana hala tujuku ..

Bagaikan tidak percaya …

Mungkin rintihan aku didengari ..

Tiba tiba , Tuan ku muncul dihadapan ku .

Menghulurkan aku Sejambak Bunga ..

Tuan ku datang , Melihat aku .. dan kemudian perlahan …

Memeluk aku seerat eratnya ..

“ Aku rindu kau ‘Takut’” .. Aku sangat merindui kau …. Sudah lama aku cuba cari kau ….Kau sihat ?

Tuan ku senyum ke arah aku , Menggengam kedua bahu ku ..

“ Takut , Walaupun Aku tahu kita makin jauh , Kita makin renggang tak seperti dahulu …

“ Aku sedar, Walaupun Aku lebih banyak luangkan masa bersama Rajin , Berani …

“ Namun Aku berharap , Kau dapat terima , dan gembira melihat kehidupan baru aku …

“ Kehadiran aku ini , Untuk mengucapkan Terima kasih .. Atas jasa kau yang banyak mengajar aku … Yang sentiasa menemani aku ,satu waktu dahulu ….”

Aku mula menangis teresak esak , dihadapan Tuan ku ..

“ Takut ,walaupun aku tak mampu meluangkan masa dengan mu seperti waktu dulu .. Namun aku takkan lupa jasa mu , Aku takkan lupakanmu Takut …”

“aku tahu , Kau lakukan semua ini , Semata pengorbanan untuk aku kan ? …

“ Tapi aku berjanji .. Aku janji aku akan tetap mencari masa untuk berjumpa dengan kamu ya Takut !

“.. Kau tetap dihati ku !” senyum Tuan ku ..

Aku terus memeluk tuan ku semula ..

Berlinangan air mata kegembiraan …

“ Tanpa kau .. Aku takkan berjaya “ bisik Tuan pada ku ..

Aku Rasa amat bersyukur .. Kerana aku telah menjadi sebahagian dari Kejayaanya ..

Walaupun aku tidak diperlukan seperti dahulu ..

Namun ,

“ Setiap Ketakutan itu , Adalah kunci kepada setiap Kejayaan “ ….

Nama aku “ Takut”
Sekian cerita aku.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.