TAHNIAH SPUTNIK V

KORANG MESTI PERNAH DENGAR VAKSIN SPUTNIK V , TAPI TAK TAU APA KAN ?

TAHNIAH KEJAYAAN SPUTNIK V
VAKSIN BUATAN RUSSIA YANG SELAMA INI PENUH KONTROVERSI

Jadi aku kongsikan sikit lah , Secara Am apa ini Vaksin Sputnik V .

So aku sembang bahasa pasar la , Supaya senang korang nak faham . Kalau nak lebih specific .

Boleh tengok dekat website the lancet . Informasi dihujung jari . Letih ler kalau asik nak suap jer 😂

Vaksin Sputnik V ( Гам -Ковид- Вак)
Gam – Kovid – Vak Sempena penghasilan vaksin ini di Gamaleya Research Institute , Dan Kenapa Gamaleya ? Ianya sempena nama mantan saintis hebat russia iaitu Nikolay Gamaleya .

Nama Sputnik V ini pula berasal dari projek angkasalepas zaman dulu , Waktu soviet union sibuk berlumba dengan Amerika . Siapa boleh naik ke bulan dulu .

Buat pengetahuan korang jugak , Sputnik V ini adalah vaksin yang pertama di “ daftar” Kan dalam dunia .

Masa tu negara lain tengah sibuk buat vaksin , Tiba2 Russia , Vladimir Putin pi register vaksin ni

semua orang terkejut .!

Yelah , Nak buat vaksin kena lalui 3 Fasa.

Masa tu semua orang tgh lalu fasa ke 2 .. Tiba2 sputnik v Didaftarkan dulu

Jadi kecoh lah dekat barat sana , Baru fasa ke 2 , Dah register sputnik v sebagai vaksin am ke ?

Ada yang merah mata , Jeles , Dengki dan sebagainya ..

Ingat kan orang melayu ja kuat dengki , Mat saleh pun sama saja .

Ok , Lepas tu Ramai lah komplen . Tak puas hati . Timbul lah spekulasi kenapa sputnik V cepat sangat boleh dicipta .

Tapi jika kita tengok balik sejarah , Dekat middle east bila ada wabak ebola yang teruk . Saintis russia lah yang banyk buat kajian dan develope vaksin ni . Yang dah bantu banyak african survive dari ebola masa tu

Dan Mereka teruskan kajian vaksin sehingga hari ini . Non stop !

Jadi apa yang menarik tentang sputnik V ni , Mereka lebih berteknologi tinggi .

Saintis mereka mampu mengguna kan Dua vector dari Human Adenovirus .

Adenovirus ni lah virus biasa yang kita dapat sebelum ni . Korang pernah kan selsema manja2 gitu .. Itu adalah disebabkan adenovirus . Body kita dah berpuluh tahun kenal adenovirus ni

so senang kat body kita ni dah kenal sangat perangai adenovirus .

so yang menariknya , Mereka gunakan adenovirus ini sebagai transport untuk bawa masuk protein genetik ( Protein S ) Spike coronavirus ni ..

Korang tau kan corona virus ni , Bentuk dia bulat dan ada duri .

So senang cerita depa potong duri tu , Masukkan dalam mrna protein tu dalam adenovirus .

Mereka guna kan dua jenis adenovirus
Satu Namanya rAd26 . Satu lagi Rad5

So akan ada dua dose.

Dose pertama cucuk rad26 + S protein ( Duri) Coronavirus tadi ke dalam badan kita .

So adenovirus tu body kita tak heran dah , Itu virus level ayam je . Senang2 body kita tumpaskan mereka

Tapi dalam masa yang sama bodykita dapat mesej ( Surat ) Dari adenovirus ni

Eh pelik pulak si adeno ni , Dia bawak duri pulak !

So daripada duri tu lah , Sebenarnya S protien yang di ambil dari corona virus

So bodykita mula lah buat antibody nak lawan Duri ( Spike protein ) Tadi

Kemudia dos kedua pun sama , Mereka guna Adeno Rad5 . Konsep pun sama saja

Teknologi ini membuatkan sputnik v , dilaporkan Kurang side effect .

Dah lebih membanggakan putin .
Bila Phase 3 clinical trial .. Iaitu Fasa terakhir ujian menunjukkan hampir 92% Efficiency , Malah hampir 97% Keberkesanan yang dilaporkan di dalam russia telah terbukti dan telah di terima oleh “ The Lancet “

Kenapa sputnik V ini berjaya ?

  • Mudah di simpan
  • Tak perlukan suhu yang sangat rendah
  • Mudah Dieksport
  • Yang paling penting Murah !

Hanya 10 Usd sahaja – Rm 30-40 sahaja .

Negara lain yang dulu dok jeles tu pun , Mula order vaksin ni

Germany , Mexico dan banyk lagi dah mula tempah vaksin ni .

So siapa yang rapat dengan putin , Dapat lah chance beli sputnik ni .

Saja je nak bercerita tentang sputnik V ni

Sebab tak terkejut lah , Russia ni boleh buat macam2 ..

Sebab scientist depa genius2 belaka ..

Tapi .. tulaaa

Yang pelik kenapa orang barat saja yang boleh buat semua benda ni

Kenapa tak ada saintis malaysia yang boleh buaf vaksin sendiri ?

Kalau tak Malaysia mesti dah kaya kalau satu dunia beli vaksin dari kita

Mesti rakyat russia bangga dengan presiden depa kan ?

Kita dulu dapat lah belajar dekat russia . Tumpang bangga sat … Tiberrrrr.. 

Tapi malangnya malaysia tak dapat lah kot vaksin ni .. Sebab negara eropah yang lain order bukan skit . Nak tunggu turn .. Bila pulak nak dapat kan

Rakyat russia pun ada je perangai macam kita , Antivaksin ni semua . Tapi apa yang pasti . Depa tak berani nak lawan dengan Putin .

silap2 askar masuk rumah mai cucuk vaksin

Kalau pfizer / Sinovac / Astra ni semua geng antivax kata bubuh chip . Mungkin sputnik v ni kalau korang ambik , Boleh terbang ke bulan 😂

P/s Dr Malar Santhi Santherasegapan ingat tak depa suh kita explain pasal sputnik v sebelum ni . Masa tu puas dr malar sembang , Sputnik V belum masuk dalam the lancet lagi . Skang ni dah ada .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.