Kepada bisnes owner diluar sana , Tak kira lah Macro atau Micro Sme , Aku menjangkakan Kuarantin / Kawalan pergerakan ini akan berlanjutan sehingga April Malah hingga Jun .
Tapi bagaimana Bulan 4 Dan seterusnya nanti ? Kita masih tak tahu …
Bukan lah aku nak create PANIC ke apa ,
Tapi apa yang pasti , Aku tak rasa isu wabak ini akan settle cepat , Jadi kita semua kena standby untuk tahap yang paling teruk.
Bayangkan jika berlanjutan hingga bulan June .
Syarikat tak mampu nak buat sales .
NAK bayar gaji pekerja macam mana?
Nak korek duit dekat mana lagi ?
lebih lebih lagi pada bisnes yang baru tumbuh , Masakan nak bayar hutang loan bisnes lagi , Sewa lagi , Utilities lagi dan yang paling penting gaji staff yang tak bekerja untuk bulan yang mendatang .
Sekali lagi aku nak kata , Post ni bukan lah nak create Panic , Tapi nak memastikan bos bos syarikat swasta diluar sana tak tersilap percaturan .
Apa yang paling menakutkan adalah disiko bankrup kepada syarikat bila terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi setiap bulan tanpa ada Hasil jualan .
Dan yang amat menyeramkan , Bila syarikat dah bankrupt , Semua pekerja dah tak ada kerja , Dan masa tu peluang pekerjaan akn menjadi semakin terhad .
Ekonomi setiap orang akan menjadi semakin lumpuh .
Disaat kesusahan ini , Bos dan pekerja sama sama kena faham dan berusaha bagaimana nak kekalkan Syarikat ini agar ianya boleh “ Survive “ Dalam tempoh yang sesak ni
Aku harapkan , Kepada bos diluar sana , Dapat buat percaturan yang adil dan baik bersama pekerja . Pekerja perlulah paham keadaan bos diluar sana .
Aku faham , Bos pun ada tanggungan dan hutang yang perlu dilangsaikan , Begitu juga dengan pekerja. Mereka juga ada tanggungan hutang lagi , Makan minum anak lagi . Bagaimana yanh berkeluarga besar ?
Pastikan semua dapat selamatkan syarikat masing masing , Dan selepas wabak ni tamat , Semua masih lagi ada pekerjaan .Bos mahupun pekerja .
Aku pun tengah dok termenung luar tingkap tu . Boleh ke dak survive
Tapi yang pasti rezeki itu datangnya dari Allah .
Tapi kita sebagai hamba , Boleh bersedia dan lalukan yang terbaik bukan untuk diri kita , Tapi untuk orang lain
Doakan , Agar cepatlah wabak ini berakhir .