SUNAT TERPOTONG KEPALA ?
Pernah dengarkan kes terpotong kepala penis ?
Hampir setiap tahun ada kes yang sebegini rupakan ?
Di mana salahnya ?
100% Teknik Pembedahan !
Ya , Mungkin akan terjadi jika Teknik Pembedahan yang salah .
( Boleh refer gambar dibawah )
BOLEH SAMBUNG KAN BALIK ?
Harapan untuk menyambungkan semula kepala penis yang terpotong amat lah nipis , Tapi mungkin masih dapat selamatkan saluran kencing pesakit .
Seksual Intercouse ? Bergantung kepada berapa baki kulit glan yang tinggal .
BOLEH TUMBUH SEMULA ?
Kau ingat Cendawan ? Boleh tumbuh tumbuh ?
Sepanjang 4tahun pengalaman ber Khatan , Aku dah buat lebih kurang 300 pesakit. sepanjang 4Tahun , Memang ternyata ..
Untuk aku , aku suka teknik
“ DORSAL SLIT “
Teknik ini digunakan world wide termasuk hospital kerajaan .
Teknik yang paling baik dan selamat .
Bermakna , Masa bedah tu , surgeon akan buka separuh kulit bahagian atas seperti gambar dibawah , Jadi bila kulit keliling tu kita dah nampak , Kemudian , kita akan potong kulit selebihnya itu sekeliling ‘ Glan penis ‘ ( Kepala Penis )
Teknik ini juga memudahkan surgeon memberhentikan pendarah jika perlu .
Kemudian kita akan jahit , Tutup disetiap 8 sudut .
Dengan teknik ni , Tak mungkin kes terpotong kepala penis akan terjadi , Sebab 100% kita dah buka kulit tu dan kita nampak .
Tak kira Guna gunting Atau “ Cautery , Diathermy machine yang dilabelkan sebagai “ Sunat Laser “ Jika teknik betul , pasti selamat .
KENAPA MASIH ADA KES TERPOTONG KEPALA ?
Teknik lama yang masih diguna pakai .
“ Seperti gambar dibawah”
Dimana surgeon akan tarik kulit ke atas , Tolak kepala kebawah , Dan terus potong ditengah .
Itu adalah teknik lama zaman dahulu kala
Teknik yang agak merbahaya lebih lebih lagi untuk penis yang kecil .
Jadi Bila kita guna teknik Dorsal Slit ni
Aku dapat janjikan bahawa tak kan mungkin berlakunya kes terpotong kepala
PENJAGAAN
IBU bapa memainkan peranan yang penting ,
ini adalah tajuk yang paling kritikal , pembedahan adalah proses yang mudah , Tapi yang paling mencabar adalah proses penjagaan selepas berkhatan
Perlu kan cucian yang bersih dan rapi ,kalau boleh 3 kali sehari..
Jika anda gagal untuk lakukan dirumah , Jangan teragak agak untuk ke klinik
Jika sakit , Beri anak makan ubat tahan sakit dulu seawal sejam , Dan kemudian cuci dengan perlahan dan pastikan segala selaput putih dibuang dengan baik .
Jika cucian luka dibuat dengan baik , Selalunya dalam masa seminggu dah muka kering
Ada juga risiko jangkitan yang menyebabkan “ Bentan “ Sehingga mengambil masa sebulan untuk sembuh ..
Walaupu dah basuh bersih , Masih tetap ada risiko jangkitan , Kerana ini ada llah prosedur Invasif .
Selamat berkhatan buat adik adik semua , Semoga burung terbang bebas diudara .
Sila share agar Ibu Bapa dapat faham dengan teknik berkhatan
Dr Yazeed Hair Johari
Medikal & Surgeri
Klinik Medissa