SIRI KISSER

KISSER
“ BERKEMBAN “

( malam ni tiba2 datang mood dan menulis setelah berjaya teringat kembali peristiwa di kampung dahulu)

Lebih kurang 10 tahun yang lepas .. Disalah sebuah kampung DI UTARA malaysia .

Kami pulang ke kampung , berkumpul bersama sepupu yang lain .. di rumah tok …

Ada sepupu perempuan aku ni (azizah), malam tu dia rasa panas sangat ..

lebih kurang jam 10 malam ..

Jadi dia ambil keputusan untuk mandi …

Biasalah kampung , kipas je ada , ramai orang , mesti lah berpeluh2 ….

Tandas zaman tu masih diluar rumah , tandas dalam masa tu ada masalah air .

Azizah pun bangun , capai tuala , capai lampu suluh , terus keluar untuk mandi .

Azizah ni seorang yang agak kasar , aktif dan berani , pada dia , setakat mandi di tandas luar bukan lah satu masalah .

Aku duduk dihujung ruang tamu .. aku perasan azizah keluar dari bilik tidur , sambil tuala sangkut di bahu … mencari sesuatu ..

“ orang mula nak tidur , dia capai tuala nak pergi mandi ke malam2 ni …” aku kata pada azizah ..,

“ Tak tahan lah weh , panas sangat , melekit badan , dari tadi aku cuba tidur tak boleh .. tak selesa ….” kata azizah dengan riak muka yang sangat merimaskan

“ aku nak terkencing ni , tapi malas lah nak keluar kencing malam2 .. aku tahan je ni …” kata aku …

belakang tandas tu ada perigi lama yang dikambus , tak digunakan lagi , hanya tinggal rupa paras perigi usang ..

Advertisements

Tandas kayu , beratap zink dan pintu zink berkarat …

Azizah masuk ke bilik air , tutup pintu dan gantung tuala , baju , seluar … azizah mula kan mandi …

Segar , sejuk air malam memang mendamaikan , maklum lah azizah orang bandar … Biasa duduk dalam keadaan sejuk hembusan pendingin udara….

“ kecak kecak kecak “ ….

bunyi tapak kaki diluar tandas … yang sedang berjalan mengililingi tandas ….

Azizah biarkan sahaja …

“ haih budak ni , kata malas nak keluar kencing , tak tahan lah tu …”

“ hoi ! sabar jap , aku tengah syok mandi ni … kejap lagi la kau kencing !” kata azizah …

azizah mandi semula …

“srettttt,.,. “

Baju azizah ditarik dari gantungan di pintu …

Azizah toleh kebelakang , dalam gelap azizah memerhati, mencari datang nya bunyi …

Sretttttt. “ kali ini seluat azizah ditarik …

Azizah toleh lagi berjalan menghampiri pintu zink …

Capai lampu suluh dan mula menyuluh pintu …

“ woiii , bak baju aku !!!!! woi sial lah jangan la ambik baju seluar aku !!!! …. sabar lah kejap lagi aku nak habis mandi dah ni !!! azizah jerit dalam geram …. sambil menumbuk pintu zink tadi …

Aku dari dalam rumah terdengar bunyi ketukan pintu zink tandas ..

“ gedegang!!!!l”.

“ bunyi apa bising sangat tandas luar , “
pakcik aku yg sedang meniarap pun boleh terbangun …

Kau pergi tengok sekejap kat luar tu …! kata pakcik aku ..

Aku pun bangun dalam keadaan terpaksa , pintas dapur terus ke pintu belakang , capai lampu suluh , aku jalan keluar menuju ke tandas …

masa aku sedang berjalan , tiba tiba aku terpijak sesuatu …

Advertisements

“ eh apa pula ni …

rupa rupanya baju dan seluar azizah …

aku ambil dah terus berjalan ke tandas ….

“ apa kejadah si azizah ni baju seluar bersepah atas tanah ni , tercicir kot … “

Azizah masih membilas badan yang penuh dengan sabun …

Sretttt sekali lagi …

Tuala azizah mula ditarik …

Azizah dengan pantas , toleh kebelakang melompat capai hujung tuala …

“ woi sial lah kau … tak reti sabar ke , nak main main macam ni pulak “ jerit azizah ..

Azizah pun keluar bilik air dalam keadaan berkemban ….

Jalan menuju ke rumah ..

Dari jauh aku nampak kelibat azizah yg sedang berkemban jalan ke arah aku ..

Satu cahaya yang tiba tiba disuluh fokus ke muka aku …

Belum sempat aku nak berkata apa apa ..

“ woi kau jangan main sial laa , tarik2 baju orang semua .. kau apahal , tak sabar sangat … !”

Dengan nada yang marah , azizah rampas baju dan seluarnya dari tangan aku … dan masuk ke dalam rumah …

Alang alang tu , aku terus ke tandas , ada beberapa tapak sahaja lagi pun …

Advertisements

aku masuk ke tandas , mula membuang air kecil …

macam biasa… aman damai. .

aku keluar tandas … jalan semula ke pintu belakang rumah …

Masa aku sedang sibuk menyuluh ke pintu belakang , aku dapat rasa kan ada yang berdiri di penyidai baju .. seakan akan sedang menyidai baju…

aku suluh ke arah itu …

“ haih azizah ni macam2 , malam2 jugak dia nak sidai baju kotor dia tu …” bisik hati

“ oi esok je lah sidai baju tu … dah malam buta ni bukan nya kering pun !” aku jerit pada azizah …

dalam samar samar malam tu , tempat penyidai agak jauh lebih kurang 20 kaki dari tempat aku berdiri …

azizah toleh dan senyum …

aku terus masuk ke rumah , menghala terus ke dalam bilik tidur …

Esok paginya , aku bangun untuk sarapan , azizah sudah ada di meja makan , muka masam pandang ke arah aku …

Aku pun duduk …

“ oi awal bangun” aku tegur …

tok aku sedang sebok masak di dapur …

Semua pakcik dan makcik masih belum bangun … hanya aku dan azizah di meja makan ..

azizah ceritakan apa yang berlaku malam tadi

“ kau ni sial kan main tarik2 baju aku , lepas tu kau campak atas tanah ke sampai kotor tu , kau tak sabar nak kencing skali pun , tak payah la gurau kasar sampai macam tu !!” kata azizah …

aku senyap kan … aku mula pelik …

padahal aku jumpa baju tu diatas tanah … bila pula aku tarik … bila pula aku keluar kencing …

kalau tak kerana bunyi gedegang tu .. aku tak ingin nak keluar … bisik hati

Advertisements

Namun aku terpaksa mengaku ..aku dapat rasakan sesuatu yang lain

“ alah gurau je pun , tak sengaja jatuhkan baju kau atas tanah …” aku jawab semula …

“ yang kau tu takde kerja ke sidai baju malam 2 ,hari ni cuci kan boleh , “ aku jawab semula …

Azizah pandang aku … muka tajam

“ hotak kau, malam tadi aku masuk tukar baju seluar baru terus tidur la !” kata azizah

“ ah malas layan kau ni , buat sakit hati , dari kecik suka kacau aku … cakap merapu kau tu tak mendatang kan faedah “ sambung azizah yang bangun terus meninggalkan meja makan …

Aku tak bangun pergi tandas … aku jumpa baju dan seluar azizah … Bukan azizah yang sidai baju …
Siapa yang tarik baju azizah ? Ishh !!

Namun untuk elakkan saudara mara takut untuk pulang ke kampung … aku memilih untuk senyap dan tak cerita pada sesiapa …

Dan apa yang aku agak .. azizah mandi tanpa seurat benang .. pakaian yang ditanggalkan … aku jumpa di atas tanah …

Kaum wanita , memang seelok eloknya mandi berkemban … Tak kira di mana .. Rumah sendiri , hotel , lebih lebih lagi tempat baru yang kita lawati …

Kerana sentiasa ada makhluk luar yang memerhati ….
jangan sampai mereka jatuh hati …..

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.