SIRI KISSER : NADIA

NADIA
“ The Untold Story”

“Ish.. mana si Nadia ni.. dah seminggu tak balik-balik lagi.. kata outstation 3 hari je.. ni dah masuk 5 hari.”, bisik aku di dalam hati..

“Lyn, kau ada berita dari Nadia tak? Dia ada beritahu dia ambil cuti ke atau sambung outstation di mana-mana?”, soalku kepada Lyn, rakan serumah yang sama-sama menyewa di sebuah pangsapuri kos sederhana di Kota Damansara..

“tak ada beb… kau dah cuba telefon dia ke? “, soal Lyn kepadaku..

“dah.. dekat 3 hari telefon tak berjawab.. wasap pun tak berbalas…”, jawabku sambil membelek paparan skrin telefonku..

“Tutt tutt… Tutt tutt…”, aku masih gigih menelefon Nadia sejak 3 hari lepas namun masih tidak berangkat..
“aishhh.. ke manalah agaknya Nadia pergi ya.. Risau pula dibuatnya..” hati kecilku berbisik..

Nadia merupakan rakan baikku semenjak di Rumah anak yatim lagi.. kami sama-sama membesar di sana semenjak berusia 11 tahun..

Tiba-tiba satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk ke telefonku..

“Hello..” jawabku..

“Maaf, boleh saya bercakap dengan Cik Diana?” soalan diajukan kepadaku..

“Ya, saya bercakap.. Ni siapa ya?”, soalku pula..

“Saya Puan Hasni dari tempat kerja Cik Nadia. Kami hubungi Cik kerana nama Cik ada dilampirkan sebagai pewaris terdekat”, balas Puan Hasni kepadaku..
“Owh ya.. Kenapa dengan Nadia ya?” soalku lagi.

“Cik Diana ada apa-apa berita tentang Cik Nadia ke? Kami gagal hubungi beliau sejak rabu lepas.. Sepatutnya beliau kembali bertugas hari khamis yang lalu.. tetapi hingga minggu ini Cik Nadia tidak kembali ke pejabat”, terang Puan Hasni..

“Hah? Apa? Cik Nadia sepatutnya masuk ofis Khamis lepas?”, kataku dalam nada terkejut.

“Ya Cik.. Sebab tu kami cuba hubungi Cik pula.. sebab menurut rekod hotel, Cik Nadia dah semak keluar dari hotel tersebut hari Rabu jam 5 petang”, jelas Puan Hasni lagi..

“Allah…. Tak apa puan, saya cuba cari dia dulu.. kalau Puan ada apa-apa info Puan maklumkan pada saya juga ya.. Saya akan cuba buat laporan polis”, kataku sebelum memutuskan talian telefon..

“Lyn!! Lyn!!! Tolong aku sat!!” jeritku kepada Lyn dari dalam bilikku.. ketika itu Lyn sedang leka menonton television seorang diri di ruang tamu..
“Kenapa Diana?? Kau datanglah depan!” balas Lyn pula..

Bergema ruang rumah sewa kami yang hanya berkeluasan 850 kaki persegi dengan hiruk suara kami.. aku terus mengatur langkah ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungku di atas sofa bersebelahan Lyn..

“Nadia hilang…” kataku kepada Lyn..

“Hah? Apa dia?? Siapa hilang??”, jawab Lyn dalam wajah keliru..

“NADIA HILANG!!!”, jeritku pula..

“Kau jangan main gila beb.. Aku tak mimpi kan??”, kata Lyn dalam nada cemas..

Pap!! Satu tamparan manja menyambar pipi Lyn..

“Oi!! Sakitlah!! Ok-ok aku tak mimpi! Jadi kau nak aku tolong apa tadi??”, balas Lyn sambil menggosok pipinya..

“Teman aku pergi balai sekarang.. aku nak buat laporan polis tentang kehilangan Nadia..”, kataku tepat ke arah muka Lyn..

Lyn, seorang gadis sederhana tinggi dan bersaiz kurus ala-ala model.. memang sejenis yang bila bercakap perlu diulang beberapa kali kerana selalu “LAMBAT PICK-UP”..

Jam menunjukkan pukul 2 petang.. aku dan Lyn sedang menunggu giliran untuk membuat laporan..

“Ya Cik, boleh saya bantu?”, soal Encik Polis di kaunter aduan..

“saya nak buat laporan orang hilang”, balasku ringkas..

“Boleh tolong tuliskan nama penuh, Nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat Cik dan Mangsa Hilang?”, balas Encik Polis tersebut sambil menghulurkan sehelai kertas A4 beserta sebatang pen kepadaku..

“Nombor Kad pengenalan mangsa saya tak ingatlah encik.. tak apa ke?”, balasku pula..

“Tak apa. Tapi sila pastikan nama beliau adalah sama seperti di dalam kad pengenalan untuk tujuan pengesahan”, balas encik polis itu lagi..

Aku terus menulis butiran seperti yang diminta lalu menyerahkan kembali kertas tersebut kepada encik polis tadi.
“Cik, sila masuk ke bilik IO yang bertugas untuk diambil keterangan”, kata pegawai tadi sambil menunjukkan aku jalan masuk ke bilik yang dimaksudkan..

“Inspektor Zainol? Macam pernah dengar nama ni”, bisikku kecil..

Ketika aku melangkah masuk ke bilik inspector tersebut, mataku terpaku melihat jejaka di hadapan aku..

“Ekh, Diana.. lama betul tak jumpa.. mari duduk..”, pelawa Inspektor Zainol..

“Iyalah.. kali terakhir kita jumpa semasa majlis konvokesyen diploma dahulu kan?”, balasku pula..

“betul tu.. owh ya.. siapa yang hilang ni?”, soal Zainol kepadaku sambil membaca laporan ringkas yang diambil dari kaunter aduan tadi..

“Rakan serumah aku.. dah seminggu hilang tak balik-balik..”, jawabku..

“Ok.. biar aku amek kenyataan kau dulu.. tapi aku kena guna Bahasa formal ya.. untuk tujuan rekod audio..”, kata zainol sambil mula menekan punat perakam suara..

“Sila sebutkan nama penuh dan nombor kad pengenalan Cik”, Inspektor Zainol memulakan bicara..

“Diana binti Ramlan, nombor kad pengenalan 880303236622”, balasku pula..

“Ok.. boleh Cik ceritakan bila kali terakhir encik berjumpa dengan Cik Nadia ni?, soal Zainol lagi..

“Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah pada 10 september 2017 jam 10.30 pagi hari ahad sebelum beliau bertolak ke Ipoh untuk tujuan bertugas di luar kawasan”, balasku..

“Beliau ada kekasih atau mana-mana musuh sebelum ni?” soalnya lagi..

“setahu saya dia tidak ada kekasih mahupun musuh..”, balasku pula..

“Bila Cik perasan yang Cik Nadia ni hilang?”, aku ditanya lagi..

“15 september 2017 hari Jumaat.. masa tu saya cuba menelefon untuk bertanya namun tidak berbalas sehingga ke hari ini..”, aku menjawab dengan nada rendah..

“Baiklah.. Kami akan proses dulu laporan yang Cik buat. Sebarang info atau maklumat kami akan maklumkan pada Cik.. Terima kasih,” kata Zainol sambil menyerahkan sehelai Salinan laporan itu tadi.

“ni no telefon aku.. kalau kau ada apa-apa info atau perlukan bantuan, kau bagitahu je bila-bila masa ok?”, kata Zainol lagi..
Aku hanya mengangguk lalu berlalu pulang ke rumah..

“Wei Diana, jom kita dah lambat nak masuk kerja ni.. Lyn menyenggol sikuku ketika aku sedang leka membelek telefon pintarku di sofa rumah..

Aku segera bersiap menukar pakaian seragamku berwarna coklat mocha cerah dan terus menaiki MRT menuju ke stesen Kota Damansara.. Untuk pengetahuan kau orang, aku dan Lyn bekerja di hospital swasta yang sama berdekatan stesen MRT tersebut..

“Diana, kau dah habis kerja ke belum?”, Lyn menghantar wasap kepadaku..
“Dah.. Kejap lagi aku turun di lobi”, balasku..
“Weh, arini aku nak pergi dating la.. Kau balik la sendiri ya.. Jangan lupa beli makanan terus..”, Lyn membalas kembali wasapku..

“Ah.. asyik dating je kerja si Lyn ni”, rungut aku di dalam hati..

Setibanya di rumah sewaku, aku terus menuju ke bilikku untuk menukar pakaian dan mandi. Namun, hatiku tergerak untuk menjenguk bilik Nadia.. terasa amat rindu pada dia yang telah lama aku anggap seperti saudara kandung sendiri..

“Ke manalah kau pergi ni Nadia”, hatiku berbisik sambil menguak daun pintu bilik Nadia..

Krekkkk….. kedengaran bunyi pintu dikuak lalu suis lampu bilik diketik..

“eh, ada telefon spare ke si Nadia ni? Atau sebab dia tertinggal telefon ke si Nadia ni tak menjawab panggilan ya..”, kataku di dalam hati sambil mengambil telefon tersebut dan mencabut pengecas telefon yang masih terpasang di bingkai katil.

Aku cuba mendail nombor Nadia.. telefon tersebut berdering dan ternyata telefon itu kepunyaan Nadia..
“Cet! Padanlah aku call tak berangkat.. Minah ni tertinggal telefon rupanya.. “, balasku lalu terus membawa telefon tersebut masuk ke bilikku..

Aku cuba membelek skrin telefon Nadia sambil mencuba untuk mengaksesnya.. Kelihatan begitu banyak “Misscall” yang tertera di hadapan skrin telefon.. 5 kali percubaan namun gagal.. lalu aku membuat keputusan untuk mandi dan berehat..

♪♫ Andai pastinya ku tahu … Takkan aku tinggalkanmu ♫♪
Tiba-tiba ringtone telefonku berbunyi.. aku dalam keadaan mamai cuba manggapai telefonku lalu diletakkan di telinga..

“Hello”, jawabku dalam keadaan mengantuk..

“Diana.. aku ni…. Tolong aku… aku sejuk ni…”, suara Nadia seakan tersekat-sekat merayu meminta bantuan..

“EKh, Nadia!! Kau kat mana ni?? Apa dah jadi dengan kau?? “, soalku bertalu-talu..

Namun belum sempat aku bertanya beberapa soalan lagi talian tersebut telah dimatikan..

Aku cuba membuka paparan skrin tadi untuk memeriksa Nadia menelefon aku menggunakan nombor siapa.. ternyata nombor yang menelefon aku tadi adalah nombor nadia sendiri!
Dahiku mula berpeluh dingin diikuti ritma jantungku yang semakin laju dan tidak teratur..

“Mana mungkin Nadia boleh telefon aku guna nombor dia sedangkan telefon dia ada dengan aku!” bisikku tidak keruan..

“Allah! Apa sebenarnya yang berlaku ni!”, aku mengeluh sambil mengesat peluh dingin di dahi..

Kelihatan mesej wasap masuk ke inboxku.. aku terus membuka mesej tersebut ternyata mesej tersebut adalah dari Nadia sendiri!

“Diana.. tolong aku.. aku takut.. aku tak tahu aku kat mana ni… tolonglah aku…” tulis Nadia..

“Beb.. kau kat mana sebenarnya?? Kau ada 2 simcard ke? Phone kau ada dengan aku ni.. macamana kau boleh telefon dan wasap aku pula ni???”, aku membalas..

Kelihatan “Nadia sedang menaip” namun mesej tersebut masih belum berbalas..
Aku segera mencapai tuala dan membersihkan diri lantas menepuk2 pipiku untuk memastikan aku tidak bermimpi..

“Aku tak tahu aku kat mana.. sini gelap… sejuk…. Tolonglah cari aku.. aku nak balik!”, mesej terbaru dari Nadia muncul di skrin..

“Kau kongsi lokasi.. aku ke sana sekarang”, aku membalas..

Namun skrin tersebut hanya sepi.. dan Nadia langsung tidak membalas..

Dalam masa yang sama aku cuba membuka phone Nadia dan phone tersebut boleh diakses tanpa sebarang kata kunci!

Aku terus mengakses telefon Nadia dan membuka aplikasi wasapnya.. ternyata mesej yang dihantar kepadaku tadi adalah dari phone yang sama!

“ahh sudah!! Apa sebenarnya yang berlaku??”, rungut hati kecilku..
“Lyn.. maaf ganggu kau dating.. tadi nadia telefon aku.. tapi ada benda yang aku tak boleh nak explain pada kau.. harap kau boleh balik awal harini”, satu pesanan ringkas dihantar oleh aku kepada Lyn..

“OK”, Lyn membalas ringkas..

♪♫ Andai pastinya ku tahu … Takkan aku tinggalkanmu ♫♪

Darahku berderau! Nadia menelefonku lagi!!! Tanganku mula menggeletar ketika cuba menjawab panggilan tersebut.. dalam masa yang sama aku melihat skrin telefon Nadia.. telefon tersebut sedang mendail nombor telefon aku!

“Hello…”, aku cuba menjawab perlahan.

“Diana… kau kena tolong aku!”, Nadia bersuara..

Secara automatik telefonku tercampak ke atas lantai!

“Apa ni?? Kenapa telefon ni boleh telefon aku dan Nadia sedang bercakap pula ni!!!”, aku merungut penuh ketakutan..

“Hello! Hello!!”, kedengaran suara Nadia dari telefonku yang jatuh..

Aku terus mengambil telefon tersebut lalu menamatkan panggilan tadi..

Skrin telefon Nadia mula berfungsi sendiri.. kelihatan seseorang sedang menaip di dalam aplikasi wasap!!

“Diana…..
Aku sejukkk……
Sini gelap…..
Kau tolong lah aku…..
Aku takut…..”, mesej tersebut dihantar kepadaku..

“Kau nak apa?? Kau hilang ke mana?? Kau cuba nak main-mainkan aku ke???? Kau jangan macam-macam Nadia!!!!!!!!!!!”, aku membalas dengan penuh perasaan geram..

Namun Nadia hanya membalas dengan ikon menangis tanpa henti!!

“Ok-ok aku cuba tolong kau.. tapi kau bagitahu aku petunjuk sekarang ni kau kat mana?”, balasku sambil cuba untuk bertenang…

“aritu aku nak balik rumah naik MRT….
Tapi dah lewat malam, jadi aku amek teksi sebab telefon aku tertinggal”,
kelihatan mesej dari Nadia masuk ke skrinku, begitu juga dengan telefon Nadia seakan-akan ada orang menaip dan menghantar pesanan tersebut..

“Ok.. lepas tu??”, soalku pula..
“pemandu teksi tu bawa aku ke tempat yang aku tak pernah lalu!
Dia lalu jalan menghala hospital sungai buloh…”, balas Nadia lagi..

“jadi kau dekat sana ke??” taipku lagi

“Tak.. dia bawa aku jauh ke dalam kawasan perkampungan..
aku uma nampak jirat Cina”, balasnya lagi..

“Kenapa dia bawa kau ke sana pula?? Kau ada kat mana sekarang Nadia??” soalku lagi….

♪♫ Andai pastinya ku tahu … Takkan aku tinggalkanmu ♫♪

Telefonku berdering lagi!!! Nadia menelefon aku..

Kali ini aku nekad untuk marah kerana terasa seakan-akan dipermainkan..

“Wei!! Kau jangan main-main dengan aku boleh tak??” jeritku sepenuh hati..

Namun ianya sepi.. sunyi tanpa sebarang suara… aku memandang ke skrin telefon nadia.. masih dalam mode menelefon..

Tiba-tiba terdengar suara wanita menangis, teresak-esak… semakin lama bunyinya semakin kuat dan menyeramkan…
“Huuuu…. Soppp.. sopp… huuuu…. Huuuuu…”

“Ah sudah! Kenapa pula ni??” bisikku di dalam hati..

“Pemandu teksi tu cuba rogol aku Diana.. dia heret aku masuk semak.. aku tak Nampak apa-apa masa tu.. aku cuma terus berlari dan tersungkur di atas batu-batu yang aku sendiri tak pasti….” Nadia bercerita sambil menangis…

“Kau ada mana sekarang?? Aku datang bawak polis sekarang!”, gertakku..

“Aku terbaring.. tak boleh bergerak.. huuuuu… huuu…… tolong aku….”, Nadia merayu lagi..

“Cuba beri aku petunjuk.. kau dekat kawasan mana??”, desakku lagi..

“Jirat Cina…. Dia tanam aku.. huuuuuuuuuuuuuuuu”, Nadia menangis dan terus menangis…

Telefonku terlepas dari genggaman apabila mendengar ayat “Dia tanam aku”….

Aku terus mencapai kunci kereta sambil menelefon Inspektor Zainol..

“Zainol.. Kau kena tolong aku..Nadia dalam bahaya”, kataku ringkas kepada Inspektor Zainol..

“Baik, aku akan arahkan pasukan ke sana untuk pemeriksaan”, balas inspektor tersebut..

Aku, Lyn dan kekasihnya juga turut ke kawasan jirat cina seperti petunjuk yang diberikan oleh Nadia..

“Tuan! Kami jumpa kasut mangsa!” kedengaran seorang anggota polis bersuara..

“Ikut jejak di sini!” arah inspector Zainol lagi..

Kami turut sama-sama menyertai operasi mencari Nadia…

“Tu!! Seluar Nadia!!!” jerit Lyn sambil berlari ke arah seluar tersebut..

Anjing pengesan kelihatan menggali kawasan berdekatan..

“Tuan! Kami jumpa mayat!” jerit anggota polis yang bertugas..

“Ya Allah!!! Nadia!!! “ aku dan Lyn sama-sama bergegas ke arah juntaian kaki pucat dan berbau yang terkeluar dari tanah namun dihalang oleh inspector Zainol dan anggota polis kerana untuk mengelakkan kami mencemari sebarang petunjuk atau bukti pada tempat kejadian…

Mayat Nadia akhirnya ditemui… nadia dirogol dan dicekik hingga mati.. namun hingga ke hari ini pembunuh dan perogol sebenar masih belum ditemui kerana kekurangan bukti dan petunjuk..

“macamana kau tahu Nadia di sini?”, soal Zainol kepadaku.. Namun aku tidak mampu memberi penjelasan secara lisan hingga kini..

♪♫ Andai pastinya ku tahu … Takkan aku tinggalkanmu.. Namun masih keliru teringat masa lalu ♫♪

Kelihatan nama Nadia muncul kembali di skrin telefonku setelah seminggu jasadnya dikebumikan…

Aku mengangkat panggilan tersebut dengan linangan air mata..
“Terima kasih Diana.. terima kasih kerana jumpa aku..”

Dan dalam masa yang sama aku baru teringat yang aku tidak pernah menetapkan nada tone deringku dengan lagu Sesal separuh nyawa!!
Semoga kau tenang di sana Nadia…

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.