singgah

Lebih kurang 15 tahun yang lepas , Salah seorang pakcik kesayangan aku meninggal .

Bila dapat berita sedih macam ni , Family aku bergegas pulang ke singapura .

Kami sampai lewat petang , Sempat lah aku join majlis talkin dan pengebumian .

Masa tu memang rasa sebak .Macam tak percaya , Pakcik aku yang masih muda dan bertenaga , Akhirnya tumpas dengan jangkitan kuman paru paru . Arwah akhirnya pergi jua meninggal kenangan manis yang akan aku kenang sampai bila bila .

Malam tu , 3 famili berkumpul di rumah arwah . Maklumlah rumah di Singapura rata ratanya rumah apartment . Jadi keluasannya agak kecil untuk menempatkan 3 keluarga .

Rumah saudara lain juga penuh dengan kedatangan saudara mara yang lain .

Walaupun sempit , Tapi ianya amat bermakna .. Sana saudara dapat berkumpul bersama …

Masing2’ menceritakan betapa baik dan penyayangnya arwah , Ada yang menangis … Pak long dan Abah .. Hanya termenung mengenangkan pemergian arwah adik mereka yang ketiga dalam keluarga itu .

Lepas maghrib , Kami adakan upacara bacaan doa dan sedekahkan ayat suci alquran . Diselangi dengan makan malam .

Macam aku kata tadi , Walaupun sempit , Tapi meriah .

Keluarga Abah aku , Keluarga pak long , Dan juga keluarga arwah . Makcik aku ( Bini Arwah ) Mak uda … Walaupun dengan kesedihan , Sempat lagi mak uda siapkan minuman malam .

Malam semakin lewat , . Golongan wanita pula tidur di dalam bilik . Kami yang jantan ni semua tidur berselerak di ruang tamu .

Termasuk lah abah dan pak long .

Adik aku disebelah kanan , Saudara laki aku disebelah kiri . Kami masing2 senyap cuba untuk tidur .

Lewat jam 2 pagi .

Aku masih lagi tak mampu lelapkan mata . Namun keadaan makin sunyi . Bunyian dengkur kiri dan kanan mula terngiang di telinga ..

Aku masih terjaga. , Kelopak mata terbuka luas , Masih terbeliak .

“ Knock knock !” Satu ketukan yang datangnya dari pintu hadapan …

Aku ingatkan , Mungkin ada saudara mara lain yang datang … Tapi jam Dah 2 Pagi …. Mana mungkin ?

Atau mungkin ketukan pintu dari jiran sebelah ?

Ya .. Mungkin ..

Aku abaikan bunyi ketukan itu ..

Aku cuba lelapkan mata …

“ Knock Knock !!”

bunyian itu kedengaran sekali lagi ….

Kali ini lebih jelas , Memang datangnya dari pintu rumah Mak Uda …

“ Kalau ada saudara datang , Mesti dia dah kasi salam , Tapi kenapa senyap ?” Bisik hati

“ Knock knock “ Sekali lagi

Aku dah mula rasa tak tenang ..

“ Ishh … siapa pulak ni … Tak kasi salam apa pun ..” Rungut hati lagi

Tiba tiba ..

Aku dikuis dari sebelah peha …

Aku terus menoleh …

Saudara laki aku sedang merenung aku

Jantung berdegup pantas ! Menggelabah masa tu ..

Rupanya saudara aku yang baring di sebelah pun terjaga , dengan mimik muka yang panik …

“ Kau dengar tak ?” Tanya Man

Aku angguk kan kepala sambil tunjuk isyarat jari dibibir tanda senyap …

“ Knock knock !!!” Ketukan itu datang lagi

Man mula mengembangkan matanya sambil menepuk bahu aku

“ Siapa weh pagi2 buta main pintu ni ?” Bisik aku perlahan pada Man

Man hanya tergamam sambil mendongak , Lihat pada pintu utama ..

Memandangkan aku dan man tidur bertentangan pintu utama …

Jadi sempat lah kami mengintai pintu itu

Ruanh bawah pintu , Nampak biasan cahaya yang datangnya dari lampu lorong di luar …

“ Knock knock !”

Man mula merapatkan badannya pada aku

“ Cuba kau tengok celah pintu tu , Tak nampak bayang bayang kaki pun ..” Bisik aku pada man

“ Ish .. Betul lah. masa dia ketuk tadi .. Tak ada pun bayang bayang kaki .. “ Balas Man lagi

Tiba tiba aku rasa ada pergerakan pada sisi kanan aku

Adik aku mula rapat pada aku

Aku bagaikan ikan sardin yang terhimpit ditengah tengah ..

“ Weh , Dari tadi pintu tu berbunyi … Sapa ketuk ?” Tanya adik aku

“ Apa kata kau bangun pergi bukak pintu …” Balas Aku

“ Knock knock !”

“ Hah ! Pergi lah bukak pintu tu cepat !” balas aku

Selamba je adik aku bangun , dia buka pintu utama …

Tak ada siapa siapa .. hanya laluan lorong yang kosong .

Adik aku berjalan semua ke arah kami …

Tak lama selepas tu …

“ Knock Knock “ !!

Adik aku terus berlari menerpa ke arah kami … Dan terus baring disebelah aku

Senyap seribu bahasa …

Kami bertiga masih terjaga , Namun kekal senyap cuba memberi perhatian kepada ketukan seterusnya ..

Ketukan itu tiada lagi ….

Lega …

Namun , Tak lama selepas itu ..

“ Krekkk …”

Bagaikan ada satu bunyian pada pintu bilik Mak Uda …

Pintu itu sedikit Terselak , Dan terbuka

Namun , Tiada pergerakan dari dalam mahupun dari luar …

“ Kau dengar tak ? Tanya aku

Man mengangguk … Adik aku pun mengangguk …

“ Dah dah , Pejam mata tidur …. Jangan layankan ..” Balas Man

Bunyi selakan pintu itu adalah kali terakhir kami dengar malam tu

Esok harinya , Masa kami semua bersarapan …

Salah seorang saudara kami , Senyap …

Pelik jugak tengok si karim ni senyap ..

“ Kau kenapa ? Tak sihat ke ?” Tanya Man

Karim masih senyap tak memberi jawapan

Aku letakkan tangan pada dahi karim

“ Weh panas ni , Kau demam ke ?” Tanya aku

Karim mengankat bahunya , Menunjukkan tanda tidak tahu …

“ Malam tadi … Korang perasan tak ada orang main ketuk pintu ..” Tanya man memulakan topik baru

Paklong dan abah memandang ke arah kami …

“ Abah pun dengar ..” Balas Abah

“ Pak long pun dengar jugak .” Balas Pak long

“ Tapi semalam , Adik bukak pintu , Tak ada orang pun !” Balas Adik aku

Paklong dan abah hanya memandang satu sama lain tanpa berkata kata …

Tiba tiba ..

“ Malam tadi aku tidur sebelah pintu bilkk mak uda …. Aku rasa macam ada benda langkah badan aku .. Kemudia pintu tu terselak sedikit ..” Balas karim

Meremang bulu roma aku masa tu ..

“ Kita orang pun dengar jugak Pintu tu terbuka ….” Balas Man

Sambil aku memandang pada wajah pak long dan abah Yang hanya senyap tak berkata apa apa …

Kata orang , Roh pulang sebentar melawat sebelum kembali kepada yang maha esa …

Dan Ada Kata orang juga …

Itu hanyalah mainan iblis sengaja mengacau dikala kita semua sedang berduka …

Atau Hanya Kebetulan

Wallahulam

Tapi , Malam tu Memang real …

Sampai sekarang , Kami tetap bercerita …

Tegak bulu roma …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.