SIKSA

Aku nak kongsikan sikit pengalaman aku masa student dulu . Sakit yang tidak terhingga . Tak sangka antara organ yang paling kecil dalam dunia ini , Bisa porak peranda hidup aku masa tu .

Masa tu Winter , Musim salji lebat , Hujung tahun . Aku baru saja pulang dari kelas petang . Masa tu aku dah 5th year dalam medical school . Standby untuk peperiksaan hujung tahun . Lepas mandi tu ,

Tiba tiba gigi depan aku ni berdenyut semacam . Boleh tahan lagi , Aku cuba tak endahkan …

Jam 10 malam ,

Makin lama makin sakit . Aku telan paracetamol dua biji . Sakit ada berkurangan sikit , Tapi tak lama lepas tu , Denyutan dia datang balik

Kalini denyutan sakit tu mula naik ke muka …

“ Arghhhh …” baru ingat nak sambung study ….! Aku tak habis habis menekan gusi atas gigi depan aku ni ..

Melihatkan kawan kawan lain yang sedang gigih study untuk peperiksaan hujung tahun , Aku pula berguling atas katil …

“ Kau dah kenapa zeed ? Demam ke ?” Tanya salah sorang roomate

“ Tak .. Tak demam , Tapi gigi ni sakit gila .. Nak mati sakit dia ..” Balas Aku sambil muka tertarap di atas bantal

“ Tadi ko dah telan paracetamol kan , Nah .. Ko cuba ambik ni pulak .. Voltaren ..” Balas Kawan aku

Selepas Menelan sebiji voltaren …

Lega sedikit …. Namun denyutan itu masih ada …

Aku tertidur sampai pagi …

Sebaik sahaja aku bangun , Aku terus pergi ke klinik gigi dalam kampus university . Berjumpa dengan Dentist , Dr Tatiana…

Aku diarahkan untuk ambik Xray gigi …

Nah !! Dekat atas gigi aku tu , Ada tompok hitam , Bulat …

Selalunya kalau kau nampak hitam gelap , Dalam Xray , Bermakna itu adalah ruang udara …

Kali ini aku di diagnos dengan Periapical Cyst atau Nama lainnya Radical Cyst ( Kantung pada Akar gigi )

Kantung ni terjadi apabila ada kuman yang berkumpul pada akar gigi , Jadi secara reaktifnya badan kita akan membentuk satu kantung untuk mengepung kuman tadi dari merebak . Itu adalah reflex badan kita sendiri .

Memanglah bagus ada kantung tu untuk menawan kuman yang ada , Tapi siksanya untuk kita ni , Bila kantung tadi semakin membesar … Jumlah kuman semakin meningkat …

Tiada ruang yang cukup , Kantung tadi mula menekan setiap tisu gusi yang ada … Akibat dari tekanan tu , kesakitan semakin menjadi jadi …

Dr Tatiana , Memulakan rawatan Root Canal Treatment , Kerana kantung tadi bermula dari hujung akar gigi aku .

Root Canal Treatment ini adalah salah satu prosedure dimana , Gigi kita akan ditebuk , Untuk dibuat lubang “ Terowong Hollow “ Agar dapat sampai ke Akar .

Selepas itu , Akar aku dibuang , Dan terowong yang di tebuk tadi dicuci berkali kali …. Kemudian Dr Tatiana memasukkan Ubat … Antibiotik ke dalammnya… Dan di tampal sementara .

Kenapa perlu ditampal sementara ?

Kerana , Dentist nak pastikan , kawasan akar itu sembuh sepenuhnya dulu . Jika ada jangkitan ke dua , Atau tak sembuh sepenuhnya , Prosedure yang sama akan dilakukan sekali lagi , So dengan tampalan yang sementara , Senang lah dentist nak buat prosedur seterusnya .

Aku dibenarkan balik , dan datang semula dalam masa 4-5 hari .

Fuh Lega !! Ya rabbi ! Terlepas siksaan , Macam nak mati dia punya sakit , Dia punya denyutan … Memang tak kasi can lansung . Bayang kan Pain killer pun tak boleh bantu sepenuhnya . Tapi memang logik lah , Jika dilihat , Tekanan pada kantung tu , Akan sentiasa menolak tisu tisu gusi yang lain .

Hari ke 3 , Denyutan datang semula .

Aku dah gabra .. Ye lah … Mana tak paniknya … Aku tak sanggup lagi nak rasa kesakitan tu … Sebab aku sendiri pernah rasa sebelum ni …

Malam tu pulak , Winter makin parah , Sejuk , Suhu dah mula mencecah Negatif , Heater bilik pulak rosak .. Semua kawan kawan berselubung atas katil sambil study …

Aku pulak macam biasa berguling tahan kesakitan . Dah lah malam tu sejuk bagai nak gila , Hampir beku jari jemari duduk dalam bilik , Bayangkan denyutan gigi tu semakin sakit , Kali ini lebih dasyat dari sebelumnya …. Dengan keadaan sejuk lagi , Makin ngilu gigi aku dibuatnya ..

Sampai dah tak tahan sangat aku berguling , Akhirnya tumpas … Aku menangis tak mampu lagi menahan kesakitan … Begitulah siksaan aku dari malam sampai ke pagi ….

Jam 7 pagi , Aku dah mula menyarungkan jeket , Mengharungi salji tebal , Dalam kesejukan aku peluk tubuh … Gigi aku semakin sakit berdenyut kuat … Macam nak pecah otak masa tu … Seriesly , Dah macam nak gila …..

Aku call Dr Tatiana , Aku kasi tau dia yang aku dah terpacak depan pintu klinik dia … Dihujani salji tebal … Aku tak tahan dengan sakit ni , Rasa cam dah nak mati ……

Dr Tatiana terus datang awal , Dari biasa . Agaknya dia faham siksaan aku .

Sampai sahaja Dr Tatiana , Cepat2 aku masuk dan baring di atas kerusi rawatan . Staff dr tatiana pun tak sampai lagi . Terpaksalah dia sediakan barang rawatan seorang diri .

Dah la Cantik macam awek hollywood , Baik pulak tu …. Haih ….

Sekali lagi prosedur yang sama dilakukan , Tampalan sementara tu dibuka …

Aku dapat rasakan satu tekanan pada akar gigi , Aku cuba sedut sesuatu dari terowong gigi aku tadi …

“ Srooott !!!”

Nah Kau ! Segumpal Nanah hijau yang keluar dari terowong gigi …

Ya Allah ! Nikmatnya dunia … Bila sakit itu hilang serta merta …


rupanya denyutan yang lebih dasyat itu disebabkan , Nanah yang mula terhasil didalam kantung cyst tadi , Mula memberi tekanan ..

Bayangkan kau isi air dalam belon , Sampai satu tahap , Ketegangan belon itu tadi dah tak boleh tampung . ianya akan jadi tegang sekuat kuatnya . Itu lah yang berlaku pada aku malam tu .

Dr Tatiana sekali lagi membersihkan terowong gigi aku , Dan cuba antibiotik yang lain , Dimasukkan dalam terowong gigi aku .

Alhamdulilah , Selepas beberapa hari , Aku datang semula , terowong aku ditampal dengan tampalan kekal .

Tiada lagi serangan cyst .

Ya rabbi , Aku yang tulis cerita ni semula ni pun , boleh rasa ngilu , Teringat pengalaman lama yang tak sanggup aku hadapi lagi

Mungkin dulu masa student , Aku tak jaga sangat gigi , Apa tah lagi nak jumpa doktor gigi , Memang jarang sekali ….

Itu yang membuatkan keliling gusi dan akar gigi tak sihat .

Sejak dari haritu , Aku pastikan setiap 6 bulan aku akan jumpa doktor gigi , Bersihkan segala ruangan gusi dan gigi .

Ya allah tak sanggup nak lalui lagi …

Tuhan uji , Sikit je …

Tuhan uji dekat organ yang paling kecil dalam badan manusia pun , Aku dah tak mampu harungi

Apatah ujian pada organ yang paling besar ni .

Jadi aku nak sampai kan .

Badan kita ni pinjaman sementara . Jadi tanggungjawab kita untuk jaga elok elok …

Benda kalau boleh di elak , Dan dijaga , Kenapa perlu abaikan …

Masa aku kecik dulu , 5 Kali aku patah tangan … Boleh handle lagi ..

Luka tak payah cerita la , Satu badan pun ada …

Fuh

Tapi … Bila Teringat balik denyutan sakit gigi tu …

Ya Allah … SIKSA!!

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.