Si Penunggang Hero

SI Penunggang Hero

Penat seharian bekerja , Akhirnya sampai dirumah .
Malam semakin gelap , Hujan mula turun renyai diluar ..
Perut dah mula rasa lapar ..
Barang masak dirumah dah kehabisan
Malas pula nak keluar …
Kau rasa macam nak bermalas malasan je atas sofa sambil layan TV kan ?

Jadi , Kau pun ambil telefon , Buka Apps … Kau order makanan ….
Menggunakan servis food delivery …

Tanpa mengira waktu , Keadaan hujan diluar .. Kau Tekan butang “ Order”
And yes , Servis tu sudah tersedia untuk korang semua ….

Tanpa kita sedar …
Mereka diluar sipenunggang “ Hero “ Ini .. Sedia stanby di luar ,
Dibawah jambatan , Ditepi jalan , Di lorong kedai …

Ada pesanan atau tidak . Mereka tetap menanti .

Bersama mereka , Sebuah motosikal , helmet , Kotak penghantar makanan dibelakang motor , Dan baju hujan .

KORBAN MASA

Hanya kerena mencari sesuap rezeki . Mereka berpanas siang dan petang , Sejuk semalaman . Tinggalkan anak bini dirumah …

KORBAN NYAWA
Setiap hari mereka terdedah dengan risiko kemalangan . Tahu tak risiko kemalangan untuk penunggang motorsikal adalah 100% apabila mereka meluangkan masa yang lama berada diatas jalan raya .

Bukan 99% , Tapi statistiknya mengatakan 100% ! Mereka berada diatas jalan hampir 70% masa seharian Berbanding korang yang menunggang hanya pergi dan pulang dari tempat kerja …

KORBAN HINAAN
Bila berlaku kesusahan pada mereka , Motorsikal rosak / pancit dan sebagainya , Akan menjejaskan kualiti servis mereka .

Makanan lambat tiba , Dan mereka si penunggang ini dapat Cacian . Apatah lagi untuk dapat bayaran Tips .

Aku bangga dengan mereka .. Setiap kali aku nampak penunggang yang bekerja sebagai “ Food Delivery “ Ni .. Aku kagum dengan kesungguhan dan tahap kekebalan jiwa mereka .

Aku pesan pada diri sendiri .
“ Kalau aku kena buat kerja ni , Aku belum tentu mampu “

Lihatlah bagaiman mereka berjuang demi kehidupan . Dengan ekonomi yang tak pernah baik . Keperluan asas semakin mahal dan meningkat . Kos sara hidup dibandar yang mencanak naik setiap tahun .

Mereka ini realistik , Mereka bekerja untuk mencari rezeki halal . Pengorbanan mereka bukan biasa biasa . Untuk yang kerja diofis tu , Belum tentu mampu lakukan apa yang mereka lakukan untuk masa 3 hari . Sudah pasti kau tak mampu teruskan .

Mereka ni semua Hero jalanan . Bukan hero sebagai pelumba. . Tetapi Hero yang membantu kau makan dan minum setiap masa .

Bayangkan , Sudah berapa ramai yang telah mereka bantu . Hanya untuk memenuhi nafsu makan kita .

Berbaloikah pendapatan dan risiko yang mereka akan dapat ?

Risiko nyawa itu tinggi nilainya .
Ianya tidak berbaloi lansung dengan bayaran pampasan insuran jika berlaku apa apa .

Kalau jumpa mereka dimana mana , sedekah kan lah senyuman . Tanda hormat dan penghargaan kita kepada mereka.

Mereka perlu diberi penghargaan
Kerena mereka adalah “ The unsung Heroes” yang sanggup berkorban masa , Tenaga dan Nyawa .

Aku tak terkejut sekiranya mereka ini semua bakal menjadi orang yang berjay dan jutawan . Kerana kesungguhan mereka itu mengharungi onak duka kehidupan sudah pun dibuktikan .

Kebajikan mereka wajib dipelihara .
Mereka akan tetap mejadi hero dan harus dicontohi oleh orang lain .

Semangat juang itu , Tidak ternilai harganya .

Bagi mereka yang senang bekerja di Ofis , Mereka takkan pernah faham …

Nasib mereka ini perlu dipelihara…

One comment

  1. Everyone in this world patut dihargai walau sekecil manapun kebaikan yg dilakukan. Semoga mereka terbela. Kita rakyat perlu bangkit, kena stop that kapitalis thing. Rakyat bangkit boikot, baru mereka takut.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.