SERINGGIT

Beberapa bulan yang lepas , Aku sempat berjumpa dengan seorang Pakcik yang berumur lebih kurang 60an . Masa tu aku pergi melawat seorang kawan yang admit di hospital swasta .

Aku sedang minum di kafe hospital . Depan aku ada vending machine . Macam biasa aku ni kalau duduk cafe sorang2 , Sama ada aku tulis cerit seram , Takpun kalau tak ada mood , Aku suka perhati gelagat orang

Seorang pakcik yang berdiri depan vending machine , Dari tadi cuba masukkan duit seringgit , Tapi ditolak berkali kali .

Dia keluarkan dompet … Agaknya lepas korek2 dompet tu .. Tak ada duit lain …

Pakcik tu garu kepala …

Aku pun bangun menghampiri pakcik tu ..

“ Duit tu mesen tak nak terima ya ?” Tegur aku

Pakcik tadi terus menoleh , Dengan rendah diri dia tunduk bila melihat aku

“ Ya ya , Saya dah cuba banyak kali , Kena reject ..pulak … Seringgit pertama lepas , Seringgit kedua ni dia tak mau pulak ..” Balas pakcik tadi sambil tertawa

Melihatkan pakcik ni , Dengan gaya yang bersahaja , Ber t shirt putih , Seluar khakis yang dah luntur warnanya , serta bersandal biasa …

“ Nah , Cuba duit saya pula … “ Aku masukkan Rm 1 Ke dalam mesen

Duit aku diterima oleh mesen . Air kopi bernilai Rm2 sedang di proses …

“ Awak dekat sini melawat siapa ?” Tanya pakcik tu

“ Saya melawat kawan , sakit paru paru , Malam tadi dia masuk wad … Pakcik siapa nama ? Pakcik melawat siapa ?” Tanya aku

“ Panggil je saya Pakcik Johan , Nak gelemer sikit pakcik Jo …melawat my darling la , Isteri saya masuk hospital malam tadi .. demam panas ..” Balas Pakcik Jo

Kopi panas pun dah tersedia ..

Aku pun ajak pakcik jo duduk sekali memandangkan aku pun tak ada kawan nak berborak

Macam macam kami kongsi cerita sehinggalah pakcik jo tanya tentang pekerjaan aku

“ Saya berniaga sendiri je , Kecil kecilan ..” Balas aku

“ ha .. Bagus la tu … Dah lama ke ?” Tanya pakcik jo

“ Boleh tahan jugak , Dah nak masuk 4 tahun .. Hampir melingkup dan terduduk pun banyak kali jugak ..” Balas aku sambil tertawa

“ bisnes apa tu ?” Tanya pakcik jo

“ Saya buka klinik je pakcik , Dah tu je yang saya tahu … “ Balas aku

“ Eh , Baguslah … Kalau nak bisnes , Buat apa yang kita tahu ! Jangan buat bisnes yang kita sendiri tak pandai .. Betul dah tu … “ Balas Pakcik jo

“ Pakcik jo pula ? Masih bekerja atau dah pencen ?” Tanya aku

“ Kerja ! Saya masih kerja … “ Balas pakcik jo

“ Wah .. Dasyat … Umur berapa sekarang ?” Tanya aku

“ Saya ni dah nak masuk 67 dah …” balas Pakcik Jo

“ Wah , Masih kerja lagi ya , Selalu pencen umur 55 atau 60 kan ?” Tanya aku

“ Haha .. Saya pun macam kamu , Berniaga sendiri .. Jadi tak ada had pencen …itu yang paling saya suka ..” Balas Pakcik Jo

“ Macam mana bisnes kamu ?” Tanya pakcik jo

“ Alhamdulilah , Sekarang dah buka beberapa cawangan ..” Balas aku

“ Wah … Ini mesti kaya ni …. Kaya hutang ..” balas pakcik jo sambil tertawa

Aku sebenarnya agak kagum … Dengan jawapan Pakcik Jo

“ Kaya Hutang “

“ Pakcik , Saya sebenarnya kagum , Bila pakcik cakap saya kaya hutang , Orang lain semua ingat saya kaya raya , padahal mereka semua tak tahu kita punya sengkek macam mana … Betul lah tu pakcik .. Kaya hutang … “ Balas aku

“ Saya pun orang berniaga , saya faham apa yang kamu sedang alami … Dont worry .. Pokok kalau baru ditanam , Dijaga elok , Insyallah satu hari nanti ranum buahnya ..” Balas Pakcik Jo

“ Pakcik Jo tak nak berehat ke ? Pencen macam orang lain ?” Tanya aku

Pakcik Jo menoleh ke arah aku …

“ Sebab i love to work .. pencen tu not my option … Sebab saya enjoy apa yang saya buat … Kalau sehari tak kerja .. Memang tak tenteram ..” Balas pakcik jo

“ Pakcik Jo berniaga apa ? Apa yang buatkan pakcik jo suka kerja tu ?” Tanya aku

Pakcik jo ambil dompetnya , Dia serahkan Bisnes card pada aku

tertulis managing director untuk sebuah company berhad …

Terkejut jugak aku masa tu..

“ Haaa .. Yang ni lain .. Ni memang betul betul kaya … “ Balas aku

Pakcik jo hanya tersenyum

“ Kalau dah kaya , Kenapa masih nak kerja lagi cari duit ?” Tanya aku

“ Kita ni , Berniaga sebab passion kita .. Bukan sebab duit .. Duit tu hanya perantara apa yang kita dapat dari hasil kerja kita …. So tanya diri balik , Kita nak berjaya sebab nak kaya , Atau sebab kita suka kerja kita ? Itu akan memberi sudut yang berbeza …. So kamu tak pelik ke warren buffet harta yang berpuluh billion dollar pun masih bekerja ? Tak cukup ke duit tu ? Kalau ikutkan duit berbilion juta tu berapa generasi pun takkan habis … Tapi cuba fikir balik kenapa dia masih bekerja ?” Tanya Pakcik Jo

“ Hmmm sbb dia enjoy kerja dia .. Dan buka banyak peluang pekerjaan pada orang lain ..” Balas aku

“ Yes .. Sebab dia suka apa yang dia buat , itu lah kehidupan .. Kita mesti suka untuk kerja yang kita buat , Bukan buat dengan terpaksa … “ Balas pakcik jo melihat aku yang sedang membelek bisnes kad dia ..

“ Pakcik jo ni , Berpakaian macam orang biasa je, Tak macam orang kaya lain … Susah nak jumpa orang macam ni ..” Balas aku

“ Alahai , Berpakaian ni pun sama , Biar selesa dan pakai apa yang kita suka , Saya pun tak ada masa nak pilih baju seluar , Apa yang ada depan mata , Saya pakai je .. Cuma kalau kita nak jumpa rakan berniaga , Atau client , Etika berbaju formal dan kemas tu harus di praktikan .. Nabi pun suruh kita berpakaian segak ketika berurus niaga .. Kalau hari weekend macam ni , Saya santai je .. Tak ada apa sangat lah …Saya ni bekerja bukan untuk belanja mewah , Saya bekerja untuk beri yang terbaik dari company saya , Dan generate more income , Bukan spend money from income .. ” Balas pakcik jo

“ Ok lah , Saya naik ke atas dulu .. Tengok my darling , Nanti kalau free , Jemput lah datang rumah … Nanti whatsap saya, Terima kasi belanja saya seringgit ..” Balas Pakcik Jo berlalu sambil tersenyum menepuk bahu aku

“ Tinggi mana pun kita , Jangan lupa jejak kaki dibawah …” Balas pakcik jo sekali lagi

Aku yang duduk disitu ..

Tercengang…

Sempat aku google nama company Pakcik Jo …

Dan tanya beberapa kawan ..

Pakcik Jo seorang multimillionaire …Bukan jutawan biasa .. Malah luar biasa .

Tapi tak dikenali pun ?

Apa yang aku belajar disitu , Ramai yang kaya raya , Mereka lebih banyak habiskan masa dengan kerja mereka . Mereka nampak lebih rendah diri .

Adakah sememangnya mereka tidak mahu dikenali ramai , Atau pun mereka ni memang tak heran apa apa pun selain kerja mereka .

Mereka jadi kaya raya kerana memang minat mereka untuk generatw more income , Bukan spend money from the income .

So banyak bezanya antara orang yang kaya raya , Dengan orang yang nak jadi kaya sebab nak berbelanja …

Tapi aku bersyukur …

Banyak yang aku pelajari dari

Rm Seringgit tadi …

Thank you Allah dengan rezeki silaturahim ini .

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.