Seram

Seram.

Tadi aku sedang memandu , Dalam kereta ada Abah aku , Wife dan anak aku .

Anak aku macam biasalah dengan mainan super hero dia …

Aku bawak kereta macam biasa , Radio pun sayup2 je , Sebab bapak aku tak suka dengar radio kuat kuat .

Sambil aku berborak dengan abah di depan ..

Aku dengar perbualan Anak sulong aku si zack ni main dengan patung super hero dia ..

“ Nah makan Cibai … Nah Makan cibai ..”

Aku rasa macam , “ Eh salah dengar ke ni ?”
Aku diam kan lagi …

“ Makan la cibai …”

Aku dah mula rasa tak sedap , Mana dia belajar mencarut ni …Dah lah Tokwan dia ada kat depan ..

Ke sebab dia pernah nampak Aku dok mencarut masa bawa kereta ? Entahlah …

“ Ni cibai ni … Makan la ..” Zack ulang sekali lagi …

Bini aku pun rasa nya dah mula rasa kurang selesa , Tokwan ada kat seat depan , Tapi anak dok Cibai cibai kat belakang

Menggelabah jugak aku kat depan , Real punya cuak .. Sapa pulak yang ajar ni …

“ Ish zack ! Apa cakap macam ni , Tak elok la !” Bentak bini aku

Aku gelakkan je …

“ Kenapa mama ?” Tanya zack

“ Tak elok lah cakap macam tu ,!” Balas Bini aku

“ Zack nak suruh Iron Man ni makan Cibai … Cibai kan pedas … Iron man Kuat , Kene makan cibai …” Balas Zack

Aku Dah berdekah kat depan .

Aku dah Boleh agak apa Cibai Tu sebenarnya ..

“ Hang la ajaq dia !” Balas Aku

“ Ishh mana ada !! Awak baik sikit , Takkan la saya nak ajar benda macam tu , Saya sendiri pun tak mencarut ..!” Balas Bini aku

“ Dia bukan nak cakap Cibai … Tapi CABAI .., Tu laaa orang panggil Cili , Hang tu asik asik panggil Cabai …!”

“ Ni salah orang utagha la ni !” usik aku lagi

“ so betul lah saya kata , Awak la yang ajar !” Balas Aku …

Bahaya jugak Kalau Cabai pun Boleh jadi Cibai .. Seram tau

Aku perati ,
Tokwan pun macam dah pelik tadi dengar anak aku dok Cibai Cibai dekat seat belakang tadi …

salahorangutara

doncabai .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.