SERAM : MISTERI BURUNG HERIANG DAN BUDAK PEREMPUAN .

Gambar Yang telah memenagi Pulitzer Award Tahun 1994 .

Gambar ni , Famous pada Tahun 1994 , Sehingga mendapat sambutan yang luas satu dunia .

Apa yang korang nampak dalam gambar ni ?

First time korang tengok dah seram kan ?

Kenapa seram ?

Kalau korang perasan , Budak perempuan tu sedang mengalami dehidrasi , malnutrisi yang sedang lemah jatuh ke bumi .

Vultures “ Burung Heriang “ Merupakan burung pemakan bangkai yang agresif sedang berdiri dibelakang , Hanya menunggu masa untuk mangsanya menghembuskan nafas terakhir .

Kematian yang ditunggu !

Gambar ini telah berjaya di tangkap oleh Kevin Carter seorang jurugambar dari south Africa Semasa lawatannya ke sudan pada tahun 1993 .

Sehinggakan Gambar ini telah diberi anugerah Pulitzer pada tahun 1994 .

Namun kemenangan anugerah yang berprestij itu , Patutnya dibanggakan bukan ? Namun ianya bertukar menjadi tragedi apabila gambar itu sendiri telah meragut nyawa Kevin Carter si juru , 4 Bulan selepas memenangi anugerah itu .

Bagaimana Gambar ini mampu meragut nyawa Juru Gambar Kevin Carter ?

Selepas gambar ini tular , Ramai orang yang mula mengkirtik kevin Carter . Kritikan yang masuk setiap hari menjangkau selama 4 bulan lamanya .

Kevin Carter Mengaku , Dia telah menunggu hampir 20 minit , Untuk berjaya menangkap gambar “ Close up “ ini .

Ramai yang mengkritik Kevin Carter sebagai orang yang tak berperikemanusiaan .

Kau dah nampak budak tu terbaring separuh mati , Sanggup kau tunggu sekian lama hanya untuk dapat Shot yang menarik ? Siapa kau sebagai manusia ?

JIka kita pikir semula apa yang dikatakan oleh pengkritik , Ada betulnya juga.

Budak tu tengah separuh mati malnutrisi dan dehidrasi , Sepatutnya itu adalah situasi emergency . Patutnya BUdak wanita itu diselamatkan secepat mungkin . Emergency bermakna tak boleh tunggu lagi!

Ada yang mengatakan , Kanak kanak itu berjaya di bawa ke Pusat rawatan , Namun , Ada juga yang mengatakan , Tiada laporan kanak kanak itu berjaya sampai di pusat rawatan .

Segala tomahan , Cacian dan makian yang menghantui Kevin setiap hari , Telah menambahkan tekanan dalam hidup Kevin .

Selepas 4 Bulan , Kevin Carter mengakhiri siksaan mentalnya itu dengan membunuh diri .

Yelah, Kalau aku hidup pun , Gambar ini akan sentiasa menghantui hidup aku selamanya . Mungkin itulah penyebab kenapa Kevin Carter memilih untuk menamatkan riwayat hidupnya 4 Bulan selepas memenangi anugerah pulitzer .

Gambar yang dibanggakan akhirnya telah meragut nyawa tuannya sendiri .

Begitulah hidup kita seharian . Kita dapat jadikan iktibar .

Bayangkan itu tahun 1994 , Belum ada online sosial media . Bayangkan zaman sekarang ? Salah sikit sahaja , Kita akan dikenang sampai bila bila .

Fitnah akhir zaman kini dihujung jari sahaja .

Apa pendapat korang tentang cerita ini ?

Adakah manusia disekeliling kita punca Mental Depression atau , Kekesalan itu sendiri punca kematian Kevin Carter ?

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.