Selamba Jer

Bingit

Tadi aku naik Mrt .. Nak pergi medical conference dekat KLCC ..

So macam biasa dari rumah aku ke kl ambil masa 25-35 menet .

Malas la aku nak drive .. Aku lagi enjoy berjalan .

Tengah sedap duduk , Ada satu penumpang ni masuk …

Dia duduk selang sebelah aku ..

Mula2 tu kawan dia call .. Dia punya sembang dah lah kuat .. Tergelak terbahak2 lagi

Macam pelik la kan , Selalunya public transport ni aman je.. Tapi dia sorang je .. Dah boleh buat meriah ..

Aku tengok orang depan , kiri kanan semua dah mengintai tengok dia

Dia buat bodoh je … Orang tengok ke , Orang jeling ke .. Dia buat tak layan ..

Aku pekakkan telinga. .. Cuba malas nak layan …

Lepas dia habis call tu .. Aman sekejap ..

Ok .. Lega kejap kepala otak ni …

Tiba tiba tak lama tu ..

“ Na na na .. La la la … Akuuuu .. La la la ..”

Dia menyanyi pulak !!

Jeng kreng !!!

Mula mula slow .. Lepas tu makin lama makin kuat ..


aku tengok orang sekeliling dah tak senang duduk …

Aku ni dah lah duduk sebelah dia .. Lagi lah bingit

Annoying gila dah ni

Dia dok nyanyi lagi , Kali ni makin kuat

Apa dia ni buta ke , Tak nampak ke orang sekeliling ?

Kenapa eh ada orang yang tak perihatin macam ni ?

Aku dah muka tak boleh tahan

Aku toleh , Aku lambai dia …

Mula2 dia but bodoh je ..

Lepas beberapa kali aku lambai ..

Baru dia perasan ..

Aku tunjuk la isyarat senyap ..

Dia buat bodoh .. Lagi la aku panas

Aku lambai lagi sekali ..


dia bukak earphone dia

“ kak , sori lah saya tegur .. Bising la akak dok nyanyi kat sini ..” Balas Aku


Dia jeling tengok aku .. Dia pasang balik earphone

Sambil dia nyanyi lagi

Aku mmg dah bingit ..

Aku tepik jugak sebelah dia tadi

“ Kau nak nyanyi kaj pergi karokelah !!”

Akak tu tersentak …

Makcik depan aku tu pon tambah perasa lagi ..

“ Awak ingat sedap sangat ke suara awak tu ? Cuba la perihatin pada orang lain jugak “” Makcik tu tempik lagi kuat dari aku …

2 comments

  1. Laa..citer cam x abis je dokt..ape reaksi hakak karok tu pulak pas makcik depan tu sound.. abis kan lah story nye dokt..😤😤😤

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.