SELAMAT KE SEWA LAMPU PHOTOTHERAPY ?

SELAMAT KE SEWA LAMPU PHOTOTHERAPY ?

Lebih kurang 3 tahun lepas .
Masa tu aku baru digelar Abah . Setelah 9 bulan bini aku menjadi penguin .

akhirnya lahir lah baby boy ni .

selepas beberapa hari .. Anak aku menjukkan tanda tanda “ Jaundice “ .. or “ Icterus” bak kata orang melayu .. “ Kuning “

Memang kalau diperhatikan boleh nampak kesan kuning tu pada pigment kulit .Jika level Bilirubin itu melebihi 5mg/dl… Kekuningan tu 75% akan terserlah warnanya .

Neonatal ( Bayi ) Jaundice memang amat common untuk kanak kanak . Disebabkan pecahan Hemoglobin ( Darah merah ) . Lalu menghasilkan Bilirubin .

Kandungan bilirubin yang tinggi adalah merbahaya , Dan wajib di pantau dengan cepat dan tepat .

Ini dipanggil Hyperbilirubinemia ( Apabila level bilirubin tinggi dalam darah )

Bilirubin itu pulak akan ada dua jenis , ( Conjugated ) & ( Unconjugated) .. Penghasilan bilirubin yang banyak akan dihantar ke “ Liver” ( Hati) , Tapi untuk bayi .. Hati masih belum matang , Atau pemecahan darah terlampau tinggi menyebabkan Hati tak dapat menyahbuang segala bilirubin yang berlebihan . Maka unconjugated bilirubin ini akan bergabung dengan albumin , Berkeliaran dalam sistem darah sehingga memberi pigmen warna kuning pada kulit .

Topik ni sebenarnya panjang untuk dihuraikan , Dan agak rumit .jadi aku akan cerita pada benda yang basik sahaja .

Banyak sebab Kuning tu boleh terjadi .
3 Klasifikasi

1- Pre Hepatik – Jika bayi mengelami pemecahan darah yang tinggi . Menyebabkan kandungan bilirubin amat tinggil dalam darah

2 – Hepatik
Apabila ada masalah dengan Hati itu sendiri , Tak dapat berfungsi dengan baik , Masih belum matang sepenuhnya atau hati itu sendiri hasilkan Bilirubin yang tinggi

3 Post hepatik
Apabila berlakunya “ Mechanical Obstruction” Halangan .. Pada sistem hati menyebabkan fungsi hati rosak .

Jika lambat diambil tindakan .
bilirubin ini akan berkeliaran dalam darah , Kandungannya akan jadi lebih tinggi dan dapat menembusi dan Menjejaskan otak .

Di panggi Kernicterus , dan juga boleh menyebabkan Acute Bilirubin Encelopathy . Dimana bayi angan mengalami kekejangan otot , Sistem ganguan otak dan lain lain lagi .

Banyak juga sebab lain yang menyumbangkan pada Neonatal Jaundice ni .

  • Bayi pra matang
  • Jangkitan pada tali pusat ..
  • bayi kurang berat
  • g6pd deficiency
  • Mother “ O blood “ group atau rhesus negative
  • sejarah keluarga yang pernah menghidap jaundice
  • ibu kencing manis semasa mengandung
  • dan banyak lagi .

Jaundice ni amat rumit , Topik dia amat besar .

Terlalu banyak pengiraan .
Dan Clinical judgement .

Bukan semudah yang kau sangka ..

Masa tu anak aku bilirubin dia tiggi , Lahir pulak di hospital swasta . Kos lahir pun tinggi .. Kalau nak masuk ward pun .. Tergolek jugak nak bayar bil phototherapy kalau admit hospital swasta lagi skali .

Lepas tu aku memang malas nak tunggu dekat hospital kerajaan . Paham paham jer lah .

Jadi aku memutuskan untuk DIY sendiri lampu ni .
Aku beli barang barangnya , Dan custom sendiri .

MAAF aku tak boleh kongsikan cara DIY dan jenis spesifikasi lampu ni .

Bahaya !

Nanti korang copy , Tapi lepas tu tak tahu nak handle baby dekat rumah .

Kau ingat , Main letak je ke anak kau bawah lampu tu ?

Ianya amat merbahaya .

jadi setiap hari , setiap jam ..
aku perlu monitor anak aku ni secara kerap ..

Banyak pengiraan yang rumit ..

Aku kena kira berapa feeding intake untuk anak aku , Berapa Input dan Output ..

Perubahan pigmen kulit .. Lokasi pigmen dan sebagainya

Pemeriksaan abdomen , Mata dan beberapa organ lain lagi ..

Hari hari aku cucuk dia untuk ambil darah . Untuk baca tahap bilirubin dalam darah

Selain daritu , Kena observe jika ada berlaku perubahan seperti warna Najis

Jika najis berwarna “ Kelabu “ Itu adalah bahaya , Ianya menunjukkan simptom “ Mechanical obstruction” Perlu dirawat atau dibedah secepat mungkin .

Syukur , Nasib aku baik , Anak aku yang mengalami jaundice ni , kemungkinan disebabkan pemecahan darah yang tinggi , dan juga disebabkan sedikit jangkitan pada tali pusat .

Nampak simple kan ?
Nampak macam senang je buat lampu biru tu ..

Nampk senang je , Letak anak bawah lampu tu kan ?

Lepas tu ambik risiko jaga dirumah .

Ada sesetengah orang yang sewa lampu biru ni ..

Ada juga Klinik dan doktor , Yang buat sewa lampu jaundice ni .

Tapi aku tak setuju .. dengan cara ni ..

Nak berjimat … Biarlah selamat …

Tapi , Korang kena ingat .. Siapa yang nak monitor .?

Kau rasa doktor tu , Larat ke nak duduk umah kau , Monitor anak kau setiap masa ?

Tak Relevan !

kalau ada medical professional yang duduk jaga bayi kau dirumah , Takpe jugak .

Kalau setakat sewa .. Say No !

Bayi yang duduk dibawah phototherapy ini akan berisiko untuk mengalami “ Dehydration” Dehidrasi .. kekeringan air .

Kau dapat detect jika ada masalah ?

Jadi yang jaga di rumah tu ,

Ada pengalaman untuk check anak di rumah ?

jika ada berlaku apa apa perubahan pada anak , Korang boleh kesan ?

Jika kau bukan pengamal perubatan
Jangan ambil risiko .

Masalah yang kecil boleh jadi “ Fatal “ Atau maut untuk Bayi bila bila masa sahaja .

Jangan ambil remeh dengan nyawa ..
Apa yang bakal berlaku .. Kau pastinya tak sanggup tanggung nanti …

Jangan sebab nak jimat , Sewa lampu photortherapy , Tapi tak ada medical professional yang monitor secara terperinci ..

Ingat .. lagi skali aku warning

Jangan ambik risiko !
Duit boleh cari .. Nyawa anak tuhan kasi sekali je !

Lagi satu , zaman doula douli ,
Konon LoTus birth ,

Falsafahnya untuk biar Uri itu kering dan terputus sendiri.

Kau ingat senang dia nak kering macam tu je ? Tali pusat masih lagi menjadi perantara Uri Busuk dan badan bayi .

Bila bila masa kuman dari Uri reput yang busuk tu boleh masuk daam badan bayi dan akan menyebabkan Sepsis iaitu jangkitan seluruh sistem badan

Kau rasa Doula douli tu boleh handle ke kes jaundice ?

Ada hati nak simpan Uri tu sampai mereput ..

Kalau dah Koma , Dah ICU budak tu baru kau nak menangis ..

tak payah lah ..

Kau Redho jer !

Dejei tui

Dr Yazeed Hair Johari

p/s – Kalau bayi kau kuning kurang dari 24 jam . Sila pergi ke hospital dengan segera . Jangan ambil mudah .

Hangpa kena tolong aku share post ni . Benda benda nyawa ni ada je pihak yang nak ambik kesempatan buat duit .

Share dan Tag kawan kawan . Jangan jadi mangsa satu hari nanti .

ingat .. duit tak boleh beli nyawa

Untuk info lebih lanjut boleh baca guideline ni . Jangan malas .
Tak paham sila translate sendiri .. Kamus online kan ado !

Bacaan lanjut klik http://www.dryazeedhairi.com

Click to access CPG%20Managment%20of%20Neonatal%20Jaundice%20(Second%20Edition)new.pdf

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.