SEBENARNYA KERJA DOKTOR BUKAN UNTUK RAWAT PESAKIT

Kalau diikutkan , Dari kecil sebenarnya aku nak jadi pilot . Itu memang cita cita aku sebenar . Tapi perancangan allah itu lebih luas .

Aku akhirnya ambil jurusan perubatan

Tak pernah terfikir pun aku akan merawat orang suatu hari nanti

Pada aku , Kerja doktor tu kerja perempuan asalnya . Tapi disebabkan aku dicabar untuk jadi seorang doktor . Aku sahut cabaran tu

So , Apa yang aku nak ceritakan ni .. Untuk korang semua faham , Apa itu pekerjaan doktor.

Apa yang aku pelajari dari seorang professor .. Untuk faham apa itu sebenarnya tugas doktor …

Apa itu pekerjaan doktor ?

Ya , Memang secara umumnya , Doktor tu merawat pesakit . Obvious sangat lah kan .

Tapi sebenarnya dari skop lain yang berbeza , Kerja Doktor sebenarnya bukan merawat pesakit .

So aku kongsikan sikit pengalaman aku masa aku nak ambil exam final year .

Exam terakhir yang bakal membezakan aku sebagai medical student atau doktor junior

Ya Rabbi , Dia punya perasaan .. Tak ada benda lain lagi yang seram dalam dunia

Kalau dekat luar tu berperang pun aku tak kesah dah . Yang aku tau , Aku nak habiskan exam aku , Balik malaysia dengan ijazah kedoktoran .

Lain dari pada tu , Aku tak heran …

2 Minggu sebelum exam ,

Bangun pagi terus hadap buku ,

Sambil kencing , Otak tengah cuba menghafal

Sambil berak , baca buku

Tak kira buat apa pun , Baca buku

Sampai tengah malam pagi buta..

Nak hafal ubat ? Nama je dah pelik … Lepas tu jenis ubat ada beribu .. Itu baru nama ..

Dose ? Macam mana pulak ? Nak kira lagi ..

Bukan senang2 nak kasi orang makan ubat, Kalau salah kira dos ubat ?!!

Tak ke jahanam ? Adui .. Takut !!!

Ada juga malam malam yang tak tidur ..

Makan ? Apa yang ada dalam rumah

MAna ada selera nak masak bagai ni semua … Bedal je apa yang nampak , Yang mana sempat

Hari yang ditunggu sudah tiba …

Pagi tu aku Bangun badan menggeletar .. Nyawa bagai tersekat di salur tekak

Sempat lagi muntah beberapa kali sebelum keluar dari rumah

Fuh ! Lega betul rasanya lepas muntah

Memang selalunya setiap kali exam aku akan muntah …

Exam final , Ni oral ..

Yang objektif semua dah habis jawab

Paper terakhir ..

Bayangkan .. Kalau terkandas paper ni

Makanya aku kena extend lagi satu tahun

Tak sanggup !!!!

Giliran aku sudaha tiba , Terkumat kamit baca surah…

Aku dipanggil duduk di hadapan examiner

Depan aku ada satu kotak yang mengandungi kad soalan secara rawak

Bismillah …

Aku ambil salah satu kad ..

Aku lihat soalan pada kad itu ..

Aku terus tersenyum… Lega rasanya

“ Ahhh !! Yess !! Semalam yang aku belajar ! Soalan ni semua aku boleh jawab ..” Bisik hati sambil tersenyum

Aku diberi masa untuk karangkan jawapan aku di atas kertas sebelum ditanya dalam bentuk Oral ..

Kemudian aku dipanggil , Dengan selamba aku jawab soalan tadi , Depan professor .

“ Kharasho .. “ ( good !) Balas Professor tu

Dia terus tulis markah dalam buku exam aku .. Aku Pass !!!

“ Congratulation !” Balas Professor

“ Now , You are junior doctor ..” Balas professor lagi ….

Pertama kali dalam hidup aku rasa satu perasaan yang tak terkata , Badan aku yang terketar tadi .. Longgar semuanya …

… Aku rasa nak jadi superman je masa tu , Angkat sayap terus terbang ..

Nak je aku bangun terus cium professor tu

Aku kini bergelar Doktor Junior . Bukan lagi sebagai pelajar perubatan .

Kamon man !!! Tak sangka .. I did it !

Di tanah Soviet !

Namun , Pada saat itu .. Sejenak aku terfikir ..

Bagaimana kalau nasib aku dapat kad yang susah ? Yang aku tak boleh jawab ?

Jadi aku minta kebenaran professor ..

Boleh tak sekiranya aku ambil kad lain secara rawak .. Aku nak lihat sendiri jika kad lain yang aku ambil .. Soalan apa yang aku bakal .dapat

Ternyata tuhan nak tunjukkan masa tu

Aku dapat kad yang , Aku tak boleh jawab lansung

Topik yang aku kurang beri perhatian , Topik yang aku benci

Adakah nasib menyebelahi aku ?

Bayangkan kalau aku ambil kad ni dari awal tadi … Sudah pasti persaan riang tadi menjadi hiba …

Dan aku sememangnya bakal ulangi semula tahun terakhir aku dan masih kekal sebagai pelajar perubatan ..

Professor memandang ke arah aku

“ Can you answer this question ?” tanya professor

“ Hmmm .. No .. I cant .. I dont study this topic well ..” Balas Aku sambil tunduk

“ You are lucky .. today .. you draw the card that you can answer …” Balas Professor

“ Dont you think its unfair ?” Tanya aku

“ Life and reality is unknown .. Sometimes u get lucky , Sometimes you dont ..

Sometimes you will get easy patient , Sometimes you will get hard patient ..

But .. As a doctor its not about how smart you are , its about how much you want to learn everyday ..

And dont be happy yet to become a doctor .. you still know nothing after 6 years of medical school

But the hardest part in your life is to solve a problem until end of your life “

Secara ringkasnya ..

Jadi doktor ni bukan lah perlu jadi seorang yang tahu dan hafal semua benda

Kerana ilmu perubatan ni sangat luas , Tak mungkin kau akan faham dan hafal semuanya

Tapi apa yang penting , Sejauh mana kita nak teruskan belajar .

Sebab tu , Kalau dalam ward .. Specialist banyak pesan …

“ Biar bodoh , Janji belajar … janji Jangan bodoh sombong … Kalau tak pasti , Bukak buku balik .. Kaji dulu betul2 .. Sebab kerja kita bermain dengan nyawa .. Bukan boleh bantai suka hati saja ..”

Jadi prinsipnya satu sahaja ..

“ Kalau nak jadi doktor ..Aku wajib belajar sampai mati ..”

Sebab tu aku kata. Jadi doktor ni bukan sekadar rawat orang . Itu pada zahirnya sahaja ..

Tapi hakikatnya , Doktor perlu wajib belajar , Membaca dan sentiasa update dengan informasi baru tentang penyakit dan rawatan yang terkini

Kalau tak percaya , Cuba tanya doktor kenalan korang , Tak semua soalan doktor boleh jawab …

Tapi apa yang peting , Setiap penyakit yang datang , Kami tahu bagaimana untuk cari jawapan dan rawatan

Itu lah yang paling penting

Itu lah sebenarnya kerja doktor

Bukan rawat pesakit , Tapi kerja kami tolong cari jawapan kepada setiap penyakit .

Sebab tu kalau ada Medical Conference , Aku tak tekejut kalau ada doktor yang berumur 60, 70 taun keatas pun masih menghadiri seminar ilmu perubatan .

Tapi ramai yang tak faham , Ramai yang tanya doktor dekat fb , yang minta pendapat perubatan tanpa diperiksa . Minta di diagnos penyakit mereka …

Sebabtu Dr selalu pesan , Jangan ambil konsultasi doktor dalam media sosial .

Wajib jumpa doktor secara fizikal , Sebab kami perlu periksa dan ambil sejarah kesihatan yang lengkap dari awal hingga akhir .

Kalau tak macam mana nak cari jawapan ?

Memang hakikatnya , Itu lah kerja kami

Bukan Merawat .. Tapi

Kerja kami adalah untuk membantu , Mencari Jawapan kepada setiap masalah penyakit orang ramai sampai Kami Mati ,

Bukannya menjadi hamba masyarakat untuk di maki .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.