Scan*dal

Tadi masa lunch time , Aku ajak Manager aku pergi lunch . Entah kenapa rasanya hari ini selera aku nak makan ala ala western .

So aku pun bawa manager aku sekali untuk keluar makan di satu Satu restoran itali yang berdekatan dengan office .

Sampai je tempat tu , Seorang waiter .. Sedang tersenyum …

Seorang Wanita tempatan mendekati kami sambil membawa buku menu ditangannya ..

Setibanya dia di meja kami ..

Waiter itu menghulurkan buku menu itu …

Aku memulakan perbualan dengan manager aku sementara Pelayan wanita itu sedang mengatur meja makan kami …


Erm , by the way .. U jangan kasi tau wife i tau .. I ajak u keluar makan ni … Balas aku

Manager aku tersenyum .. Sambil memegang tangan aku …

Pelayan wanita itu tersentak …. Aku hanya mengintai melihat raut wajahnya .. Yang dah mula sedikit berubah

Ok sayang , this is our secret …. balas Manager aku …

Hi , U guys ready to order ?tanya pelayan tadi

Aku tersenyum sambil mengusap tangan manager aku …

“ Yes , Sayang nak makan apa ?” Tanya aku semula ..

Kami pun order lah makan macam biasa ..

Tak lama selepas tu , Pelayan itu datang semula ke meja makan kami , Sambil membawa hidangan yang kami pesan .

Aku memulakan perbualan sekali lagi sementara pelayan itu menyusun atur makanan kami

“ Kejap lagi , Sebelum kita masuk office , Kita check in dulu nak ? Alah .. fast one lah ! “ Balas aku teruja

“ Ish nakal lah u ni , Tapi I ok je.. Tak sabar ..” Balas Manager aku

Sekali lagi aku meramas tangan manager aku dengan rakus dan geram ..

“ Hey sabarlah … Kita makan lah dulu , lepas tu boleh la kita ‘ fast one’ …” balas manager aku sambil tertawa…

Aku cuba mengintai wajah pelayan tadi

Mukanya dah mula merah .. Raut wajahnya telah berubah sama sekali ..

Pandangan aku itu telah menyangkal perasaan pelayan itu .. Dia sedar yang aku sedang melihat gelagat dia..

Pelayan itu hanya mampu terdiam dan memberi sedikit senyuman sinis …

Sambil meletakkan sos dressing pada salad aku …

“ Sayang nanti delete tau semua whatsapp kita , Takut kantoi nanti dengan wife I” balas aku lagi

“ Gambar you malam tadi … Buat i kecur air liur “” Balas aku tersenyum

Kali ini …

Pelayan tadi memandang kearah aku ..

Dengan raut wajah yang sedikit bengis … Namun hanya terdiam sahaja

Mungkin ada sesuatu yang dia cuba sampaikan , Tetapi harus ditahan dek kerana kerjanya

customer come first ..remember ?

Pelayan itu memandang ke arah aku dan terus berlalu pergi dengan perasaan marah yang bergelora

“ Celaka punya laki , Dah ada bini pun nak main scandal lagi ” anggap aku dalam bisik hatinya

Setelah habis makan

kami ke kaunter ..

Pelayan yang sama tadi juga sedang menjaga kaunter pembayaran ..

Pelayan itu hanya tunduk ke bawah tanpa melihat kearah kami

“ Jom sayang … I dah tak tahan ni ” Balas aku

Pelayan itu hanya mampu menunduk .. Tidak mampu berkata apa apa .. Hanya mampu menelan air liur nya sahaja

Manager aku tersenyum dan kami terus berlalu pergi

Oh by the way .

Manager tu .. Sebenarnya bini aku sendiri …

Kalau korang dekat tempat pelayan tu ..

Apa korang buat ?

Advertisements

15 comments

  1. Taktau nk kata pa. Nk curah air, takut hilang kerja. Tp klu sy mst sy doakan agar accident tgh jalan. So xjd la nk check in hotel..fast forward, terus goal…😶.

  2. Ermmm… Tuh je mampu… Kubur masing masing kan… Kalau bertindak melulu kang malu… Kehidupan sekarang lebih pada jangan sibuk hal orang… 😊

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.