SATU BULAN

HOSPITAL JOHOR BAHRU
JABATAN KECEMASAN
30/10/2011

Dar Kisah Benar …

“ move !! move !!! move !!!

“ Red zone Alert !! Patient Collapse ! kata seorang MA ( Pembantu perubatan )

terlihat satu stretcher yang turun dari ambulans …

Team paramedik yang sedang bertungkus lumus memindahkan pesakit dari ambulans , Masuk ke red zone , Dengan sorongan wheeled Stretcher itu ..

Bergegas mereka menolak , Masuk ..

Aku , yang bertugas pada malam itu , di kawasan “ Red zone “ iaitu kawasan kritikal untuk pesakit yang perlukan pemerhatian intensif ..

Aku berlari , Menuju ke pesakit yang baru tiba itu …

Pesakit tadi sedang dipindah kan ke atas katil di ruangan red zone .. Namun ianya bukan mudah untuk pesakit yang bersaiz agak besar …

“ Apa status dia LEE ,” tanya aku yang sedang memeriksa pesakit tadi …

“ 28 Years old , Malay Male , tiba tiba pengsan dirumah … Tak ada sejarah jatuh atau tergelincir , Tak pasti sama ada pernah mengadu sakit dada atau sesak nafas , Tak ada muntah muntah , Kali pertama pengsan ni bos …” kata (MA )Lee ,

“ Gcs Poor , Blood pressure 212 / 120 .. Heart rate 110 , Spo2 90% …Tachypnic ( Bernafas laju ) BLA BLA BLA ..“ kata Ma Lee lagi

“ Ok prepare for intubation , Very Poor GCS ( Tahap Kesedaran ) Secure semua line yang ada , Oxygen full “ arah aku

“ Bos , nafas dia pun dah Bau Masam Cuka tu “ Balas Lee,

“ Itu lah , Acidotic dah ni … , Cepat prepare …,Ambil darah , Prepare ubat suntikan !” jerit aku

Tak sampai beberapa saat tiba di Red Zone ..

“ Tettttttt…. Tettttt….” Straight line … Garisan lurus dari Monitor Jantung …

“ I will commence CPR now !!! …” Balas aku …

kami pun memulakan Cpr , Bersilih ganti …”

Nama pesakit ( Bukan sebenar ) Zainol

“ Zainol …Come on !!! come on ! “ Sambil aku cpr ..

“ Next ! shift shift …” jerit aku yang sedang meminta pegawai lain menyambungnya ..

CPR bukan lah prosedur yang mudah , Ia memerlukan kudrat ramai orang … Untuk memberi sepenuh tenaga yang ada untuk menyelamat kan satu nyawa …

“ Teeettt…… Tett…..”
Masih lagi PEA ( Pulseless electrical activity ) … Bermakna tiada denyutan jantung , Tiada Daya elektrikdalam aliran jantung ..

Jadi tak guna untuk kau guna Cardioversion , ( Tekanan elektrik Dada ) kerana kau tahu ianya takkan berhasil ..

Jantung berhenti .. terus berhenti ..

Tujuan aku CPR itu adalah untuk melambatkan kematian Sel sel otak , Memastikan adanya perjalanan darah ke otak , untuk mengelakkan Brain Damage terlalu awal ..

Aku cuba membeli masa yang terdaya , Pada saat ini , Harta , Pangkat atau sebaliknya tidak bernilai lagi …

Hanya Masa , Ya .. Hanya Masa yang menentukan segalanya , Disebalik itu aku hanya serahkan kepada maha pencipta ..

Jika aku ada sedikit masa lagi … Jika dia sampai lebih awal , Mungkin aku bisa menghasilkan sesuatu , Sekurang kurangnya aku boleh Intubasi dia dahulu ..

Namun semuanya terlambat …

“ Bos .. Bos .. Stop .. Cukup bos , Kita dah CPR lebih dari masa yang sepatutnya … “ Kata Lee ,

Aku toleh memandang LEE ..

Aku sambung semula ..

“ Zainol , Kau boleh zainol .. Come on ! “ berpeluh satu badan .. Menggigil kedua belah tangan … Hampir lesu …

Aku tetap terus kan …

Tib tiba ..

“ BOS !!!! Enough bos ! Enough ! you know it !!!! You know better than me .. You should stop right there !! Jerit LEE …memecah susana malam tu ..

Tersentak .. Aku bangun dari posisi membongkok dari sisi pesakit ..

Aku pandang ke arah LEE ..

Lee hanya tunduk ke bawah menggelengkan kepala ….

Sambil Lee berjalan ke arah aku , Menepuk lengan aku ..

“ Bos , You did your best .. we did our best ..” Balas Lee masih menunduk kebawah ..

“ Lee , We didnt make it bro …” Balas aku perlahan ..sambil memandang ke bawah ..

“ Time of Death …10 :45PM “

Masa tu aku Baru sebulan dua jadi MO ( Medical Officer ) .. Semua tanggungjawab di atas tangan ku ..

Jika ada kuasa , aku selamatkan semuanya ..

Namun kami semua hanya manusia , Semuanya terbatas .. Kami tiada kelebihan lain .. Kami hanya tahu dunia dan ilmu sains sahaja … Itu sahaja yang mampu kami lakukan ..

Lee senyum ..

“ Its Okay bos .. Tuhan lebih sayang kan dia dari kita “ balas Lee ..

“ Aku settle kan everything ok .. Bos kau pergi duduk siap kan report tu ..By the way ada satu surat atas meja tu , Mungkin Nota sejarah pesakit “ kata Lee ..

Setibanya aku di meja itu , satu kertas nota ,

Rupa rupanya surat rujukan dari Klinik swasta ke Hospital Kerajaan

28 years old ,
Hypertension .
BP 200/90 .

Creatinine 850 .

Aku terkejut melihat satu surat yang begitu ringkas ..

Walaupun tulisannya ringkas .. Cukup untuk memberitahu , Bahawa penghujung nyawa bakal tiba …

Kemudian , Aku terlihat kelibat seorang ibu dan bapa yang sedang menangis menerpa Zainol …

segala riuh rendah di jabatan kecemasan zon merah kini diselangi dengan riak jerit dan tangis kedua ibu bapa tadi …

“ Lee , Panggil parent ke sini “ jerit aku

Lee membawa ibu bapa pesakit tadi kepada aku …

“ Takziah , Tuan dan puan .. saya minta maaf banyak banyak .. Saya dah buat yang termampu , Setibanya dia disini , dia sudah tiada lagi .. Kami dah CPR , Lebih dari masa sepatutnya .. namun .. Dia tetap mahu pergi jumpa maha penciptanya .. Harap tuan dan puan bersabar , Saya faham kesedihan itu .. tapi maaf saya perlu bertanyakan sedikit soalan “ Jelas aku kepada ibu bapa yang sedang menangis teresak esak itu ..

“ petang tadi zainul tidur , katanya lemah badan , penat .. lebih kurang jam 8 selepas maghrib … jadi lebih kurang jam 10 malam .. Ibu dia cuba kejutkan zainol untuk makan malam , Zainol kata nak rehat lebih sedikit , Nanti dia makan lewat sedikit … Jadi masa ibunya masuk , Zainol tak bangun , berkali kali kejut tak bangun .. Saya pun cuba angkat dia kejutkan dia tapi tak berjaya .. jadi saya terus telefon ambulans ..” jelas bapa zainol ..

“ selama ni tak pernah dapatkan rawatan ke , atau tak pernah tahu ada darah tinggi …” balas aku

“ sebelum ni dia ada pergi periksa .. klinik swasta ..katanya dia dirujuk ke hospital besar .. “ balas bapanya ..

“ ok masa pergi klinik swasta , Dia ada makan ubat tak ? “ tanya aku

“ Yang saya tahu , Zainol kata ,dia nak jimatkan Kos , Dia hanya bayar bil pemeriksaan sahaja .. katanya nanti dia ambil ubat di kerajaan . Zainol kata masa tu dia sedang berJIMAT untuk beli motosikal idamannya…, tapi saya tak pasti selepas itu dia ada ambil ubat di kerajaan atau tidak …” balas bapa tadi ..

“ Dia pernah kata , nak ambil ubat di kerajaan kena tunggu .. dia pernah pergi .. tapi lepastu dia kerja penting .. jadi mungkin dia tak sempat ambil .. saya pun tak pasti “ kata bapanya

“ Habis tu takkan encik tak periksa atau tanya ? “ balas aku ..

“ Kami pun sibuk doktor. siang saya memandu teksi , Malam kami suami isteri berniaga jual sayur di pasar dengan zainol .. bila pulang ke rumah .. sudah lewat .. kami pun tak sempat tanya apa apa .. tapi sebelum ni nampak semuanya ok … “ balas bapanya lagi ..

“ Motor pun baru beli 3 hari lepas ..” kata bapanya ..

“ Jimat duit .. semata kerana Motor tu ?” keluh aku ..

Bapa dan ibunya tunduk ke bawah .. Hampa dengan tindakan zainol ..

Aku tunduk ke bawah … Geram berbaur sedih …

Tiba tiba ..

“ Bos , Result darah dah siap ..Abg dia very acidotic ( asid) … lepastu … hmm .. Creatinine dia dah 1200 bos !” balas Lee menggeleng kepala ..

Creatinine merupakan “ marker “ rujukan untuk mengetahui fungsi Buah pinggang .. Tinggi nilai Creatinine bermakna , Kegagalan buah pinggang untuk membuangnya dari sistem badan ..

Bermakna selama ini , Zainol menghidap kegagalan buah pinggang tanpa disedari ..

Kenapa zainol tak mempunyai simptom seperti pesakit buah pinggang yang lain ?

Kemungkinan Zainol masih muda , Badannya masih mampu menampung , seginggalah pada detik hari ini , Badannya tak mampu lagi menanggung beban penyakit zainol ..

Namun dalam kesuraman itu ..

aku terpaku pada satu tarikh …

Satu tarikh yang terpapar pada surat rujukan itu ..

30/9/2011…

“ Zainol !! kenapa zainol ! Sanggup kau Kerana Motor itu ! Kau berkira dengan badan kau yang hampir usang ! “ bisik hati ..

Masa yang amat berharga ..

Terbuang begitu sahaja kerana pentingnya harta benda ..

Kerana kini Motor itu hanya tinggal kenanangan ..

Maut tidak mengenal Umur ..

Masa yang terlepas ..itu

Masa yang amat berharga ..

Satu BULAN ….

Tamat

Kalau dapat 2k shares aku akan tulis Nyawa Part 3 , kisah yang lebih menarik .

DIMANA SALAH KITA ?
1 Kita lupa jasad yang ada hanya pinjaman sementara ?
2 Pentingkah harta benda ?
3 Pentingkah wang ringgit itu ?
4 atau .. kita tidak sedar ? kita ambil mudah ?
5 Nyawa itu percuma .. Adakah ianya hanya boleh diambil sambil lewa ?

Apa yang kau fikirkan ?

Jawapan terletak pada korang sendiri .

Cukup lah aku membawang

Pandai pandai lah , Kau orang fikir sendiri .

Harap korang boleh SHARE , Tag sesiapa yang perlu membacanya

Aku harap dengan tulisan ini dapat memberi satu tauladan impak yang besar kepada Semua .

*Terima kasih kepada MA aku waktu itu , yang tak henti berjuang hingga kini Hudz Lee .Semoga suatu hari nanti , Kami sebagai perawat kesihatan akan tetap dihargai .

Tag kawan kawan Nurse , Ma , PPK , Ambulans driver anda . Jasa anda semua dikenang . Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua . Jangan pernah berhenti berjuang sahabat semua !

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.