Jika sejarah pandemik sebelum ni mengambil masa 4-5 tahun masa black death , Dan 1-2 tahun semasa wabak SARS ,berapa lama kita rasa untuk wabak SARS COV2 ( corona virus / covid 19 ) ni ?
Ok firstly , Aku nak cerita ni hanya jangkaan , Bukan lah tepat jangkaan aku ini . Tapi apa yang aku nak semua orang lihat , Pekerja mahupun Majikan perlu lihat beberapa perkara yang mungkin bakal terjadi semasa dan selepas wabak ini
Jika kita lihat beberapa sejarah pandemik yang berlaku dalam dunia ni , Kita sendiri boleh nampak , Yang Pandemik bukan lah sesuatu yang mudah untuk diuruskan .
Beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengawalan pandemik
1- Masyarakat hidup bekomuniti , Ini bermakna , Kita hidup berhampiran dengan satu sama lain . mudah untuk sebarkan jangkitan. Lebih susah kawalan pandemik untuk dijalankan
2- Jenis Virus / Bakteria
Jika dilihat pandemic sebelum ni , Ada yang disebabkan oleh bakteria seperi Bubonic Plague yang mengakibatkan Black Death yang hampir membunuh 200 juta populasi Eropah dan asia . Ianya disebabkan oleh bakteria yersinia pestis yang dibawa oleh tikus kepada manusia , Mengambil masa hampir 5 tahun untuk mengawal wabak ini . SARS COV 1 masa 2012 yang tamat pada tahun 2014 . zaman dulu pun dah ada Mro Sebenarnya
3- Kemudahan media . Zaman dulu susah nak hebahkan maklumat , Semuanya bergantung pada mulut ke mulut dan suratan akhbar . Lebih sukar nak mengawal jangkitan jika masyarakat tidak mendapat maklumat yang lengkap . Terima kasih kepada FB twitter dan Instagram , serta media seperti Tv dan sebagainya yang dapat menyalurkan maklumat dan kesedaran yang cepat dalam masa kurang dari 2 Saat .
Bayangkan kalau covid 19 ni wujud masa zaman dulu ? Mungkin separuh dari populasi dunia dapat dilenyapkan dari muka bumi
4- Teknologi perubatan dan screening
Amat memainkan peranan yang penting , Berapa cepat saintis dapat mencipta bahan ujian untuk mengensan jenis kuman atau bakteria . Tapi malangnya , dari segi ubat ubatan , Santis masih lagi menkaji ubatan yang sesuai untuk covid ni , Antiviral ? Vaksin ? masih lagi dalam kajian .
5- Fasiliti Rawatan
Teknologi penghasilan PPE , Seperti mask , Gown , Head shield dan sebagainya . Dapat dihasilkan dengan cepat oleh kilang pengeluaran . Begitu juga dengan fasiliti hospital . Ventilator dan alat pernafasan lain . belum lagi dikira dengan kapasiti penempatan , Cukup ke katil rawatan , Bilik Icu , staff perubatan ? Faktor ini dapat menentukan , berapa success yang kita boleh perolehi melawan wabak ini .
Bila kita lihat sejarah pandemik , Dengan apa yang kita ada sekarang , Berapa lama lagi kita mampu melawan wabak ini ?
Adakah cukup alatan perubatan dan fasiliti rawatan serta bahan kaji uji buat masa sekarang ?
yang pasti nya , Semua alatan itu tidak mencukupi ,
Kerajaan dah mula memanggil , doktor , nurse dan pembantu perawat perubatan dari swasta sebagai sukarelawan . Ini menandakan bahawa staf perubatan hospital yang sedia ada dah mula tidak boleh bertahan dan kepenatan .
Frontliner kita berjuang setiap hari , Adayang 18 jam sehari , ada juga yang tidur di hospital sehingga 36 jam .
PKP dah dilaksanakan pada awal march sehingga hujung bulan march , Dan dah mula disambunv hingga Tengah bulan april ..
Apakah maksudnya ?
Ini bermaksud , Jangkitan wabak covid masih lagi tidak dapat dibendung sepenuhnya , Kadar jangkitan meningkat setiap hari .
Kemungkinan PKP akan diteruskan sehingga jumlah kes semakin berkurangan setiap hari . Tapi , Bila kah ianya akan berakhir ?
Ianya bergantung pada kesedaran kita , Bagaimana rakyat kita mengambil serius perkara ini . Ramai yang dah contohi Italy , Bila mana PkP mereka tidak dipandang serius , Rakyat mereka berpusu pusa pulang ke kampung dan panic buying , dan akhirnya telah menyebabkan banyak kematian setiap hari .
Ramai pekerja yang dah mula terkesan , Mereka tak tahu lagi mana arah tuju kompeni mereka .
Dan ramai majikan mula panik , Duit simpanan syarikat mula menyusut mendadak . Lebih parah lagi untuk syarikat yang bukan esential , Yang ditutup sepenuhnya . Apa akan jadi pada syarikat tu nanti ? Sampai bila duit reserve tu boleh bertahan ?
Aku jangkakan minimum jika semua patuh arahan , ianya akan lanjut sehingga bulan 6 .
Sebab tu BNM beri penangguhan lon sehingga 6 bulan kan ? Kerana apa ? Kerana tiada siapa dapat menjangka berapa lama isu ini akan berlarutan .
Katakan , Jika benarlah Wabak ini sehingga bulan 6 , peniaga semua perlu standby , untuk Recovery Phase ..
Iaitu , Fasa Pembaikan dimana semua orang akan terkesan dengan masalah kewangan .
Jika perniagaan boleh dijalan kan semua pada bulan july pun , Ramai orang yang terkesan dengan masalah keawangan , Kuasa membeli akan menjadi berkurangan .
sebab tu , Nasihat aku kepada semua majikan , Untuk lihat isu ini sehingga bulan 7 malah hingga bulan october .
Ekonomi kita akan merudum , Kuasa membeli sudah tiada lagi , Bebanan hutang yang tangguh selama 6 bulan , Perlu dibayar semula nanti .
Sebab tu sangat penting , untuk semua orang menjayakan PKP ini ,
Ingat , Bukan mudah KKM dan frontliner untuk berperang dengan wabak ini
Kita sama sama ambil bahagian untuk bantu mereka .
Share dan tag kawan kawan , Majikan , Bisnesman mahupun pekerja untuk memahami situasi ini .
Sampai bila kita mampu bertahan ?