SALAH SIAPA ?
Dulu aku masih ingat lagi , Seorang Wanita Tua ( Makcik ) … Yang datang ke jabatan pesakit luar ….
Ini semua salah hospital !!
Salah doktor !!
Salah Misi …!
Jerit makcik tadi …
Aku disitu terpinga , Jeritan itu datangnya dari bilik konsultasi sebelah ….
“ Korang ni semua cuai !!!!” Jerit makcik tu lagi
“ Tuan , sila tunggu di luar … Nanti saya panggil semula bila keputusan darah dah siap ya … Saya nak kebilik sebelah sebentar …” Balas aku kepada pesakit aku yang telah selesai diambil darah untuk pemeriksaan susulan …
Pesakit aku bangun , Dan berjalan keluar ..
Aku pun juga turut berdiri … Berjalan Keluar dari bilik konsultasi aku … Aku masuk ke bilik sebelah ..
Seorang makcik yang berumur lewat 60 an , Sedang berdiri dengan raut wajah yang kemerahan ….
Makcik itu menoleh ke arah aku ….
“ kau pun doktor kan ?? “ Tanya makcik itu
Aku menggelengkan kepala …
“ Tu name tag kau tu tulis Doktor .. Kau lagi nak main main dengan aku !” Balas makcik tu
“ ye ye betul …saya doktor ..” Balas aku gagap sambil mengangguk kepala …
Dalam hati , Sengaja aku nak bergurau dengan makcik tu
“ Doktor … Kau cakap dengan kawan doktor kau lagi sorang ni … Baik berhenti kerja je … Kalau tak pandai nak merawat !! jerit makcik tu lagi ….
Aku terlopong , Sambil terpinga mendengar arahan itu ..
“ Ha ? Tapi kenapa ? Apa kes ni ?” Tanya aku
sambil aku melihat pada Dr Nisa …
Dr Nisa merenung ke arah aku
“ Takde lah , I kasi tau dia , Dia ada kencing manis …. Tadi dia datang pening kepala .. I dah check blood pressure … Tapi BP oklah .. Moderate … Tak tinggi sangat … Blood Sugar ni ha … Sampai 18 !” Balas Dr Nisa ..
“ Erm …. Ok … So????” balas aku lagi tidak dapat menangkap apa punca pergelutan itu
“ So sekarang , Makcik kau ni tak boleh terima dia ada kencing manis ..” Balas Dr Nisa…
Aku masih lagi terlopong , Jem otak aku masa tu …
Sambil menggaru kepala aku tanya lagi …
“ Habis tu apa yang makcik marah sangat ?”
Makcik itu menoleh pada aku semula , Sambil nafas tercungap cungap kemarahan ..
“ Kau tau tak , Aku dah ulang alik hospital ni … Bertahun -Tahun …. “ Balas makcik tu lagi
“ Ok … Lepas tu ?” Tanya aku
“ Habis tu takkan tak boleh detect dari awal aku ada kencing manis !!!” Jerit makcik tu lagi ….
“ Eh ?!!” Aku terpinga lagi
“ Selama ni makcik datang hospital sebab apa ?” Tanya aku …
“ Sebab aku demam lah !” Balas makcik tu selamba
“ Hmmm selalunya kalau demam , Kita memang tak check blood sugar ..” Balas aku sambil berjalan .. menghampiri meja Dr Nisa .. Lalu aku ambil buku rekod pesakit tadi
“ Sekejap ya ..” balas aku sambil membelek belek buku itu …
“ Hah ! Makcik .. taun lepas ada Doktor check … gula makcik masa tu 7 … Tinggi sikit … Tapi lepas tu dia kasi appointment … Makcik tak datang …” Balas Aku
“ Lepas 2 Bulan pun ada check lagi … Gula masa tu dah 10 …. Dekat kad kecik makcik ni pun ada appointment … tapi makcik tak datang …” Balas aku sambil kusyuk membelek buku rekod pesakit itu lagi ….
Makcik tadi mula menunjukkan muka hairannya …Sambil menggaru kepala …
“ Jadi makcik marah marah ni kenapa ?” Tanya aku lagi …
“ Ish ! Sori lah makcik kan dah tua .. Dah lupa … ! Habis tu kalau makcik tak datang .. Kenapa tak telefon !!” Jerit makcik tu lagi
“ ni ha .. Dekat buku rekod ni ada tulis ,Sudah telefon 7 kali tak berangkat telefon … “ balas aku
“ Eh yeke ?” tanya makcik tu lagi
“ Habis tu , Salah Siapa ?!!” Tanya makcik tu lagi ….
Aku terkedu … Dr Nisa turut terlopong mulutnya…
Sambil makcik itu menggaru kepalanya ..
Keluar dari bilik konsultasi …
kemudian terus hilang dari pintu utama …
Aku melihat Dr Nisa …
Kami sama sama menelan air liur …
Secara Berjemaah …
Aku bertanya …
“ Nisa , kau ada buat dosa ke pagi tadi ?” …