Rumah Hujung Part 8

Rumah Hujung

Part 8

Menggelabah aku menyelak selimut , Terbang ke udara ….

Arghhhhhh!!!!!! Arghhhhhh !!!!!

Suara yang datangnya dari bilik Lan …

“ Hish gila ke apa Si Lan ni …” Bisik hati sambil tangan aku meraba raba rangka katil mencari bucu …

Jantung berdegup pantas ..

Pantas aku berjalan menggapai suis lampu bilik aku…

Klik … 

Lampu terbuka

Perlahan aku bukakan pintu ….

Aku mengintai ke kanan …

Lorong yang menghala ke bilik Lan …

Gelap gelita ….

“ Adoi … Nak bukak lampu luar .. Suis lampu pulak jauh hujung sana …” Bisik hati …

Suis lampu yang terdekat hanyalah suis lampu bilik air yang terletak dihadapan bilik kosong , Diantara bilik aku dan bilik lan ….

Bilik kosong disebelah aku ni , Sudah lama tak berpenghuni .. Tak pernah pula aku bertanya ..

Aku nyalakan lampu tandas , Aku tolak sedikit pintunya agar biasan cahaya dari dalam tandas itu dapat menerangi lorong itu …

Aku berjalan kearah bilik Lan

Sunyi pula kali ini

“ Tadi terjerit2 sangat …” Bisik hati Sambil tangan aku meraba dinding menuriti lorong itu

“ Knock knock “

aku mengetuk pintu bilik Lan

“ Lan .. Oi lan .. Kau ok ke ?” tanya aku

Lan tidak menjawab …

“ Ish … dia ni gila ke apa ?” bisik hati

“ Mimpi lah tu kot , Mesti dah tido balik ni….” Bisik hati

Aku pun berjalan semula ke bilik aku …

Macam biasa , Aku padamkan semua lampu … Aku tidur semula

Keesokkan harinya , Aku pergi kerja sedikit awal .. Maklumlah .. Hari ni jadual aku di dewan bedah … 

Aku perlu sampai awal untuk memeriksa pesakit terlebih dahulu … Sebelum prosedur pembedahan dijalankan ..

“ Doktor , Patient dah sampai dewan … In 5 minute, Kita tolak masuk ..” Balas misi 

“ Okay , Nanti saya inform Big boss untuk masuk …” Balas aku

Pesakit ditolak masuk ke dalam bilik bedah

Aku sudah pun menyiapkan pesakit … 

Pakar bedah mula masuk .. Kami memulakan pembedahan …

“ Kau tau Lan pergi mana ?” Tanya bos

Aku yang sedang menyedut darah terkumpul , Tersentak dengan soalan itu

“ Hah ? Lan pergi mana ?” Tanya aku semula

“ Ye lah , Aku tanya kau ni , Lan pergi mana , Kau tanya aku balik kenapa ?” Balas bos 

“ oh sori … sori bos … Saya tak tahu pulak , Pagi tadi saya keluar rumah , Pintu depan memang dah terbuka .. Lan keluar lagi awal dari saya ..” Balas aku

“ Mr Zahar cari tu …. Patutnya si Lan cover case review dekat emergency … Tapi MIA ( Missing in action) Pulak …” Balas bos

“ Mr zahar kau dah bising tu , Tak Cukup MO ( Medical Officer ) Nak review case dekat Kecemasan , Pagi ni je dah ada 3 obstructive case ..” Bebel bos lagi

Aku hanya terkedu seketika , Bingung memikirkan ….

Sepanjang perkenalan aku dengan Lan ..

Tak pernah lagi dia buat perangai begini

Lan seorang doktor yang disiplin dan juga rajin …. Tapi hairan juga tiba tiba dia hilang macam tu saja …

“ Entah lah bos , Kejap lagi , lepas close case .. Saya try call dia ..” Balas aku

“ Ok , You close abdomen lepas tu .. jangan lupa letak drain tu sekali … management plan macam biasa … Mintak pakar oncall review malam ni ..” Balas bos

“ Ok bos .. Noted !” Balas aku

Sebaik sahaja selesai pembedahan ..

Aku pun terus berlari ke lorong belakang dewan …

Aku keluarkan telefon ..

Aku cuba hubungi Lan ..

Tapi masih Gagal ….

Jam 5 petang …

Ke semua kes pembedahan telah selesai ..

Aku bersiap untuk pulang..

Aku cuba hubungi lan sekali lagi

Malangnya masih tidak berjaya dihubungi

“ Mana si Lan ni ? Pelik betul mamat ni boleh hilang macam tu je .. hairan betul lah !” Bisik hati sambil aku berjalan ke wad medikal untuk menjenguk keadaan Mal …

Aku terus berjalan meluru masuk ke dalam wad … 

Katil hujung sekali di “ Acute Cubicle “ … Mal terlantar disitu …

Aku terus berjalan mendekati Mal ..

Mal masih lemah … Matanya tertumpu pada tingkap luar … Badan mal kurus kering .. Sambil kedua belah tangannya jatuh di sisi …

Perlahan aku mendekati Mal …

“ Mal … Oo mal ….” Tegur aku

Mal masih lagi tertumpu memandang ke luar … Tanpa menyahut teguran aku …

“ Assalamulaikum Mal,…. “ Balas aku yang sedang berdiri di kaki katil Mal …

Mal masih lagi tidak menjawab …

Aku berjalan perlahan , Duduk di atas kerusi di sisi katil Mal ..

Sambil aku genggam tangannya …

Aku memandang wajah Mal …

“ Mal , Kau ok tak ni .. Kau kenal tak aku ni ?” Tanya aku

Mal masih lagi tidak menghiraukan aku

“ Mamat ni marah kat aku ke ? Apa salah aku ?” Bingung aku memikirkannya …

“ Wey Mal , Kau marah dekat aku ke ? Aku tegur dari tadi … Kau diam je ..” Balas Aku

Namun cubaan aku … 

masih Tidak Berjaya

“ Mal , Din ada datang sini tak jenguk kau hari ni ?” Tanya aku 

Tiba tiba … Mal terus memandang aku ..

Merenung aku tajam …

Aku menjadi serba tak keruan

Kenapa Mal memberi reaksi selepas mendengar nama Din ?

Apa semua nya ini ada kaitan dengan Din?

Mal menggelengkan kepala , Dan memandang keluar semula

Dari situ …

Aku dapat rasakan , Bagaikan ada sesuatu yang disimpan oleh Mal …


Dan , Mal sebenarnya sedar … Dia sengaja tidak mahu menjawab teguran aku ..

Mungkin Mal perlukan masa bersendirian ?

Banyak yang aku mahu tanyakan

Masih banyak lagi persoalan yang bermain difikiran ..


aku putuskan untuk Beredar ..

Aku beri peluang kepada Mal untuk tenang kan diri seketika …

“ Mal aku gerak dulu , Kau rehat la dulu ya … Aku tak nak ganggu kau buat masa ni …” Balas aku Sambil menepuk tangan mal  berkali kali ..

Aku bangun , Aku terus berjalan ke troli fail di kaunter wad ..

“ Salam , Misi … Kasi saya Fail pesakit katil 20 tu …” Balas Aku

“ Nah doktor … Tapi kenapa pulak doktor review pesakit bahagian Psikiatri ni ? Doktor dari bahagian bedah kan ?” Tanya Misi di kaunter

“ Aah , Tapi saya saja nak review , Pesakit tu saya kenal ..” Balas Aku

Aku pun mula meneliti satu persatu tentang Fail Mal …

“ History …. Patient was founded syncopal in his house with poor hygiene and severe dehydration … No further history ingormation given due to No family Members present …” 

“ Pesakit ditemui pengsan di rumahnya , Dalam keadaan yang kotor dan tahap dehidrasi yang teruk… Tiada maklumat tambahan memandangkan tiada ahli keluarga yang tampil untuk memberi keterangan ..” 

“ Hmm … Aku dengan Lan je yang tahu… Tapi takkan aku nak cerit pasal Kejadian ni berlaku lepas Mal cerita tetang rumah hujung ? Tak masuk akal ni … Takkan aku nak cerita tentang benda ghaib ….” Bisik aku sambil menggaru kepala

“ Hmmm … Semua ubat antidepressant …. Provisional ‘ Diagnosis Major Depression ‘ …. ..” Baca aku perlahan

“ Semua ubat anti depression ni … Pakar psikiatri pun … Kata depression buat masa ni .. Memandang kan belum cukup lagi maklumat apa sebenarnya yang terjadi pada Mal …” Bisik hati

“ Ah takpelah , Biar mal rehat dulu , Biar dehidrasi mal pulih sepenuhnya … We will see what about depression mal Lalui … Tapi selama aku kenal si Mal ni … Elok je .. Tak nampak macam orang yang depressi … Tapi mungkin lah dia sorokkan selama ni ..” Bisik hati .. Sambil aku menutup semula Fail pesakit itu … Aku hulurkan pada Misi ….

Aku memandu  pulang penuh dengan teka teki …

“ Si Lan ni pulak buat hal hilang tiba tiba … Si mal ni pulak taknak layan aku …Arghhh !! Tapi kenapa aku pulak yang stress !!” bentak hati berkali kali….

Aku sampai dirumah lewat senja ….

Aku terus berjalan ke arah bilik Lan ..

“ Knock knock !!!” aku ketuk bilik Lan berkali kali …

“ Lannn !!! Oi bukak pintu !” Jerit aku sambil memulas tombol pintu … Namun masih terkunci rapi ….

Aku terduduk diatas katil ..

Cuma merungkai … Segala persoalan …

Makin lama , Makin bingung

“ Hah !!! baik aku call dr Hanif …. Dari Psikiatri tu …. Tanya dia mungkin mal ada cerita apa apa …” Bisik hati

Aku terus mendail ni Dr Hanif

Dr hanif menjawab panggilan aku

“ Anep !!!! …. Aku ni … Yazeed … Nep ! Kau ingat tak tadi tengah hari … Kau ada review patient nama Mal .. Bed 20 wad medikal … severe dehydration dengan depression tu … ?? Ingat tak ?” Tanya aku menderu 

“ ye ye ! Terkejut gak aku , Kau telefon ni … Jarang2 kau call aku ni … Aah aku review pesakit tu dengan pakar tadi …” Balas Dr Hanif

“ Masa kau tanya history .. Dia ada cerit apa apa Tak ?” Tanya aku

“ Tadi masa round , Pakar tanya pun dia tak jawap … Aku tanya pun dia senyap je .. Kiteorang cuma tengok fail dari emergency je .. Report dari ambulans … Now tengah cari contact ahli keluarga dia laa…. Kenapa kau tanya ? Kenal ke ?” Balas Dr Hanif

“Hmmm … Kenal .. Kawan main futsal .. Takde lah rapat sangat .. Tapi boleh lah .. Selalu jumpa kat court futsal …” Balas aku

“ Tapi … Masa pakar aku tanya … Dia duduk dengan siapa … Dengan family ke atau housemate…. Dia terus menoleh .. Dengan renungan tajam mata dia … Macam nak gaduh weh …. Tapi dia jawab apa apa soalan pun ..” Balas Dr Hanif

“ Hmmm …. Aku ada benda nak cerita ni …. Tapi dalam telefon susah skit … Lepas isyak kita lepak minum dekat luar … Aku cerita dari mula sampai habis ..” Balas aku

“ Hah ! Ok jugak tu .. Aku pun tak oncall … Kejap lagi kita jumpa lepas isya ..” Balas Dr Hanif

Aku menamatkan panggilan itu

Aku tak sabar untuk beritahu segala cerita kepada dr hanif. Memandangkan dr hanif ni sudah lama dalam bahagian Psikiatri … Mungkin dia ada pandangan berbeza .. Dan aku teringin sekali untuk tahu … Apa reaksi Dr Hanif pada ilmu ghaib …..

Selepas isya .. Seperti yang dirancangkan …

Aku keluar dari rumah ..

Untuk berjumpa dengan Dr Hanif …

Aku masuk kedalam  kereta …

Aku meraba raba poket seluarku ..

“ Arghhh !!! Telefon tinggal dekat atas pulak !!!!” Jerit aku bersendirian

“ Ni yang aku menyampah duduk rumah apartment ni ! Nak naik atas balik .. Malas nya …!!” Bebel aku lagi 

Namun , Aku terpaksa

Lemah longlai aku berjalan semula naik keatas …. 

Aku masukkan kunci …

“ eh .. memang dah terbuka ? ke aku lupa kunci pintu tadi ?”  Bisik hati

Aku terus memulas pintu..

Perlahan aku masuk kedalam …

Rumah sudah pun gelap

Malas aku nak hidupkan suisnya

Aku hanya terus berlari ke dalam bilik untuk mengambil telefon ku

Setibanya aku di dalam bilik

aku terus menggenggam telefon bimbit …

“ bam !!!” 

Bagaikan ada sesuatu berbunyi dari bilik Lan

Aku terdiri kaku

Aku cuba amati bunyi itu sekali lagi

Bunyi bagaikan ada sesuatu yang bergerak didalam rumah kami …sekejap di hadapan .. Sekejap dihujung

“ Ishh … Siapa pulak ni ….” Bisik hati

Aku terus keluar dari bilik ..

Bunyian itu lebih jelas datangnya dari bilik Lan ….

Aku terus berjalan menerpa Kearah bilik Lan …

Aku bukakan pintu itu ….

“ Ya allah !!!”. jerit 

Setelah melihatkan Satu kelibat berambut panjang yang sedang mencangkung di hujung bilik itu …

Advertisements

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.