RUMAH HUJUNG Part 16

Rumah Hujung Part 16

‘’ Arghh !! Aku tak kira !! Aku nak masuk jugak !! ‘ bentak Lan dah mula hilang sabar..

Sambil bercekak pinggan aku memandang ke arah Lan yang sedang mengambil nafas cungap beberapa kali..

‘’ ARGHHHHHHH!!!!’’ Satu jeritan yang datang dari atas rumah sekali lagi…

Terbeliak mata Lan memandang aku sambil menggengam tangannya ..

‘’ Now or never ..’’ balas aku..

‘’ Jom!!!! ‘’ bentak Lan..

Aku dan Lan terus memanjat tangga ke atas terus merempuh pintu hadapan rumah…

Bedrdentum pintu kayu lama itu terbuka…

Rumah mak nab bagaikan terbakar..

Segala ruang isi rumah penuh dengan asap yang berterbangan..

Si selitkan lagi dengan bau kemenyan..

Aku tak tahan , lan dah mula terbatuk sambil menutup hidungnya..

Suasana yang suram didalam rumah maknab menyukarkan lagi perjalanan…

Nun disatu sudut… asap yang keluar dari bilik hujung …

Membuatkan aku dan lan terus pantas ke sana..

Jeritan mal semakin kuat…

Sejenak kami tiba di hadapan pintu mal…

Aku dan Lan tergamam , Tok long dengan berpakaian jubah serba hitam , menutup mukanya dengan selendang hitam sedang memicit ibu jari mal

Manakala , pak junus pula cuba memeluk mal yang sedang meronta dari belakang …

Aku tergamam ….

Mal tidak lagi seperti dulu…

Seakan aku tidak mengenali lansung wajah dan rupa bentuk badannya..

Badan Mal bagaikan seorang penagih dadah , habis kecut segala urat di mukanya , hanya segian tulang muka yang timbul..

Bagaikan hanya tulang muka diselaputi kulit…

Astaghfirullahalazim!! Bisik hati aku..

Jeritan mal terhenti seketika..

Pak junus terpaku melihat kami…

Tok long masih kusyuk memicit kedua ibu jari mal..

Mak nab pula pengsan di tepi tidak sedarkan diri…

‘’ Kamu berdua buat apa disini!!!!’’ Jerit pak junus , berang.

Aku hanya tergamam disitu , disebalik pintu…

Begitu juga dengan Lan… terpaku … tak mampu berkata apa apa…

Peluh dahi mula membasahi muka…

Sambil aku melihat lan menggigil dihadapan pintu…

Tiba tiba…. Mal menoleh kearah kami…

Sambil tertawa …. Ya Allah ! Ini bukan suara mal..

Pertama kali dalam hidup aku , aku dengar satu riak tawa yang aneh..

Suara yang garau dan amat menakutkan…

‘’ har har har har … kau orang ni semua bodoh …!! ‘’ tiba tiba suara lan bertukar bagaikan seorang nenek tua…

‘’ Bangsat ! Keturunan anak adam!!!’’ Jerit mal lagi…

Aku tak tahu… nak lari atau nak tunggu?

LAN pula dari tadi terpaku tak mampu berkata apa apa….

‘’ kau tau!! Tuan punya badan tak layak hidup !! ‘’ jerit mal lagi…

Pak junus masih lagi bertungkus lumus memeluk mal dari belakang..

‘’ siapa kau !!!’’ Jerit lan secara tiba tiba….

‘’ hissssssss hissssssss…..’’ mal mula mendengus sambil merenung tajam ke arah Lan…

‘’ Aku!!! Aku tuhan mu…. aku yang berkuasa !! Kau sembah aku!!!!’’ Jerit mal lagi sambil tertawa , kali ini suaranya berubah menjadi suara lelaki ,semakin garau..

Tiba tiba ….

Tok Long mula bangun…

Tok long menjerit ..

‘’ Dengan nama allah , aku anak adam , memohon kepada mu ya allah … hapuskan iblis bangsat ini… yang selama ini menyesatkan anak adam dibumi ini….. ‘’ kemudia disambung dengan ayat suci alquran….

Bahang didalam bilik mula terasa…

Ya rabbi , panasnya!!!

Mal mula meronta…. jeritan mal menjadi semakin kuat apabila tok long mula menggengam kepalanya…

Entah bagaimana , Bagaikan ada satu kuasa yang aneh , genggaman pak junus mudah dilepaskan…

Pak junus terus tercampak ke tepi…

Mal mula bangun , tangan mal mula menyentuh muka tok long…

Jeritan mal semakin garau dan kuat ….

Suasana menjadi semakin panas , lampu bilik mal mula berkelip…

Baru aku faham , kenapa bila ada makhluk ghaib , rangkaian elektrik akan terganggu

Bak kata saintis , makhluk ghaib juga memilik cas yang tersendiri…

Bagaikan tidak percaya , apa yang dapat kami rasakan , bahang didalam bilik itu semakin lama semakin kuat…

Peluh di muka mula jatuh ke badan…

Aku dan lan masih kaku , tak mampu berbuat apa apa..

Dengan sekali langkah , tok long terus mencekik leher mal , sambil membaca ayat keramat

Mal terus menjerit berkali kali….

‘’ bangsat … bangsat kamu semua !!!’’ Jerit mal lagi..

Atap zink bilik mal mula bergegar… bagaikan ditiup hembusan angin taufan ..

Aku dan lan dah mula tak senand diri… masih terpaku..

Tok long kemudiannya meletakkan tapak tanganya pada muka mal…

Dengan sekilas pandang … Mal terus rebah diatas katil….

Lampu yang berkelip , menyala semula..

Bahang di dalam bilik mula reda..

Tok Long rebah diatas lantai sambil terduduk…

Sambil mengucapkan ‘’ allahuakbar’’ berkali kali…

Aku terkebil2….

Tiba tiba…. satu dentuman yang datang dari bawah..

Bagaikan lantai yang kami pijak mula bergegar..

Aku dan lan mula menggelabah lari masuk ke dalam bilik…sambil memerhati pada tok long..

‘’ bam bam bam !!!’’ Lantai kayu bagaikan dihempuk berkali kali…

Tok long menunjukkan syarat senyap pada jari… sambil memandang pada arah lantai…

‘’ hiiiiiiyyyyyyysssssss……. hiiiiiiysssssss’’ satu deru bunyian bengis yang agak panjang datangnya dari bawah lantai….

Masa tu , aku dan lan hanya mampu terduduk di sebalah katil mal..

Lantai kayu masih lagi bergegar dengan dentuman berkali kali…

Tok long kemudiannya merangkak ke arah dentuman lantai tadi..

Dengan bacaan di mulutnya… Tok long mula menghempas kedua tangannya pada lantai rumah itu…

‘’ allahuakbar !!’’ Jerit tok long….

Hentakan lantai tadi hilang….

Aku menghembus nafas lega …

Namun , Tiba tiba….

Aku dapat rasakan …. satu sentuhan pada bahu aku….

Aku hanya mampu menelan air liur….. berpeluh muka..

Aku tergamam .. memandang ke arah lan…

Lan dengan mata terbeliak memandang aku……

Aku semakin menggigil……

‘’ ARGHH’’ Aku terus menjerit !!! Bingkas aku bangun …

‘’ ha ha ha ha ..’’ gelak Lan dari belakang…

‘’ sabar sabar ‘’ tegur pak junus..

Aku dah mula hilang arah … menggelabah aku bangun .. dengan nafas yang tercungap…

‘’ kau gabra sangat woi… ‘’ balas lan sambil tertawa..

‘’ tadi tu pak junus lah…’’ balas lan lagi… mentertawakan aku..

Aku menghembuskan nafas lega sambil mengurut dada..

Fuhh !! Real… bagaikan tak percaya …. aku saksikan semua ini…

Tok long masuk semula kedalam bilik… duduk di bucu katil..

Lan terus bangun , duduk disisi mal…

Lan terus periksa nafas yang keluar dari hidung mal dan juga nadi nadi dilehernya….

Lan menoleh ke arah aku…

Sambil mengangguk….’’ still alive….’’ balas lan…

Tok long mengambil sedikit air di tapak tangan , lalu dibaca surah , air tadi dilumurkan pada muka Mak NAB….

‘’ Bangun nab… ‘’ ujar tok long…

Tak lama selepas tu mak nab terjaga …

Mak nab terus menerja ke arah mal…

Sambil menangis memeluk mal yang sedang terpaku tidak sedarkan diri..

Lan memandang ke arah aku..

Aku mendongak , tanda menyuruh lan menenangkan mak nab..

Lan terus mengusap bahu mak nab..

‘’ Jangan risau mak nab, mal masih hidup….’’ balas lan..

Aku terus bingkas bangun mendail nombor kecemasan…

Mal perlu dihantar ke hospital segera , keadaan mal yang kurus kering , malnutrisi dan juga dehidrasi amat membimbangkan…

Nyawa mal dihujung tanduk…

Bantuan kecemasan diterima , dan sedang dalam perjalanan…

Aku terduduk , bersandarkan dinding bilik mal…. menghembuskan nafas lega…

Namun masih bermain difikiran…. siapa angkara semua ini?

Pada ketika itu , aku teringatkan , sekeping gambar yang kami jumpa di rumah mal tempoh hari…

Aku terus mencuit lan…

‘’ LAN … mana gambar perempuan hari tu? Yang kita jumpa dekat rumah sewa lama mal….’’ balas aku…

Lan terus menyeluk poketnya..

Lan menghulurkan gambar itu pada mak nab…

Dengan air mata yang masih bercucuran …

Mak nab mengelap air matanya sambil mengambil gambar tadi..

‘’ hmmm ini fika….’’balas mak nab..

‘’ siapa fika ni? Mak nab kenal?’’ Tanya aku lagi..

‘’ fika ni… bekas teman wanita mal… 2 tahun lepas….’’ balas mak nab lagi…

‘’ohhh jadi sekarang mereka tak ada apa apa lagi….? ‘’ tanya lan…

Pak junus dan tok long memerhatikan pada mak nab..

‘’ dah lama putus .. ‘’ balas mak nab…

‘’ mak nab kenal ke adik beradik fika ni?’’ Tanya aku lagi,..

Mak nab menggelengkan kepalanya….

‘’ pernah jumpa fika… tapi mak ayah dan adik beradik mereka , mak nab tak pernah jumpa..’’ balas mak nab…

‘’ cuba mak nab cerita , apa yang mak nab tahu pasal fika ni..’’ tanya lan lagi..

‘’ hmmm fika ni… merantau , dia dari negeri lain.. datang ke sini masuk kolej… mungkin dekat sini lah fika kenal si mal ni….’’ balas mak nab…

Aku dan lan mengangguk…

‘’ jadi… mak nab tau tak kenapa mereka putus ?’’ Tanya lan lagi…

Mak nab terdiam….

‘’ mak nab… mak nab….’’ tergur aku..

Mak nab masih terdiam tunduk ke bawah…

Bagaikan ada sesuatu yang dirahsiakan mak nab…

‘’ mak nab… kami ni datang dari jauh nak bantu mal… kalau mak nab terdiam macam ni… susah lah kami nak bantu..’’ balas aku..

Mak nab memandang aku dengan wajah yang gelisah….mulutnya sekejap terbuka , sekejap tertutup…

‘’ hmmm sebenarnya….. hmmmmm..’’ balas mak nab acuh tak acuh…dengan raut wajahnya yang risau dan resah

‘’ hmmmm mal berpisah … sebab fika dah mengandung….’’ balas mak nab…

‘’ hahhhhh!!!!!!!!!!’’ Bentak lan..

‘’ berpisah sebab mengandung ? Tapi kenapa!! ‘’ bentak lan lagi…

Mak nab semakin gelisah….

air matanya mula mengalir…

Mak nab menutup mukanya dengan tangan ….sambil terkumat kamit menyebut astaghafirullah…

Mak nab terdiam semula…

‘’ allahuakbar… Nab … cuba kamu cerita betul2…. ‘’ balas tok long dari belakang..

Aku hanya memerhati pada pak junus yang hanya memicit kepala pandang ke bawah…

‘’ pak junus!!! … Pak junus mesti tau kan!!’’ Balas aku memandang pada pak junus…

Pak junus terus menoleh ke arah aku.. kemudia terus termenung memandang ke arah muka mal…

‘’ okay takpe… kalau mak nab tak nak cerita.. saya akan cari fika… bukan susah nak cari zaman sekarang… zaman online mak nab!!’’ Ugut lan secara tiba tiba…

Mak nab mula tergadah , kelu aku melihat mulut mak nab….

Mak nab kemudiannya menangis teresak esak…

Lan terus mengusap bahu mak nab….

‘’ sabar mak nab, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian… sampai bila kita nak lari dari masalah … ‘’ balas lan…

‘’ sebenarnya… mak nab sendiri yang pergi berjumpa fika… mak nab tak restu dengan perhubungan mal dengan fika.. terlalu muda untuk mal jadi ayah… fika masih belajar.. mal pun masa tu final year…. mana. Mungkin meraka boleh berkahwin…’’ balas mak nab..

‘’ habis tu…. apa yang mak nab katakan pada fika?’’ Tanya lan..

‘’ mak nab beri fika rm 5000 ringgit.. untuk fika berpindah … dan gugurkan kandungan… mak nab tam mahu mal jumpa dengan fika lagi, dan jangan hubungi mal lagi… ‘’ balas mak nab…

‘’ ya allah nab!!!… nab!!! Kau sedar tak apa kau buat ni… ‘’ jerit tok long…

Mak nab hanya mampu menangis teresak esak..

‘’ Malu muka aku long.. satu kampung tahu .. si mal dah mengandungkan si fika nanti… ,mana aku nak letak muka aku mal… dah la bapak si mal dulu ada sejarah… kali ni anaknya pula… aku dah tak boleh tahan dengan umpat orang kampung ni long… aku tak kuat long….’’ jelas mak nab sambil menangis lebih kuat….

Aku hanya mampu terduduk mengusap rambut aku berkali kali..

Lan pula terlopong mendengar penjelasan dari mak nab…

‘’ ok ok .. macam ni… sekarang.. kita cuba selesaikan masalah mal ni dulu… tak lama lagi ambulance sampai… kita hantar mal ke hospital dulu…. lepas tu kita fikirkan jalan penyelesaian yang lain pulak ok,,,’’ balas aku…

Tak lama selepas tu…

Deruan bunyi ambulans mula menghampiri…

Aku dan lan terus turun ke bawah menyambut ambulan..

Mal diangkat oleh pasukan kecemasan , dan terus dibawa ke hospital… ditemani oleh mak nab….

Tok long masih lagi berdiri dipintu rumah…

‘’ Tok long.. saya nak tumpang tanya sikit… tadi bunyi apa dibawah rumah…? Tanya aku

Tok long memandang ke arah aku…

‘’ iblis… ‘’ balas tok long

‘’ iblis???’’ Tanya aku lagi..

‘’ boleh jadi iblis, jin atau apa apa saja jenis.. makhluk… iblis ni ada orang hantar…. tok long memang dah tau.. ada orang yang hantar santau pada si mal ni…. ‘’ balas tok long..

‘’ jadi… yang saya dengar bunyi dekat bawah rumah tu… bunyi iblis yang dihantar lah ?’’ Tanya lan , menyampuk..

Tok long mengangguk….

Masa tu, bulu roma terus berdiri tegak…

‘’ gila kau lan… kau dengar tu… nasib baik kita tak kena santau dekat bawah tadi…’’ balas aku..

‘’ giler… giler wehh…. aku nampak benda tu… muka dia sebiji tak tumpah macam mal…. puas aku ingat mak nab kurung mal dekat bawah…!!’’ Bentak lan….

‘’ kan!! Patut lah kau yakin sangat itu mal.. rupanya pendua mal….yang selama ni duduk di bawah untuk kacau mal…’’ balas aku…..

‘’ iblis yang dihantar ni… nakal… tapi tak lah kuat mana.. cumanya iblis jenis ni pandai… ini kali ke 5 saya datang cuba rawat mal…..’’ balas tok long…

Aku dan lan terbeliak…

Jadi betul lah selama ni Mal disantau?

Tapi , Siapa menjadi dalang dalam angkara ni ? Mungkin Fika … Tak apa .. Aku akan cari juga siapa dalang sebenar .. Tunggu episod akhir nanti

B

sambungan Part 17 ( Final /Akhir )

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.