RUMAH HUJUNG PART 15

Rumah Hujung Part 15

“ HAH !!!! Woi bunyi apa pulak tu ? ‘’ bentak lan pada aku sambil menggengam kolar baju aku…

Tercengang , sekali lagi kami terpaku menantikan bunyian tadi

“ shhhh !! Kejap…. ‘’ bisik aku pada Lan..

‘’ Arghhhh !!!! Arghhhh !! ‘’ jeritan yang dari atas kali ini berulang berkali kali…

‘’ Jom Jom…. gerak , kita tengok…’’ aku dan lan terus bergegas keluar dari bawah rumah…

‘’ Weh… apahal dekat atas tu ? Siapa yang dok jerit dari tadi..’’ ujar lan sambil menarik aku melalui sisi rumah hingga ke anak tangga..

‘’ Arghhhhh !!!! Arghhh!!!! ‘’ sekali lagi jeritan tadi bergema

‘’ Lan….!! Macam kenal lah suara tu…!’ Bentak aku…

Lan menoleh ke arah aku… dengan mata yang terbeliak..

‘’ Suara Mal kan tu???!!!’’ Bisik lan…

‘’ weh … jom jom naik atas ! Bila masa mal ada dekat atas ?!!! Jerit aku pada lan..

Kami terus bergegas naik ke rumah…

‘’ knock knock !!!’’ Assalamualaikum !!!! Jerit kami sembil mengetuk pintu rumah…

Pintu masih lagi terkunci….

‘’ Mak nabbbb!!! Buka pintu !!!’’ Jerit lan.

Lan terus menjerit bagai nak gila…

‘’ bukak pintu !!!!!’’ Jerit lan lagi..

‘’ krekkkk….’’ tiba tiba pintu hadapan terbuka…

‘’ hah !! Kamu tak balik lagi ? Buat apa disini?’’ Bentak pak junus…

‘’ Pak junus !! Siapa jerit tadi ? Mal yang jerit kan?? ‘’ balas aku sambil menghampiri pintu hadapan…

‘’ Dah lewat malam ni…. kamu berdua balik dulu…. esok kamu datang semula… ‘’ balas Pak Junus..

‘’ Tapi kami datang dari jauh ni nak jumpa Mal…. Kenapa tak boleh jumpa sekarang ?’’ Bentak lan dah mula hilang sabar…

‘’ Mal tak ada dekat sini… ‘’ balas pak junus.. terus menghempas pintu …

Aku dan Lan terpinga…

Bagaikan ada sesuatu yang tak kena…

‘’ apa hal ni? Kita datang dari jauh woi… apahal susah sangat nak jumpa mal ni?’’

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.