RUMAH HUJUNG PART 13

RUMAH HUJUNG PART 13

“ wehh !!! kau agak siapa perempuan ni !! ?” Tanya Lan

“ Ini Din … Yang perempuan ni mesti girlfriend dia ..” Balas Aku ..

“ Eh simpan lah gambar ni … “ Balas aku lagi

“ Zeed .. Aku kesian dekat Mak nab tu … macam mana lah dia jaga Mal dekat rumah tu ..” Balas Lan

“ tu lah , Dia call aku tadi … Dia pun tak sanggup tengok Mal macam tu … Anak kucing pun dia kokak weh … Ini bukan mental disorder ni .. Sebab terlalu cepat untuk jadi macam ni …” Balas Aku sambil memandang ke arah Lan yang sedang membelek gambar …

“ Aku setuju … Takkan acute attack macam tu ? Macam tak masuk akal … Tak silap aku , Aku ada tengok MRI brain dia tempoh hari di ward .. Tak ada apa apa patologi pun …” Balas Lan

Aku dan Lan berjalan kearah kereta.. Kami beredar pulang ke kuarters ..

“ Macam mana eh nak tolong mak nab ni ? “ Tanya Aku

“ Entah lah … Aku pun pening jugak ni ..” Balas Lan

“ Ok macam ni … Weekend ni .. Kau free tak ? Kau oncall tak ?” Tanya aku

“ Weekend ni .. Aku free je .. Tak oncall ..” Balas Lan

“ Ok ! Cantik !! .. Aku ada idea … Apa kata kita pergi rumah Mal !!?” Balas aku

sambil memandang ke arah Lan yang sedang memandu

Bebola mata lan sekejap ke kiri , Sekejap ke kanan..

“ Biar betul !!!???” Tanya Lan

“ Betul lah !!” Balas Aku

“ Jauh tu woi !!” Balas Lan

“ Habis tu .. Cuba kau fikir … Siapa lagi nak tolong ? Mal dekat sana dah berapa kali Masuk Ward .. Discharge .. Dorang kasi ubat je ..” Balas Aku

“ Ye lah kan , Masuk ward pun nak rawat apa lagi , Treat simptom je lah , Simptom dah resolve .. Boleh balik …hmmmm ..” balas Lan sambil mendengus

“ so amacam ? Jadi ke tak ?” Tanya aku

“ Nanti lah aku pikirkan dulu ..” Balas Lan ..

Keesokkan harinya .. Aku berjumpa dengan Lan sekali lagi di kafeteria ..

“ So .. Sabtu pagi kita gerak ok ? Jadi tak ?” Tanya Aku

“ Aduh .. Jauh la .. Aku malas betul jalan jauh jauh ni ..” Balas Lan

“ Memang lah jauh .. Pantai timur .. Tapi kau kena fikir .. Kita pergi sana nak tengok keadaan Mal … Nak tolong Mak Nab .. Bayangkan kalau benda ni jadi dekat kau ? Lepas tu aku buat bodoh .. Tak kisahkan kau lansung .. Kau nak ?” tanya aku sekali lagi Pada Lan .. Kali ini lebih sinis

“ Aku biarkan je kau meracau .. Kokak anak kucing , kokak semua binatang yang ada.. Cicak , Lipas , Ular , Anjing , Katak , Katak puru ….

“ Ahhh dah dah ..! Ye lah yelah .. Aku ikut kau .. Tapi dengan syarat .. Kau yang drive .. Aku malas ..” Balas Lan

“ Hek elek , Ok ok fine .. Aku drive .. Tapi duit minyak kita kongsi .. Jangan nak kedekut sangat ..” Balas Aku

“ Haih … Yelah yelah … Dah lah .. Aku nak Masuk bilik bedah kejap lagi … Aku nak gerak dulu ..” Balas Lan

“ Cewah .. Jadi surgeon abang kita hari ni .. Kau assist siapa ? “ Balas aku

“ Kau punya favourite la siapa lagi .. Si DR Bob gajah tu …. tu pasal aku tak boleh lambat .. Kang free je kena maki ..” Balas Lan

“ Ha ha ha .. Azab tu aku dah lepas … Have fun lah kau dengan si Dr Bob tu … dah cepat pergi … Kang takut kena hempap pulak … Naya woi ..” Balas Aku sambil tergelak memutuskan perbualan

Seperti yang ditunggu2 .. Hari sabtu telah pun tiba ..

Aku dan lan turun menggalas bag ke arah kereta..

“ So bro ! Ready for the trip ?” Tanya aku

“ Kamon la.. Kau tak nampak ni aku dengan spek mata hitam sambil bawak bantal ?” Tanya Lan

“ Hampeh .. Nak membuta je kerja kau .. Boring betul ..” Balas Aku

“ Eh hello .. U are the driver .. Please drive .. dont forget our deal .. nanti dah sampai tempat singgah makan kejut aku ..” Balas Lan…

“ Yelahh yelah … Jangan lupa our deal ..” Balas Aku

“ Deal apa lagi ?” Tanya Lan

“ Duit minyak lah mangkuk ..” Balas Aku

“ Nahh rm 100 .. Dah diam .. Aku nak tidur ..” Balas Lan

“ Woi Rm 150 laa.. Rm 100 mana cukup pergi balik , Tapi kalau kau nak aku tinggalkan kau dekat sana nanti .. Cukup lah Rm 100 kau ni .. “ Balas Aku tertawa

“ Adoi .. Dah lah aku kena ikut , kena pau rm 150 lagi .. Kau tau tak .. Tu dah macam gaji locum dekat klinik 4 jam tau ..” Balas Lan

“ Ish kau ni , Apa lah kau kecoh sangat pasal duit .. Kita pergi sana nak tolong orang .. Nanti tuhan balas lagi la rezeki , Lagi banyak dari rm 150 taik hidung masin kau ni ..” Balas Aku tegas memberi ceramah perit pada telinga lan

“ Ahhhhh .. Sudah sudah . Ni kalau bertekak .. Sampai bila pun tak jalan ..” Balas Lan

Aku meneruskan pemanduan ..

Kami melalui jalan kampung dari pasir gudang terus ke mersing … Memintas bandar endau rompin terus ke terengganu …

Selepas 4 jam .. Kami akhirnya tiba di bandar rompin …

“ Woi mangkuk hayun .. Dah nak pukul 1 tengah hari dah ni .. Bangun ..! Kita dah sampai bandar rompin .. Kita cari tempat Makan .. Kemudian solat . Kita sambung lagi ..” Balas Aku

“ Jom , kita makan sini… ramai orang kata udang galah dekat sini sedap… “ balas aku..

‘ kita dekat mana ni? Tanya Lan

‘ kan tadi aku dah kata kat rompin… dekat sini ada sungai rompin.. memang famous dengan udang galah.. kau tak nak try ke?’ tanya aku

‘ ok ok boleh jugak… teringin nak makan udang galah…’ balas lan

Aku dan Lan pun masuk ke dalam kedai…

‘ Kak … nasi putih 1 , lepas tu nak udang galah masak lemak ni… ‘ balas aku tersenyum.. sambil meraba perut kelaparan..

Makanan aku dihulur…

“ Berapa ni kak? Tanya aku..

“ Rm 17 je dik…” balas kakak tadi…

Mata aku terbeliak…. Aku memandang ke arah Lan

“ kak bagi saya nasi putih satu , letak ikan goreng tu satu… tu jer..” balas Lan sambil senyum kearah aku..

“ weh kau kata nak makan udang galah !!!!? jerit aku pada LAN…

Lan berjalan menghampiri aku, sambil berbisik….

“ Kau gila ke apa udang kecik tu sampai rm 17 ? Tak mau akuu!!! Makan lah kau sorang!!!” balas Lan dengan nada yang sinis

“ Zeed , mak nab tau tak kita nak datang ni? Ada alamat dia? “ tanya Lan

“ Dah tau dah , aku dah call dia semalam , dia pun tak sabar tunggu kita datang Lan … Kesian mak nab… teresak esak menangis ..” Balas aku..

Lan mengeluarkan sekeping gambar dari kocek seluarnya itu…

“ Ke mana lah Din ni pergi eh? Tiba tiba hilang macam tu je…” Balas aku sambil mengintai gambar yang dipegang oleh LAN…

“ Itu pun satu hal… padahal diorang housemate kot… kita pun kenal dorang main futsal je pun… Tak pasal pula.. kita yang sibuk kan?” tanya Lan lagi…

“ Betul jugak cakap kau tu.. tak pasal kita pulak terlibat… tapi mesti ada hikmahnya…. , EH lan.. kau rasa ada kaitan tak dengan rumah hujung tu? Ke hantu nenek tua tu yang kacau kita selama ni…? “ tanya aku lagi…

“ hmmm…. Mungkin? Habis tu… sebab apa lagi kan? Takkan tiba2 mental illness secepat ni… aku tak rasa logic la… selama ni kita tengok pesakit mental…. Ambil masa lama kan…. Yang ni …. Histeric episode dia sangat kerap… bila kita check urine dengan darah.. tak ada pula jumpa kaitan dengan dadah atau substance lain… macam pelik la…” balas Lan..

Kami berdua mengangguk sambil aku melihat lan memicit kepalanya….

“ Ah sudah lah tu… jom solat , lepas tu kita gerak … ‘ balas aku..

“ zeed , aku nak tanya ni… sedap ke udang galah kau tu… hahahaha’ gelak lan berdekah dekah…

Kami meneruskan perjalanan , hampir menempuhi 150 kilometer , akhirnya kami tiba di simpang rumah MAL…

“ kalau ikutkan alamat… betul lah ni… Lorong rumah mal… ‘ balas aku..

“ Ha ! tu… kau Nampak rumah tu… itu lah kot.. belakang pokok besar tu…. ‘ balas LAN..

Aku pun terus memandu melalui Lorong sempit tadi… kearah rumah usang yang terletak dibalik pohon rimba yang lebat…

Aku parkir dihadapan rumah…

‘’ Assalamualaikum mak nab !!! ‘ jerit lan…

“ Macam tak ada orang je ni…’ Balas aku…

Aku dan Lan keluar dari kereta… kami berjalan cuba mengelilingi rumah itu , takut2 jika mak nab ada di belakang….

Jam hampir 5 petang…

Suasana redup… langit mula gelap… angin bertiup kencang…

‘Assalamualaikum….! ‘ jerit aku…

‘ Bam!!! Bammm!!!! Arghhhh!!!!’ satu jeritan yang datangnya dari belakang rumah..

Rumah mak nab , rumah kayu yang tinggi..di pasak dengan jata kayu sebagai penyokong..

Namun jeritan itu jelas datangnya dari bawah rumah..

Aku dan lan cepat cepat berlari kea rah bunyian itu….

Larian aku terhenti sambil aku menarik tangan LAN….

‘ lan !! woi… kau Nampak tak benda bergerak bawah tu….! Tanya aku sambil terjenguk jenguk ke suatu sudut gelap di bawah rumah…

‘ series weh.. apa tu… macam merangkak rangkak…. ‘ balas lan…

Tiupan angin semakin kencang…. Langit semakin gelap dan tebal…

Guruh mula berdemtum….

‘ Branngggg!!!!’ aku dan lan terkejut terus melompat dan berlari semula kearah depan..

‘ Woi ! Apasal kau lari!!! ‘ jerit aku…Sambil tercungap….

‘ habis tu kau lari apasal?’ tanya lan..

‘ Aku lari sebab terkejut… tadi macam ada bunyi.. lepas tu senyap… tiba tiba pulak datang bunyi guruh… terkejut lah aku! Habis tu kau lari kenapa? ‘ tanya aku..

Lan berjalan kearah aku… sambil berbisik…

‘ weh ni betul ke rumah mak nab.. cuba kau check sekali lagi… kau telefon mak nab…’ balas LAN..

‘Kalau ikutkan alamat ni… betul dah… sekejap aku cuba call mak nab..’ Balas aku…

Aku mula mengeluarkan telefon bimbit.. aku mendail nombor mak nab

Malangnya.. panggilan itu tidak berjawab..

Aku cuba beberapa kali… namun hasilnya masih sama…

‘ Dah lewat petang ni zeed… nak maghrib dah … hari pun nak hujan…jom kita pergi minum dulu… sementara dapat panggilan dari Mak NAB….’ Balas LAN…

‘ lan , kau tak habis cerita lagi… tadi beriya kau lari sebab apa? Tanya aku

‘ hmmm susah nak cakap… aku tak pasti sama ada aku penat ke , atau apa… tadi… aku dok perati jugak bawah rumah tu…. Ada benda merangkak…. Lepas tu dia macam lambai tangan dekat aku… muka tak Nampak… sekali guruh pulak berdentum… lagi lah aku terkejut…’ balas Lan..

‘ Dah … jom kita gerak dari sini… dah nak gelap ni…. ‘ Balas aku..

Aku pun terus memandu ke arah surau berdekatan . memandangkan dah mula masuk waktu maghrib..

Kami berteduh di surau…. Hujan mula turun dengan lebat…

Setelah selesai solat…

Aku mula bangun.. dan berjalan aku menghampiri imam yang sedang duduk di depan..

‘ Assalamualaikum tok… saya nak tumpeng tanya…. Rumah dekat Lorong belakang tu… rumah tersorok tu.. rumah Mak Nab ke? Tok Imam kenal tak mak nab ? tanya aku.. sambil aku perhatikan Lan sedang berjalan kearah aku..

‘ Hmmm.. apa hajat anak ke mari..? tanya tok imam

‘ kami ni kawan Mal , anak Mak nab tu…. Nak melawat si MAL la.. hajatnya… kami tahu dia sakit.. ‘ balas aku… Lan disebelah aku mengangguk dengan wajah yang serius..

‘ Ya… Tok kenal Mak Nab tu… dan tok juga kenal Mal kawan kamu tu… ‘ balas tok imam sambil menundukkan kepalanya ke bawah..

‘ jadi.. betul lah tu.. rumah mak nab? Kami call dia banyak kali tak dapat…’ balas lan..

‘ ya … betul lah .. itu rumah mak nab…..’ balas tok imam..

‘ tok imam tau tak mak nab ke mana? ‘ tanya aku..

‘ mak nab kamu.. dengan pak junus.. ke kampung sebelah… ada urusan..’ balas tok imam..

‘ boleh kami tau urusan apa? Sebab kami pun takt ahu nak tunggu berapa lama lagi ni.. lagipun mak nab memang dah tau kami nak datang ke mari…’ balas aku…

‘ Macam ni lah.. memandangkan mak nab pun dah tau kamu ke mari… jadi tok beritahu sajalah… Mak nab kamu dengan pak junus sedang berjumpa dengan pawang… dari dusun hutan… untuk tengokkan si mal tu.. makin menjadi jadi….’ Balas Tok imam…

‘ mungkin sekejap lagi… lepas isya meraka sampai.. tok pun akan kesana juga… perkara ini harus dirahsiakan…. Jangan beritahu siapa siapa…’ balas tok imam tegas…

‘ Tok imam…. Nak tanya sikit… tadi saya singgah rumah mak nab… tapi saya rasa macam Nampak sesuatu bawah rumah mak nab tu…. ‘ balas Lan…

‘ Macam nil ah…. ada baiknya kamu pergi makan dulu dekat warung simpang sana tu.. nanti lepas isya kamu terus ke rumah mak nab ya….’ Balas tok imam cuba menepis soalan dari Lan..

Kami pun meminta diri , terus keluar dari surau.. menuju kea rah warung di simpang tu..

‘ zeed , kita nak tidur mana malam ni? Tak Nampak hotel pun? ‘ tanya Lan..

‘ Tulah… aku pun fikir benda yang sama… takpela.. lepas kita jumpa mak nab… kita terus drive cari hotel… mesti banyak je bilik kosong….’ Balas aku..

Jam hampir 9 malam…

‘ dah… jom… kita terus ke rumah mak nab…. Mungkin tok imam pun dalam perjalanan ke sana…’ balas aku.. sambil melihat kea rah Lan yang mengangguk…

Kami memandu semula kearah rumah mak nab..

Lorong rumah mak nab gelap gelita… hanya berpandukan sedikit biasan cahaya rumah dibalik rimbunan pohon itu… menjadi penanda arah perjalanan kami…

Kami akhirnya tiba di hadapan rumah mak nab….

Gelap gelita.. hanya lampu dari dalam rumah yang menyala… dan juga biasan cahaya yang datangnya dari sisi rumah…

‘ Dorang tak sampai lagi kot.. senyap je kat luar tu….’ Balas Lan..

‘ mmm mungkin dorang dah ada dekat dalam rumah ? jom kita pergi pintu masuk tepi sana…. Ketuk pintu.. ‘ balas aku..

‘ Gelap gila ni wey… aduhh..’ balas lan mendengus..

‘ alah phone kau kan ada lampu… pasang je lah…. Banyak bunyi lah..’ balas aku…

Lan terpaksa akur… kami keluar dari kereta terus berjalan kearah pintu masuk rumah mak nab yang terletak pada sisi rumah itu…

‘ assalamualaikum…. Mak nab!! Tok imam!! … kami dah sampai… jerit aku…… ‘ sambil mengetuk pintu…

Lan mula menghampiri aku… hinggakan berlaga bahu kami..

‘ woi ! kau pahal ni…’ balas aku..

‘ takde orang lah wey!! Adui… dorang belum balik ni……’’ bentak lan…

‘’ hssssss hssssss….. ‘’ satu suara yang datangnya dari hujung sudut bawah rumah….

Semakin lama… LAN semakin rapat dengan aku…

Aku terpaku.. dan cuba meneliti bunyian yang datang itu…

‘’ harhhhh harhhhhh’’ kali ini lebih jelas bagaikan satu dengusan yang mula bergerak kearah kami….

Tanpa berfikir Panjang… aku terus berlari dari situ….

Sambil aku terdengar satu jeritan yang datang dari belakangku…

‘’ woi babiiiiiiiii!!!!!!’’ … ya .. itu adalah satu jeritan yang datangnya dari Lan yang sedang tercungap berlari mengejarku dari belakang….

Sehingga hari ini.. aku masih lagi teringat jeritan ‘’ babi’’ dari LAN kepadaku…

Aku terus membuka kereta.. dan masuk kedalam…

Lan berlari pantas kearah kereta dan terus masuk kedalam..

‘’ perangai kau macam babi oiiii…. Kot ye kau signal lah dulu… jangan buat macam tu lagi sial… boleh meninggal aku dekat situ….’’ Bentak lan kuat dengan nada yang marah membuatkan aku tertawa berdekah dekah…

‘’ kau pahal gelak bodoh’’ jerit lan

‘’ ok ok sori.. tapi lawak gile la tengok kau lari sambil jerit BABI tu kuat2…. Kalau boleh rakam… mesti lawak … riak muka kau….’’ Balas aku.. sambil terbahak bahak

‘’ Spontan lah gila! … aku tengah takut gila tadi…sebab tu aku terpaksa jerit kuat kuat… ‘’ balas lan

‘’ baik kau jerit nama allah… ‘’ balas aku…. Sambil menundukkan muka..

Lan hanya memerhatikan aku …. Senyap tanpa sebarang kata…..

Aku hanya terdiam tak mampu membalas apa apa sambil anak mata aku bergerak kekiri dan kekanan…

Aku kaku…

‘’ bunyi apa tadi weh… tak macam bunyi binatang pun… kalau kambing at least aku kenal lah..’’ balas aku cuba memecahkan suasana…

‘’ kann… bunyi apa doh tadi… adui… seram gila rumah ni….. tadi kita datang.. tak Nampak binatang apa pun….’’ Balas lan…

‘’ jom lah kita gerak dari sini….. esok jelah datang balik….tak sanggup aku…’’ ajak lan..

Aku bersetuju dengan ajakkan itu…

Aku mula mengeluarkan kunci… aku cucukkan pada picunya…

‘’ arghhhhhh babbiiiiiiiiiiiiii’’ jerit lan secara tiba tiba….

“ Tu !! Tuu!!!” lan menuding ke arah aku ..

“ Apa hal kau ni …?!!”” jerit aku

“ Aku menoleh …..”

“ Arghhhhhhhhh !!!!!!!! “ kami menjerit sekuat hati …. Bagai nak gila ….

“ Knock knock …!” Satu ketukan yang datang dari belakang tingkap kereta aku

Dengan keadaan yang tercungap …

“ Weh .. Mak nab lah bodoh !!” Jerit lan

Aku terus menoleh … Kuss semangat .. Mak nab rupanya

Aku terus keluar dari kereta ..

Mak nab , Pak junus .. Sedang berdiri disebelah kereta

“ Maaf doktor .. Dah lama ke sampai ? “ Tanya mak nab

“ Aah dari petang tadi .. Kami tunggu mak nab .. Tak ada pula .. “ Balas aku

“ Ohh .. Maaf lah mak nab pergi ke kampung sebelah … Kenalkan ini pak junus … Ahli rukun tertangga kampung ni … “ Balas Mak nab

“ Mak nab ada urusan apa dari kampung sebelah ..? “ Tanya lan mencelah sengaja buat tak tahu

“ Hmm … Mak nab mintak tolong pawang dari kampung sebelah … Keadaan mal ni makin teruk .. Mak nab tak tahu nak ikhtiar macam mana lagi …” Balas Mak Nab

“ Dah lah tu .. Mari jemput naik ke atas ..” Balas Mak nab

Kami pun berjalan mengekori mak nab dan pak junus ..

Setibanya aku di kaki rumah …

Lan dibelakang .. Terkebil2 bagaikan mengintai sesuatu di bawah …

Mak nab dan pak junus dah mula naik ke atas ..

Tiba tiba ..

Aku dapat rasakan cebisan baju aku ditarik dari belakang

“ Ishh … Kau pahal lan ?” Tanya aku perlahan

“ Zeed … Zeed … Kau tengok bawah tu … Ada orang tengah duduk membongkok bawah tu wey …..” Bisik Lan

Aku mula mengintai ….

Benar sekali kata lan .. Bagaikan ada susuk tubuh di hujung sudut sana …

Aku dah mula menggigil ….

“ ushhh … Kita nak buat apa ni …” Bisik aku pada Lan

Lan masih lagi terkebil2 mengintai araha hujung sudut sana ..

Sambil Lan nyalakan lampu suluh telefon bimbitnya ..

Lan tersentak ke belakang sambil merentap baju aku sekali lagi

Lan menghampiri telingaku sambil berbisik …

“ Woi … Aku dah nampak benda tu ….

….benda yang duduk bawah rumah tu sebenarnya… Mal …..” …. Bisik Lan Perlahan sambil tangannya terketar …

Sambungan Part 14

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.