Rumah Hujung Part 11

Rumah Hujung PART 11

Part 11

“ hmmm tapi apa motif din nak buat macam tu ..?” Balas Aku

“ Tu lah , Aku tengok si Din kawan dengan Mal , Elok je … Cuba kau tanya Mal , Dorang ada bergaduh ke sebelum ni ?” Balas Lan

“ Hmm betul jugak … Mana la tau pernah bergaduh ke apa … Tapi haritu masa aku dekat rumah mal , Din elok je dengan si mal tu …. pelik ..” Balas Aku

“ bro .. Mungkin lepas tu dorang ada gaduh ke apa , Bukan kita tau kan ?” Balas Lan

“ Ye tak ye jugak eh … Mungkin … Tapi hari tu masa kita jumpa Mal dalam bilik dia … Din macam gabra kan ? Menggelabah semacam ? …. tapi din jugak lah yang panggil kita datang tolong …” Balas Aku

Lan menggaru kepala … Aku bingung …

“ Apa kata kau pergi jumpa Mal , Cuba tanya kalau kalau .. Mal nak cerita ke ?” Balas Lan

“ Hmm .. Ok .. Lan kau rehat dulu , Aku banyak benda nak settle ni … esok aku pergi jumpa Mal … esok kau pun dah discharge kan .. Dehydration je pun , Tak payah nak acah acah sakit sangat laaa..” Balas Aku ketawa terbahak bahak

“ Eleh , Tak kena kat batang hidung kau … Boleh la sembangggg..” Balas Lan mula marah

Aku berlalu pergi …

Malam tu aku oncall , Aku tukar oncall dengan orang lain .. Seram aku nak balik hostel , Si Lan tak ada …

Tambahan pulak , Lan kata benda yang kacau dia tu ada dalam rumah tu …

Berwajahkan Din ….

Aku pun tak nak percaya cerita Lan Bulat bulat .. Bisalah bila orang kena panick attack ni , Minda kita akan dikawal oleh subconcious mind , Dan menterjemahkan apa apa imej yang kita sendiri mahu wujudkan ….

Kadang2 benda tu tak wujud pun , Sengaja kita ada ada kan , Atau mungkin secara tidak sengaja .. Minda kita ambil imej terakhir yang kita pernah fikirkan ..

Faham ? Tak faham tak apa , Sebab aku pun tak faham …

Oncall malam tu agak tenang , Tak banyak kemasukan pesakit …


selalunya Malam malam begini , Banyak kes kemalangan … Tapi hari ni , Boleh kira dengan jari .. Kalau ada pun satu dua kes , Itu pun bukan kecederaan serius …

Aku naik ke bilik oncall untuk berehat ..

Aku cuba tidur …

Namun , Segala teka teki di minda menyukarkan aku untuk menutupkan mata … Bahkan … Membuatkan aku serba tak keruan …

Aku baring di atas Sofa , Sambil Merenung Kipas yang sedang mengibas …

Jam 1 Pagi ….

“ Tet !!” Telefon berbunyi

Mesej telefon tertera Nama Lan

“ Aku cuak weh !!” Mesej dari lan

“ Apa hal kau ? Cuak apa ?” Tanya aku lagi

“ Kau oncall kan .. Kau datang sini kejap …” Balas Lan

“ Alahhhhh … Aku baru nak lelap ni … Kasi la can aku tido , Penat ni ..” Balas Aku lagi

“ Hmmm … Pakcik sebelah aku ni …. Scary doh …” Balas Lan

“ Hah ? Scary apa ? Dia buat apa ?” Balas Aku lagi

“ Pakcik ni ….. Baru admit tadi … Pukul 9 malam … Tadi elok je die terbaring … Tiba tiba dia duduk …. Dia dok renung kat aku tak berkelip ni … Sekarang ni aku tengah baring menghadap dinding …” Balas Lan

“ Alahai … Kau cuak apa .. Kan ramai orang dalam wad Tu … Jangan gelabah boleh tak ? Kalau jadi apa apa kau jerit je la … Brader PPK pun ada je dok lepak dekat kaunter tu ….Cuba kau toleh balik .. Dia buat apa ?” Balas Aku

“ Weh … Sial lah … Die dok perati aku lagi ni … Adoi … Stress la ..” Balas Lan

“ Dah la . Kau tak payah layan la , Wad kau tu , Wad kronik je pun …. Mungkin pakcik tu nyanyok ke apa …Kau sambung je la tido …. Kalau ada apa apa kau jerit je la … Ok .. Aku nak tido dulu ni , Esok aku jumpa mal .. Goodnite baby …” Balas Aku cepat cepat menamatkan perbualan mesej …


Esok harinya .. Selepas selesai kerja di Wad … Aku pun berjalan menuju ke wad Mal …

“ Misi … Mana Pesakit Kamal ? Katil dia dah kosong .. Dah boleh discharge ke ?” Tanya aku

“ Oh , Patient tu baru je turun tingkat bawah dengan Mak dia .. Dah boleh discharge dah , Bahagian psikiatri kata tak ada apa apa Active Management ..” Balas Misi

“ Alah , Tak sempat jumpa …” Balas Aku

“ Eh cuba doktor turun bawah , Baru je sekejap tadi dorang turun .. Sempat lagi kot ..” Balas Misi

Apa lagi , Aku pun terus berlari menuruni anak tangga …

Aku toleh ke kiri , Ke kanan , Bagaikan kurang siuman cuba mencari Mal …

Namun , Di sudut hujung , Aku nampak seorang lelaki , rangka susuk kurus yang sedang melintas jalan …


aku terus berlari sambil menjerit …

“ Mal !!! Sekejap !!” Jerit aku

Lelaki itu tidak endahkan ..

Aku terus berlari , Dan terus menerpa dari belakang …

“ Mal !!” Sekejap !!” Balas aku

“ Eh sori encik .. Salah orang ..” Balas aku sambil menggaru kepala …

“ Hoi …! zeed ..” Satu suara yang datang dari belakang

Aku terus menoleh …

“ Mal !!! “ Jerit aku

“ Kau ok ke ? Dah boleh balik ni …. “ Balas Aku

“ Ni Aku kenalkan .. Ni Mak aku … Puan zainab …. “ Balas Mal

“ Apa kabar puan .. ?” Balas aku

“ Alah tak payah lah nak puan , Panggil je makcik Mak Nab ye ..”

Aku tersenyum , Sambil mengangguk tanda setuju ..

“ Hah ! Kau ok tak ni mal ?” Tanya aku lagi

“ Dah boleh balik ni … Ok la kot ..” Balas Mal bagaikan malas melayan …

“ Hmm aku dah check file kau … Psikiatri kata major depression je .. Nothing serious ..” Balas Aku

“ Bro aku fedup la dengar perkataan psikiatri .. Aku bukan gila tau ..!!” Jerit Mal

“ eh Mal , Rilek la .. Tak payah jerit2 kot .. Aku tak kata kau gila … Cuma aku kata , Doktor bahagian psikiatri diagnos kau depression je .. Bukan mental illness .. Yang kau nak emo dengan aku ni dah kenapa ?” Tanya aku lagi

Mal .. Hanya mendiam kan diri …

“ Ok ok .. Sori … So aku nak ko balik , Rehat la puas puas .. Lepas tu kau enjoy la dulu …. Jangan stress sangat ..” Balas Aku

MakNab hanya mengangguk tersenyum ke arah aku sambil memegang tangan Mal …

“ Hmm .. Lagi satu aku nak tanya kau ni Mal … Din tak ada datang jumpa kau ke sepanjang kau dalam wad ni ?” Tanya aku perlahan

Mal yang tadinya sedang memandang ke bawah … Kini mula mendongakkan dahinya keatas .. Sambil mengerutkan mukanya … Dengan bibir yang muncung …

Menggigil bagaikan sedang menahan marah penuh kegeraman …

“ Kau … Jangan sebut Nama Setan tu lagi ..” Balas Mal sambil mendengus , Kemarahan … Kedua belah tangan digenggam erat

“ Errr … ok .. Ok … Tapi Mal … Aduh .. Macam mana aku nak terangkan ni …” Balas Aku

“ Ok macam ni … Aku tak tau kalau kau ada bergaduh dengan dia ke apa … tapi yang aku pelik kenapa kau marah sangat dekat si Din tu .. Haritu aku datang rumah kau , Aku tengok Si din dengan Kau , Elok je … So aku hairan lah bila kau marah sangat dengar nama din tu ..” Balas Aku

“ Kau jangan sebut lagi nama dia … Aku jijik nak dengar nama si Pembela Setan tu …!!!” Jerit Mal .. Kali ini mengherdik ke arah muka aku dengan lebih kuat ..


Mal terus menoleh dah berjalan ke arah parkir kereta meninggalkan Aku dan Maknab Bersendirian ….

“ Marah betul dia tu eh maknab ..” Balas Aku

“ MakNab pun pening lah doktor… Mak nab pun tak berani nak tanya apa apa lagi … Si Mal ni baran semacam .. Doktor jangan ambil hati la ya.. Mungkin mental dia tak stabil buat masa ni ..” Balas Mak Nab perlahan .. Sopan lemah lembut orangnya …

“ Ye lah , Mungkin dia masih stress lagi , Mungkin ada lah benda yang dia bergaduh dengan si Din tu ..” Balas Aku

“ Ni Mak Nab , Nak balik mana ?” Tanya aku

“ Kita nak balik kampung terus lah ni , Malam ni mak nab tidur di rumah adik dulu di kota tinggi .. Lepas tu mak nab bawak Mal balik kampung terus ..” Balas Mak Nab …

“ Hmmm elok lah tu , Mak Nab tengokkan si Mal … biarlah dia berehat .. Buat kerja kampung sikit sikit dulu , Mungkin stress agaknya kerja di bandar .. “ Balas Aku

“ Ok lah mak nab balik dulu ya … terima kasih la doktor jaga Mal selama ni ..” Balas Mak Nab

“ Alah .. Tak ada apa lah .. Sikit je tu .. Oh .. Sekejap ..” Balas aku

Aku terus mengeluarkan buku nota kecil , Aku tuliskan no telefon aku …

“ Nah mak nab , Ni nombor saya .. kejap lagi mak nab misscall saya ya … Nanti kalau ada apa apa Tentang Mal .. Mak nab terus telefon saya ok ?” Balas Aku

“ Oh ya .. Ok kejap lagi mak nab misscall , Bagus juga doktor kasi nombor telefon , Kalah ada apa apa terjadi pasal Mal , Mak nab telefon doktor ya .. Maklum lah Mal mental tak stabil , Boleh juga Mak Nab tanya pendapat doktor jika perlu..” Balas Mak Nab

Mak Nab berlalu pergi … Berjalan mengejar anak nya yang sedang berjalan jauh penuh kemarahan ..

Untuk aku pula …

Hmmm….

Persoalan masih belum selesai

Nasib baik MakNab ada … Kalau tak tadi aku dah cekik si Mal ni

Apa hal tah yang dia nak marah sangat dekat aku

Kalau kot ye marah dekat Si Din , Tak payah lah lepas dekat aku …

“ Tet “ mesej masuk

“ Zeed , aku pun dah discharge , Aku dah balik hostel ni .. Nanti petang kita jumpa dekat rumah ..” Balas Lan

Petang tu , Aku terus pulang ke rumah …

Aku terus menerpa ke bilik Lan..

“ Oiiii bangun !! Dah petang !!” jerit aku

Melompat ! Lan mula menggelabah bangun dari tidur

“ Musibat punya kawan …. Macam ni kau kejut aku .. Boleh mati laaaaa ..” Balas Lan sambil menggosok matanya

“ Hahaha … Alah rilek lah , Weh Lan … Jangan over boleh tak … Nak buat buat letih bagai ni semua .. “ Balas aku

“ Haha .. Kasi la can , Kau ingat senang ke dapat cuti boleh bermalas malasan dalam bilik macam ni …. Kena hargai beb ..” Balas Lan Lagi

“ Hah … Apa cerita Mal ? Dia ada cerita kau apa apa tak ?” Tanya Lan

“ Dia dah discharge dah , Mak dia bawak balik kampung .. Tapi aku sempat jumpa dia tadi … “ balas aku

“ Psy kata apa ?” tanya lan

“ macam biasa lah , major depression ..” balas aku

“ hmmm , ye lah .. betul la tu kan , Takkan psy nak diagnos sawan kena hantu pulak ..” balas Lan

“ Lan , tadi kan aku sempat tanya pasal Din … Dia tiba2 mengamuk weh dengar nama Din … Dia blah macam tu je …” balas aku

“ Haaa ! Tu lah.. Aku dah kata .. Dorang dua ni …. Mesti ada isu punya … kalau tak takkan si Mal jadi macam tu ..” Balas Lan dengan wajah penuh tekaan

“ Hah ! Baru aku teringat , Mal ada jerit , Si Din Tu Pembela setan !” Balas Aku

Lan mula tak senang duduk , Mata lan mula terpaku pada aku , Lan mula duduk tegak di atas katil sambil matanya terbeliak …

“ See !! Kan aku dah kata dari dulu … Si Din tu punca , Din tu pakai Black Magic … Aku dah kata .. Kau tak percaya ….” Balas Lan dengan penuh yakin dan bangga

“ Tapi Apa kaitan badi mayat rumah hujung , dengan si Din pegamal ilmu hitam ? “tanya aku lagi

“ Hmmm entahlah … Aku rasa kita takkan dapat jawopan .. Si Din tak tau pergi mana …. Si mal pulak dah balik kampung … “ Balas Lan

“ Hmmm .. Tu la kan … Nak tanya siapa lagi …. “ balas aku

“ Oh , By the way … Apa kes malam tadi ? “ tanya aku sambil tertawa ..

“ scary sangat ke pakcik kau tu ?” tanya aku

“ Weh , Kau jangan buat main … Seram gila kau tau … dia tenung aku mata tak kelip tau .. Aku tegur pakcik tu , Dia tak jawab apa , Dia dok perati aku je sambil duduk tepi katil …. Kau tengok ni .. meremang bulu roma aku …” Balas Lan

“ Habis tu , Kau buat apa …” Tanya aku

“ Lepas aku mesej kau tu , Aku tekap muka guna bantal sampai tertido … siksa kau tau ..” Balas Lan

“ Ha ha ha … Lawak la kau ni … Kau macam tak pernah tengak Pakcik yang kena TIA ..( transient ischemic attack ) … Dorang kan GCS dah tak betul , Minda dorang macam terganggu … Termenung macam tu sorang 2… Kau takkan tak pernah tengok patient stroke … Kan lebih kurang gitu … drowsy .. Mamai ..” Balas Aku lagi

“ Entah la , Aku pernah tengok lah patient stroke .. Mamai tu biasalah , Tapi ni pelik , Dia fokus dekat aku je ..” Balas Lan

“Hmm kau anggap je lah dia termenung, Macam mana rupa dia? ..” Balas aku

“ Yelah .. Mungkin lah termenung… Tapi muka dia tu … Pelik weh .. Dahi luas , Besar … Mata kecik tapi tajam , Kurus kering , Botak tengah , Tapi rambut belakang panjang … Tu yang aku cuak tu … Umur macam 70 An …. “ Balas Lan

“ Haih .. Macam macam hal .. So sekarang ni … Kes ni tergantung tak bertali .. Kita pun tak ada jawapan … Macam mana ?” Tanya Lan lagi

“ Itu lah , Yang buat aku rasa tak puas hati ni … Psy kata major depression …

Yes memang betul , Maybe si Mal dan Si Din tu ada salah faham , Jadi si Mal ni stress … So bila stress , Hidup dia jadi tak betul … Si Din pun sama , Stress .. Dia pun jadi biol sama macam Mal .. Tapi apa kaitan dengan Kau Lan ? Kau ni pun aku ingat gila sama macam diorang ..” Balas Aku sambil menganggukkan kepala ..

“ Hmmm .. Entah lah , Lately aku pun rasa pelik , Aku rasa macam sedar tak sedar , Aku rasa seram sejuk tiba tiba … Kadang2 Terbayang dekat tempat lain .. Tapi ada je dalam bilik atas Katil … Kadang2 .. Aku nampak je si Din duduk dekat hujung bilik aku malam malam … Tapi bila aku bukak mata , Luas luas Tak ada pulak ..” Balas Lan

“ Tu laaa , Aku dah kata … Kau ni imagination tinggi sangat , Banyak sangat berfikir , Sampai kau jadi kan realiti .. depression la tu .. Kes diorang punya pasal , Kau pikir sampai gila .. betul la aku kata , Kau dengan dorang pun dah sama gila ..” Balas aku ketawa terbahak bahak

“ Wah , Sedap kau mengata aku kan …. kau tak kena lagi … Aku harap satu hari nanti … Kau kena … Baru kau tau .. Gila tak gila…” Balas Lan

“ Ha ha ha , Ok dah dah .. So kesimpulan dekat sini , Macam mana ?” Balas Aku

“ Kesimpulannya , Major depression .. Tapi … Benda pelik pelik yang berlaku .. Kita memang tak boleh nak explain … Melainkan si Din dan Mal ceritakan perkara yang sebenar …” Balas Lan …

“Hmmm , Siapa si Din Ni sebenarnya !!!! Arghhhh !!!!!” Jerit aku berkali kali … Sambil Lan hanya menunduk kepasrahan

One comment

  1. Oklah…. apa yamg doc lan alami saya pernah rasa. Kita berada di tengah2 realiti dan fantasi. Masa tu saya nampak kawan tu…tapi sebenarnya mereka ada kat kampung. Saya nampak dengan jelas saya dengar dengan nyata suara mereka. Tapi ada satu yang membezakan mereka. Orang yang saya kenal pandangan matanya redup tapi yamg saya nampak tu pandangan matanya tajam.
    Ceritanya bermula pada malam sebelum….saya tak ingat mulanya…
    Lampu dah tutup tepat jam 10 malam. Maklumlah sekolah pondok yang duit tak seberapa nak ada kena jimat air dan eletrik. Tiba2 sorang kawan ni ketawa. Dah suruh tidur dah suruh senyap dia buat tak tahu. Malah dia marah orang pula. Ketua rumah kata macam ada yang tak kena. Sebab dia sebut2 orang yg dah balik kampong. Pelik… Malah ketawa dia dah jagi macam mengilai. Kesimpulan… dia dah kena rasuk. So… buka lampu semula. Dia dah berdiri ketawa terbahak2. Dalam situasi tu saya hanya pemerhati. Bukan nak berlagak tapi alhamdulillah…. benda2 mcm ni tak terkesan pada saya. And then sampai tengah malam jugala baru settle. So malam tu di sebabkan kejadian tu, kami di izinkan utk buka lampu sampai pagi.
    Tapi…..
    Baru je nak pejam mata….
    Adik kat sebelah saya pula tiba2 ketawa. Katanya ada benda buat lawak jadi dia ketawa. Lepas tu tak pasal mengangis plak… aku dah penimg kepala. Suruh dia baca apa2 ayat bagi benda tu pergi. Dia kata dia tak boleh baca plak…. aduh… Lepas tu dia mengilai plak. Tadi sorang macam tu… ni lagi sorang. Aduh…tadi dah kene terjah dengan pengetua sekolah sebab bising tgh2 malam… takkan nak kena terjah lagi kot…. akhirnya jam 4 pagi baru settle…. dekat subuh jugala baru tidur. Dalam masa sehari tu…segalanya tiada apa2 macam biasa saja. Yg kena rasuk bila di tanya tak ingat apa2. Itu citer lain. Sekarang citer saya. Lewat petang saya terlelap lepas asar. Tiba2 terjaga sebab terdengar orang kecoh2. Nama2 yg di sebut sepanjang malam yg kerasukan di sebut dah balik ke asrama. Saya bangun tgk pintu yg terbuka luas. Dalam mamai.. saya nampak wajah2 mereka yg di sebut malam tu. Mereka yg sebenarnya berada di kampong yg tidak tahu apa yg terjadi di asrama. Mereka naik rumah saya duduk di tangga dan memandang tajam ke arah saya. Apabila saya kelip mata mereka hilang. Seperti yg saya kata saya nampak dan dengar tapi macam dalam hayalan. Sampai kawan serumah dtg kepada saya dan bertanya kenapa saya termenung mcm pandang aesuatu. Bila saya cerita pada dia, dia kata nama2 yg di sebut malam tu belum balik asrama. Kesudahannya saya di kawal kawan serumah kerana mereka risau kalau saya pula yg kerasukan. Saya memang termenung tapi saya memikirkan apa yang saya alami itu elusi atau realiti. Nak kata realiti, hanya saya yg nampak mereka. Nak kata elusi saya sedar apa yg saya nampak. So that’s it. The end. Saya percaya sebab saya yg alami. Org takan percaya sebab bukan dia yg alami. Seperti yg saya kata awal tadi, pandangan mata yg berbeza. Agaknya kalau tgk depan2 tentu boleh nampak beberapa lagi perbezaan … yg mana benar yg mana pendua.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.