RUGI

RUGI

Masa aku kecik2 dulu , aku teringat lagi masa balik ke kampung .

Sampai je kampung , Baru ingat dapat makan lauk ala ala kampung …

Makcik aku pulak ajak makan diluar ..

“Hari ni tak sempat masak lah , Kita pi makan KFC lah “ Balas Makcik

Jadi kami pun semua pergi ke KFC ,

“ Ok , Hari ni makcik , Belanja ya..” Balas Makcik

Apa lagi , Happy la kami semua ..

Dah Makan. Dah Kenyang ..

Kami pun pulang semula ke rumah

Sampai je dekat rumah ..

Aku mula rasa nak terberon ..

Aku pun berlari la terus ke tandas

Tapi malangnya larian aku terpaku seketika…

“ Hang ni pi mana dok kalut ni ?” Tanya makcik didapur ..

“ Ermmm nak pi berak .. Tak tahan .” Balas Aku

“ Hah! Berak ?” Tanya makcik aku

“ Haah lah , Berak lah , Dah hujung dah ni ..” Balas Aku

“ Hmmmm “ Makcik aku mendengus

“‘Awat ni ?” Tanya aku sambil menggeletis menahan berak

“ Hmmmm , Rugi la , Tadi dah makan banyak .. Lepas tu buang macam tu saja , Kfc dah la mahai tau ….” Balas makcik aku suram

Aku yang berdiri disitu ..

Terkebil2 tak tau nak buat apa …

Kang kalau aku berak , Makcik pulak terasa sebab dia belanja Makan KFC tadi ..

Sambil berdiri , Terkujat aku memikir kan ..

Perlu kah aku berak ?

Atau aku cuba tolakkan ke atas semula…

Akhirnya … Setelah mencuba menahan

Aku lepaskan ia pergi jua…

Dan , Aku selalu jugak tertanya…

Kenapa Orang Utara suka sangat KFC ?

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.