RotaVirus Vaksin , BABI ?

SABAR ! BACA DULU .. IBU BAPA YANG ADA ANAK KECIL , Wajib baca dulu !

CERITA MENARIK TENTANG ROTAVIRUS!

Sekali lagi , Aku terpanggil untuk menulis , Kerja emergency banyak tak siap lagi , Netizen membawang pasal ROTA VIRUS PULAK !Tadi aku dah cerita pasal MMR , Lepas tu aku nampak post pasal ROTAVIRUS BABI , Tak pasal aku kena tulis lagi .

TAK HABIS HABIS BABI DIPERSALAHKAN ,
KAU APA HAL ?

Ok lah aku cerita sedikit pasal Rotavirus .
Kalau nak scientific studies , Sila google to trusted Source .

ROTAVIRUS ..

Rotavirus dijumpai pada awal tahun 1940, Selepas 3 dekad , Bila dah ada teknologi baru lah saintis dapat jumpa dengan jelas rupa Rota virus .

Jenis A, B , C , D , E , F , G , H

Yang selalu jangkit anak kita ni ialah ROTAVIRUS jenis A.

Virus berbentuk bulat , Dalam bahasa latin ‘ Rota’ . Senang nya kau dapat nama hanya kerana kau Bulat .

Yes , Rotavirus Memang 90% punca utama untuk jangkitan perut dan usus kanak kanak.

2 Juta kes penyakit yang disebabkan Rota virus telah dihospitalkan , 500000 Kanak kanak telah didapati meninggal disebabkan jangkitan yang kuat menyebabkan dehidrasi dan kegagalan beberapa organ lain .

Kes ini memang dipandang serius .
Rotavirus ini ada di mana mana , boleh berjangkit dari ( Fecal oral route) Maknanya , Bila tangan kau pegang benda lain , Lepas tu pegang botol anak , Anak isap susu … Atau tangan kau yang kotor , kau pegang buah dada , Kemudian anak isap …atau Barang barang yang tak bersih dan macam macam lagi .

Bila dengar saja perkataan “ PORCINE “ ..
GOLONGAN ANTIVAKSIN dah kelam kabut , Dah macam gunung berapi nak meletup , Atau tsunami 9 tingkat dah ada depan rumah tunggu masa nak menghentam , Atau tiba tiba macam suami dorang curang ada perempuan lain …

Jadi diorang pun war warkan .. Rotavirus ni DNA babi ..

Kesian babi , Dah la tak hensem , Kaki pendek , Hidung tonyok , Badan pink , debab pulak tu … Ekor pun berpintal tak boleh lurus .. Kena hina lagi…

Sejarah “ Rotarix ( GSK) dan ROTAtex ( Merck) .

Mereka ini pengeluar Vaksin Rotavirus , yang dicadangkan oleh World Health Organization pada tahun 2009 untuk mengawal jangkitan Rotavirus yang bermillion tu .2 Dos diambil seawal umur bayi 2bulan , 1 dos lagi pada umur 4 Bulan .

Mereka pun mula lah proses untuk buat Vaksin Rotavirus .

Setelah puas saintis mengkaji bagaimana nak lemahkan Rotavirus , Akhirnya mereka jumpa “ TRYPSIN PORCINE” yang akhirnya boleh digunakan .
Jadi untuk siapkan Vaksin Rotavirus, Mereka terpaksa menggunakan

“ TRYPSIN” ( PORCINE Trypsin)
Enzyme ini datangnya dari Genetik Protein Babi . Kerana tuhan Ciptakan Babi 99% hampir sama Kod DNA dengan manusia .
Setelah puas mengkaji , Hanya Trypsin ini sahaja yang berjaya untuk melumpuhkan virus Rota ini .

Trypsin ialah sejenis ‘enzyme ‘ atau nama lain ‘ perantara ‘ untuk memastikan Rotavirus yang kita nak lemahkan tu berjaya .

Trypsin merupakan enzyme yang dapat merencatkan penghasilan “ Viral MRNA” oleh Rotavirus . Mengelakkan replikasi ( Beranak ) dan Melemahkan dinding protein Virus itu .

Jadi dengan adanya Trypsin , Mereka berjaya menghasilkan Virus Rotavirus yang lemah .

Selepas itu , Produk itu dipanggil semula untuk kajian oleh FDA USA & NVI -National Vaccine institut ( INSTITUT VAKSIN KEBANGSAAN ) Kerana terjumpa Virus Baru dalam produk tu , Yang dinamakan

“ PORCINE CIRCOVIRUS” (PCV)
yang ada dua jenis .
PCV 1 ( Dijumpai dalam produk ROTARIX GSK)
PCV 2 (Dijumpai dalam produk ROTATEX MERCK)

Kedua dua jenis virus ini adalah virus yang hanya dijumpai dalam Babi sahaja. virus ini pula , Memang menjangkiti babi , Tapi amat jarang sekali menyebabkan kemudaratan kepada babi .

Aku pun tak paham kenapa Virus ( PORCINE CIRCOVIRUS) Yang tak beberapa Jahat ni wujud dalam dunia ni .

DALAM masa yang sama ,
mereka pelik bagaimana boleh ada Virus PCV dalam produk ini

Jadi FDA dan NVI panggil Gsk Dan Merck semula untuk buat kajian samada bila wujudnya VIRUS PCV INI , Akan memudaratkan manusia atau tidak., Serta apa kesan jangka masa panjang .

Mereka mengkaji 600 kanak kanak yang telah divaksin dalam tempoh selepas 1-2 bulan disuntik. Dan kemudian di pantau simptom dalam masa beberapa bulan . Untuk melihat jika ada apa apa simptom yang memudaratkan .

HASIL KAJIAN -MENUNJUKKAN ..

1 )Majority Jangkitan PCV Pada kanak kanak adalah NEGATIVE
2 )Hanya satu kes sahaja Positive . Itu pun postive dari sebelum ambil suntikan lagi .3 Case positive tapi dah ada Antibodi .
3 )Tiada simptom yang memudaratkan kanak kanak itu.
4 )VIRUS PCV SUSAH untuk menjangkiti manusia .
5- )Rupa rupanya Virus Pcv yang wujud itu adalah disebabkan penggunaan REAGEN PORCINE TRYPSIN yang DIGUNAKAN untuk melemahkan Virus itu ,sahaja .( Contaminated)

Kesimpulannya

1 – PORCINE TRYPSIN hanyalah menjadi reagen “ PERANTARA “ Untuk melemahkan Rotavirus ,itu Sahaja.
2 – PORCINE VIRUS .

  • Ini adalah Virus , Dia bukan babi . Sebab nama dia ada porcine , tak bermakna dia babi , Dia hanya dijumpai dan menjangkiti Babi . Dia hanya lah Virus comel sahaja.
  • Virus Porcine Circovirus ini pulak , Dia tak boleh memudaratkan manusia .
    Jadi bila PCV 1 dan 2 ini ada dalam produk , Tak mendatangkan apa apa musibah kepada manusia , Sebaliknya Vaksin Rotavirus pula dapat mengurangkan Jangkitan Rotavirus pada lebih 60% kes .Maka ia disambung semula penggunaanya .

Semakin melus penggunaan Vaksin Rotavirus , Dengan kuasa Tuhan , Kes Rotavirus makin lama makin menurun. Kes kematian kanak kanak makin lama makin berkurang .

Tapi ! Kes kematian yang dilaporkan , 50% kes Datangnya dari kanak kanak yang tidak di vaksin dengan Rotavirus .

Mufti Islam Dan juga Yahudi berkongsi pendapat yang sama bahawa , Trypsin itu hanyalah sebagai bahan “ PERANTARA” sahaja !!!untuk melemahkan Rotavirus dan bukanlah Sebahagian Dari Babi yang Haram untuk masuk ke dalam badan Manusia .

Jangan lah disebabkan Nama virus itu
“ PORCINE CIRCOVIRUS” Kau kata dia babi .. Kesian dia .. Dia Virus tau .

Macam “ MALAYAN TIGER “ Dia bukan Melayu .. Dia Harimau tau tak .? Cuma dia dijumpai di Tanah Melayu . macam itu lah .

Paham ke tidak ?

Haihshh Tak habis Habis BABI jadi mangsa.

Budak kecik kalau kena jangkitan RotaVirus .. Nauzubillah .. Kalau boleh elakkan .

Ceret beret , Dehidrasi ekstreme , Boleh membawa maut , Petik jari sahaja .Nyawa boleh terbang begitu saja .Sepantas kilat dehidrasi boleh menyebabkan Maut

Skang dah rasa diri tu bijak tak ?

itu pentingnya kau tau sejarah . Ilmu sains dan jalan cerita , baru lah tak mudah untuk kau diperbodohkan

Dr Yazeed Hair Johari
ESCOBAR DERHAKA
p/s ; Jangan kau berani bodohkan SAKA aku .

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.