RESEPI PLOV TATARSKI

RESEPI PLOV TATARSKI

Ni adalah masakan zaman belajar dulu ,
Setiap hujung minggu , Mesti tak sabar nak ke Pasar ( Rinok ) Untuk makan Makanan asli Orang Tatar di Bumi Crimea ni .

So Hari ni , Entah datang gila , Pagi2 dah teringin . So hari ni aku masak Plov Tatarski .

BAHAN

1 – 400g Daging yang dipotong kiub
2- Sebiji Bawang Hollang Besar
3 – 3 Batang Carrot di potong panjang mancis
4- Sedikit Jintan Putih
5- 2 Bijj Bawang putih yang tak dikopek dan tak dileraikan
6- Kacang kuda yang direndam sejam
7- Beras basmati Pusa gold , Ikut keperluan
8- 1 Piring kismis

Cara cara

1 )Mula mula panaskan minyak
2 )Masukkan daging dan goreng seketika , Kemudian tambah sedikit air panas untuk masak daging supaya lebih empuk
3) Gaul daging sehingga air tersejat , Tinggal minyak sahaja
4 ) Masukkan 2 cubit jintan putih dan Bawang holland yang dihiris halus , Goreng bawang dan daging sehingga bawang keperangan
5 ) Masukkan Carrot , tambah air panas untuk masak carrot lebih lama sehingga lembut .
6 ) Tambah garam secukup rasa / Satu sudu besar garam
7) Masukkan sedikit kacang kuda yang telah direndam dan gaulkan .
8 ) reneh selama 5-10 minit
9 ) Pindahkan kedalam Pot nasi dan ratakan
10) Letak bawang putih di tengah tengah
11) Masukkan beras ikut keperluan , , Jangan digaul , Ratakan dipermukaan atas sahaja
12 ) Masukkan air panas sehingga 1 cm tinggi dari permukaan beras
13) Masukkan 2-3 cubit lagi jintan putih , Beberapa cubit garam secukup rasa dan kismis

14 ) Kalau yang suka nasi kering boleh adjust air , Kalau macam aku suka makan nasi yang sedikit lembik , Letak air lebih sedikit

Tutup pot , Dan tunggu sehingga masak .

Daging dia , Ya rabbi punya lembut , Aroma dia , Memang buat tak sabar nak ngap

Dan makanan ini lagi sedap kalau dimakan dengan Hirisan bawang holland yang direndam sedikit air cuka dan ditabur sedikit servuk cili diatasnya

Rugi tak cuba
Sumpah sedap

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.