RASUK : Sedutan Dari siri TOKNEK

pengalaman tengok orang kena rasuk

Malam tu , Sedang aku tertiarap diatas katil selepas solat maghrib . Pintu aku digegar kuat dari luar .

“ Knock knock knock !!”

“ Zeed buka pintu !!!” Jerit abah dari luar ..

Aku terus melompat dari atas katil , Mula berlari ke arah pintu ..

“ Kenapa ni abah ? Apa yang urgent sangat ?” Tanya aku …

“ Jom ! Kita ke rumah paklong … anak perempuan dia meracau … sepupu kau si Mira tu ..“ Balas abah ..

Aku terus menyarung apa yang ada .. Terus begegas keluar rumah . Abah dan mama sudah pun tunggu didalam kereta .

Kami terus menuju ke rumah paklong yang terletak 30km dari tempat kami .

Paklong tinggal dirumah flat , Sekitar cheras . Tingkat 4 . Tercungap aku berlari naik ke atas ..

Setibanya aku dipintu rumah ..

Satu jeritan yang garau datangnya dari bilik hujung itu amat nyaring dan kuat telah membuatkan aku tersentak seketika ..

Abah sedang menunggu aku dibelakang

Aku menoleh …

“ Abah .. Kata Mira yang meracau ??” Tanya aku

“ yelah , Paklong kau kata si mira lah meracau tu ..” Balas Abah

“ Cuba dengar tu .. Kan suara lelaki ? Garau kan ?” Tanya aku sambil menoleh ke arah abah , Mama pula macam biasa dengan riak wajah risaunya …

“ Dah jom la masuk ..” Balas mama

Aku membuka pintu perlahan …

Kelihatan maklong dan kakak sulung mira , Kak Zara sedang duduk dimeja makan menemai maklong yang kusut dengan keadaan yang terjadi …

Kami terus masuk ke dalam …

“ Zira .. Apa jadi ? Kenapa boleh jadi macam ni ?” Tanya abah pada kak zira

Kak zira ni anak sulung paklong , Anak kedua Si mira … Kemudian anak lelaki ketiga , Wan .

“ Entah lah , Tiba tiba , Lepas azan maghrib … Dia termenung saja dekat balkoni … Sampai lah maklong tegur dia .. Tiba tiba dia terus menjerit … meracau … Paklong dah bawa dia masuk dalam bilik ..” Balas Kak Zira

Masa tu , Aku dah mula berpeluh .. Suara garau yang datang dari dalam bilik hujung itu … Amat menyeramkan ..

Kadang kadang , Tertawa , Kadang kadang terjerit dan kemudian menangis .

Abah terus menarik baju aku , Mengikutinya masuk ke dalam bilik hujung itu …

Abah mula membuka pintu ..

Paklong hanya mampu duduk ditepi membaca beberapa surah ….

Kaki dan tangan mira diikat dengan kain disetiap hujung bucu katil …

Tiba tiba …

Mira mula mengangkat kepalanya , Sambil tersengih … Kemudian tertawa .. suaranya semakin garau ….

“ Ha ha ha !!! si jahil ni yang kau panggil ? Tak ada orang yang lebih hebat ??” Haha hahah haha !!!” jerit mira ..

Aku dah mula terpaku pada pintu masuk ..

Abah berjalan kearah pak long …

Mereka mula membaca surah …

Aku pula , teringat masa di asrama sebelum ni , Ustaz aku pernah bacakan surah 3 Kul sambil memicit ibu jari kanan kawan aku yang tiba tiba meracau …

Aku mula memicit jari ibunya …

“ Hoii !! Si bodoh !! Kau buat apa !!!” Jerit mira ke arah aku … Jeritan yang amat kuat .. Mula membuatkan hati aku semakin goyah ..

Mira mula meronta …

Aku memulakan surah 3kul …

Sambil memicit ibu jari mira , Sekuat hati …

Tiba tiba …

Mira terdiam …

Aku mula tersentak … Kehairanan

“ Apa hal ni ? aku berjaya ke ?”bisin hati

Paklong dan Abah memandang ke arah aku …

Aku mula tersenyum bangga …

Sambil menjengket bahu …tersenyum

“ Ha ha ha !!! hahahahah !!!” Mira mula gelak terbahak bahak …

“ Bodoh !! Tajwid pun salah !! Si bodoh mana kau kutip ni !!!” Jerit mira , Terbahak bahak …” hargh hargh hargh !!!”

Aku terus membuka kopiah dikepala , Terus keluar dari bilik itu ..

“ Apahal pulak tajwid aku salah , Aku kenal lah mat arep lisukun !!” Bisik hati ….

penuh kepasrahan setelah dimaki dan dicaci

Tiba tiba ….

Dari jauh ..

Sambil mak long menjerit !

“ Ziraaa!!! Kau nak pergi mana tu !!!”

Aku melihat kak zira , Mula berjalan perlahan ke arah balkoni , Dan mula mengangkat kaki nya … memanjat balkoni itu ….

Ya allah !!!!!

Sambungan …

Siri TokNek

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.