RAMAI IBU BAPA MENJADI PUNCA TANGAN ANAK TERSELIUH

Ramai IbuBapa diluar sana Tak Sedar Tentang

“ PULLED ELBOW / NURSEMAID ELBOW DISLOCATION “

Kadang2 Selalu juga aku perasan cara ibu bapak pimpin tangan anak anak dorang , Tak kira dekat mall atau dekat taman permainan …

Nak tegur kang , Kita pulak kena pekik

Kau tau lah perangai orang kita , Tak boleh ditegur .. So aku buat diam je lah …

Jadi hari ni aku nak share skit , Biar ramai lebih ambil perhatian dan berwaspada ..

Lebih lebih lagi bila kanak2 sedang merengek / Tantrum ..

Apatah lagi jenis meragam berguling2 atas lantai

Ramai ibu bapa yang hilang sabar , Terus rentap tangan anak dari bawah dengan teknik yang salah

Kadang2 nampak sedikit kasar , Biasalah tengah marah …

Ada juga parent yang hayun anak dalam paksi pusingan . Macam helikopter tu . selalu kita nampak dekat taman2 permainan .

Renjatan tangan anak secara kuat dan paksa amat berbahaya. Boleh Menyebab kan

“ Pulled Elbow , Atau nama lainnya Nursemaid,s. Elbow Dislocation “

Kalau nak Senang paham dalam bahasa mudah iaitu

“ Terseliuh Lengan “

So , Korang boleh refer dalam gambar ..

Selain dari jatuh atau kemalangan .

1 – Improper lifting ( Cara angkat yang salah )

2- Force Pulled ( Rentapan yang kuat )

Merupakan penyumbang utama terseliuh lengan kanak kanak seawal umur kurang dari 6 tahun


Kebanyakkan Kes berlaku pada umur

1-4 Tahun , Dan ada juga yang berlaku semasa umur 5-6 tahun . Tapi sangat jarang .

Fenomena ini boleh berlaku apabila ,

Ligamen yang memegang tulang ulnar dan radius , Ditarik dan kemudian tersekat di celah Antara kepala tulang radius dan penhujung tulang Humerus .

Simptom

1- Sekatan ini menyebabkan kanak2 akan terus meraung kesakitan .

2- Tidak mahu tangannya disentuh .

3- Kanak 2 akan Mengekalkan keadaan selesa tangan yang tercedera .

So senang cerita , Lepas kau ter “ Rentap “ Tangan anak , Tiba2 dia menangis , meraung berkali kali , Cepat2 ke hospital untuk lalkukan “ Reduction “ / Manipulation. Tak perlu tunggu simptom lain

Dengan kaedah

1- Hyperpronation or

2- Supination and Flexion Method

Tapi tak perlulah aku terangkan cara ni lebih detail , Sebab aku taknak korang rawat sendiri . Kejap lagi habis twisted ligamen budak tu .

Kalau ikutkan Pulled Elbow ni tak perlu xray , Untuk diagnos .

Tapi dengan teknologi zaman sekarang , Bagus kita buat xray untuk periksa jika ada Tulang yang retak .

Selepas rawatan , Kanak2 akan dibalut untuk elakkan geseran .

Dalam masa 24 jam korang boleh observe anak , bagaimana mereka Guna kan tangan mereka . Kalau mereka dah selesa pegang cawan atau permainan . Maknanya mereka dah selesa .

Kalau lepas 24 jam , Masih tak gunakan tangan yang cedera tadi tu , Maknanya perlu rawatan lebih lanjut . Korang kena bawa jumpa doktor ortopedik

Jika tak ada tulang patah atau retak ..

Usually ligamen yang terkoyak tu perlukan masa untuk sembuh bergantung pada tahap renjatan dan recovery

Selalunya dalam 1-2 minggu

Jadi .. Bagai mana nak elakkan .

Ingat !!

Rule No 1

⁃ Kalau nak angkat anak , Pastikan pegang pada ketiak mereka .

Tak kira lah anak kau berguling ka , Menggelupur macam mana sekali pun .

Always hold by Armpit .

Dan Jangan “ Swing “ Hayun anak di bawah umur 5 tahun macam pusing helikopter tu .

Sebelum terkena , Baik beringat

Jadi korang boleh share dan tag suami isteri , Kawan2 . skali dengan tok nenek .

Kadang2 aku tengok tok nenek yang jenis kuat lagi ni . Depa suka hayun tangan budak2 bila bermain dan bergurau

Aku harap Ilmu di dapat beri manfaat dan peringatan kepada orang lain

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.