Masih segar lagi diingatan , Malam tu bila berita umumkan Pkp Dilonggarkan …
Masa tu Aku masih lagi bertugas sebagai doktor di CMSA
(Covid Mass Screening Area ) HKL ..
Memang kes dah makin berkurangan ..
Aku tengok dalam televisyen …
Pesanan dari salah seorang Menteri ..
“ Pkp telah dilonggarkan , Ekonomi Negara telah terjejas teruk disebabkan wabak covid , Dengan ini .. Perniagaan boleh dijalan kan semula , Segala aktiviti dibenarkan … Dan WAJIB MEMATUHI SOP ..”
Masa tu , Aku tak setuju .. Tapi aku faham , Kalau ekonomi negara lumpuh pun .. Tak bagus juga ..
Dan pesanan terakhir ..Yang aku lihat ditelevisyen masa tu..
“ Kami berharap , Warga KKM dan frontliner lain dapat berkerja keras , Sebaik mungkin untuk Membendung wabak ini ..”
Sangat jelas dan aku masih ingat pesanan ni …
Warga KKM dan juga badan yang lain , Dah habis berhempas pulas ..
Sampai kan MA ( Medical Assistant ) Dan PKP ( Pembantu perubatan ) Pun kena kerja Double dan triple shift ..
Anak bini terabai dekat rumah . Ada yang tidur di hospital ..
This is real .. kalau tak percaya korang boleh tanya semua penjawat kkm yang berdepan dengan covid screening ni masa tu
Malah sampai sekarang , Mereka masih standby untuk wabak ini …
Keadaan mula reda .. Setiap kluster baru dapat di kesan dan ditangani ..
Walaupun ada segelintir kes import , Tapi masih lagi boleh dikawal ..
Sehinggalah , Pilihanraya besar baru baru ni ..
Beberapa menteri kenamaan positif dijangkiti Sars Cov 2 ni …
Kenapa ? Kenapa time macam ni , Dikala orang lain yang baru nak struggle semua bina bisnes mereka , Yang baru nak recover dari kesesakan kewangan , Masa ni jugak kau nak berkempen dan pilihan raya ?
Kalau Para Menteri yang bertauliah ni semua tak tunjukkan contoh … Siapa lagi ?
Kalau menteri ni semua tak ambil serius perkara ni , Kau rasa rakyat pun tak terikut ?
Rakyat tengok menteri bebas sesuka hati , Diorang ikut je lah ..
Walaupun ada segelintir rakyat yang masih pandang serius isu ni , Namun ada juga rakyat yang terikut ikut …
Bila dah jadi macam ni ..
Apa kata menteri ?
Follow Lah SOP !
Habis tu , Driver sekolah , Penjaja jalanan , Pengusaha warung kecil kecilan , Bisnes taska , Cikgu sekolah swasta , apa lagi ? U name it ..
Dorang ni semua baru nak bernafas semula
Tak pasal2 kena pkpb semula
2 minggu bukan tempoh yang sekejap
Hutang loan dah wajib bayar semula , Habis diorang ni nak bayar loan , Bisnes semua tak jalan , Nak korek duit dekat mana ?
Bukan aku nak halang , Pkpb memang wajib diadakan semula untuk tangani wabak yanh sedang meningkat ni ..
Paling tinggi dalam sejarah !
Tapi apa yang aku kesal , Kerana menteri2 ni semua sebok nak berkempen , Orang lain pula yang kena tanggung semula …
Pkp amat menyakitkan
Ramai diluar sana yang masih kais pagi makan pagi
Bila dah ada pkpb semua orang dah takut , Dan stay at home it adalah the best option
So bila semua dekat rumah , Peniaga semua nak jual apa ? Income nak masuk celah mana lagi ?
Rakyat yang kena tanggung ke semua ni ?
Tadi tengah hari aku nak tapau lauk ..
Kedai makcik belakang tu .. Lauk banyak ..
Tapi Tak bersentuh !
Tak ada orang datang beli , Semua dah takut sebab kes meningkat ..
Lauk2 yang dah dimasak , Tak terjual , Jadi apa ?
Income dia hari ni macam mana ?
Tujuan aku tulis ni …
In future .. Tolong lah pikir sama .. This is not the right time yet untuk berpolitik
Apa jadi pada jiran kita diindonesia .. ?
Boleh tak jadi kan contoh ?
Baru2 ni KKM perlukan volunteer untuk ke sabah , Tak cukup kakitangan …
Orang lain perlu gadaikan nyawa sekali lagi ?
Dan perkara yang paling aku benci sekali
Adalah pesanan terakhir tempoh hari
“ Kita berharap warga KKM dapat berkerja keras membendung wabak covid 19 ini …”
Berkerja keras macam mana lagi !!!!????
Aku berharap warga KKM tabah menghadapi situasi ini
Its not easy , Ive been there , Done that
Share dan tag kawan kawan yang sedang berjuang , Warga KKM dan frontliners yang lain … Semoga hampa semua selamat berjuang .
Orang lain buat pasal , Rakyat yang kena gadai nyawa ..
Aku doakan Syahid dan syurga layak untuk korang semua .