RAGAM

SIRI RAGAM PESAKIT

”TERGANTUNG”

Masa jaga Green zone dulu dekat Hospital Besar JB .

Tepat jam 2Pagi ke atas ,

Pastinya kau akan didatangi oleh beberapa pesakit yang betul2 sedang bermasalah , Ada juga yang memberi masalah .

“ Yes cik , Apa yang dapat saya bantu cik…?” Tanya aku

“ Ermm .. Sebenarnya .. “ Balas cik tadi

“ Sebenarnya apa ? Ok sebelum tu saya nak tanya.. Cik dah berkahwin atau masih bujang ?” Tanya aku

“ Kenapa tanya macam tu doktor ?”. tanya cik tadi

“ Ya lah , Kalau awak bujang , Mungkin saya boleh kaitkan dengan isu kerja , Sosial aktiviti , Dan sebagainya , Kalau cik dah berkahwin , Mungkin saya boleh kaitkan dengan isu rumah tangga , dan sebagainya ..” balas aku ..

“ ohh , Saya masih bujang doktor ..” balas cik tadi

Jadi tepatlah jangkaan aku ..

Nampak masih muda dan bujang …

“ Ok sebenarnya apa masalah cik ?” tanya aku lagi

“ Saya nak cakap pun susah ..” balas cik tadi

“ Ok cuba senang kan .. Supaya mudah saya paham .. Ada sakit mana ,? Demam ? Ceret ? Tak datang Haid ?, Atau apa apa lagi ?” Tanya aku …

“ erm , Semua ok .. Cuma rasa macam sesuatu yang tak kena ..” balas cik tadi

Aku mula rasa macam aku mula nak demam …

Namun aku tetap bertabah untuk membantu ..

“ Ok , Apakah sesuatu itu ? Perasaan ? Atau lain lain ?” Tanya aku lagi

“ Lebih kurang lah ..” Balas cik tadi

Mendengar jawapan sebegini , Membuatkan perasaan tadi yang nak demam , Kini mula nak rasa sawan …

Namun aku tetap bertabah sekali lagi …

Aku teruskan juga dengan penuh sabar …

“ Lebih kurang yang mana satu ?” Tanya aku

“ Tu lah .. Saya nak cerita pun susah ..” Balas cik tadi..

Kini , Aku mula melihat keliling ..

Aku mula rasakan … Dugaan ini datang dengan hebatnya ..

Bagaikan aku dilambung lambung ke udara , Dan dijatuhkan semula ke atas lantai batu yang amat keras ..

Menyebabkan aku mula berdarah otak ..

Aku cuba bertabah lagi ..

Kali ini aku menggunakan segala keimanan yang tak beberapa nak ada … Untuk meneruskan jua misi merawat pesakit …

Yang datang pada jam 2 pagi ..

“ Ok lah macam ni , Kalau cik tak nak cerita … Saya tak dapat bantu , Ada pesakit lain juga tunggu ni .. “ Balas aku

“ Saya kan sedang ada masalah ni ..” balas cik ni lagi ..

“ Kau ni , Muka nasib baik cun … Boleh lah aku nak menghadap seminit dua lagi ..” bisik hati

“ Ye lah , Saya paham , Kalau cik ada masalah , Kena lah cerita , Kalau tak , Macam mana saya nak tahu .. Saya bukan ahli nujum …” balas aku

“ Saya tak tahu macam mana nak mula ..” balas cik tadi ..

oh my god , Kesabaran makin tipis , 2 pagi dah mula jadi 2:30 pagi …

Mata makin kuyu , Kudrat sabar makin berkurangan …

“ Saya mintak tolong sangat , Apa kata cik keluar dulu , fikirkan dulu .. Nanti dah dapat masalahnya , Cik masuk balik bilik saya bila bila masa saja ok ?” Balas aku ..

“ ok lah … Nanti saya fikirkan dulu” Balas cik tadi ..

“ baik , Nanti dah dapat fikir , Masuk je bilik saya balik ok ? cik keluar dulu …” balas aku perlahan menahan kesabaran ..

Wanita itu pun bangun … Perlahan .. Menunduk ke bawah .. Berjalan ke pintu luar … Dan menutup pintu dari luar ..

Aku pun bangun , Meloncat .. Menggeliatkan badan dan segala sendi …

“ Ya allah apakah ini …” bisik hati ..

Sambil berdiri , Mengangkat kedua tangan , Mula menadah tangan untuk berdoa ..

Semasa aku didalam posisi itu ,

“ Krakkk …” …

Satu bunyian dari belakang ..

Bunyian pintu terbuka ..

Aku terus menoleh kebelakang , Dalam keadaan kedua belah tangan ku tercanak keudara menadah doa ….

“ Doktor .. Buat apa tu ?”
tanya cik tadi

“ oh … Saya sedang bersenam sedikit , cara cara membuat terjunan ke dalam kolam ..” balas aku …

Cik tadi tercegat ..

Bunyi “ Krik krik krik “ Mula terngian ngian didalam bilik itu …

“”.. Tapi boleh saya masuk ?” tanya cik tadi

“ Boleh , Dah dapat apa masalahnya ..?” Tanya aku ..

Cik tadi pun berjalan perlahan …

Duduk di sisi , Aku pun mula duduk semula ..

“ Jatuh saham aku … Dengan posisi macam tu , Dia nampak pulak ..” bisik hati ..

“ Ok cuba cerita … apa masalahnya ..” tanya aku

“ Saya rasa , Saya sakit mental …” balas cik tu ..

“ Sakit mental macam mana ?” Tanya aku lagi kini memberi sepenuh perhatian ..

“ Saya tak sanggup menahan perasaan kesunyian .. Saya kesunyian …” balas cik tadi

Mata aku terbeliak ….

“ Kesunyian ? Disini tak ada keluarga ? Tak ada boyfriend ke ? Tak ada kawan ?” tanya aku ..

“ Keluarga di melaka .. saya menyewa dengan penyewa yang lain , Tak rapat sangat , …” balas cik ..

“ Tapi ..”… balas cik tadi perlahan

“ Tapi apa ?”

“ Tapi saya ada boyfriend ..” balas cik tadi ..

“ hah ! Baguslah .. Kenapa tak pergi dating ke atau call boyfriend ke luahkan perasaan ?” tanya aku

“ Masalahnya … Dua hari lepas kami bergaduh .. Lepas tu dah dua hari dia tak reply mesej saya , Call pun tak berangkat …. Saya stress menahan perasaan macam ni .. Rasa Tergantung ..” Balas cik tadi …

Kini , Bukan lagi Demam ,
Bukan lagi sawan
Bukan lagi otak berdarah ..

Kini aku rasa macam nak hantar notis berhenti kerja 24 jam …..

Aku nak pesan sikit .. Kalau korang ni , Pasangan , Suami isteri .. atau selainnya ..

Kalau ada masalah tu , Cepat cepat la selesaikan …

Perasaan Tergantung itu , amat menyiksakan ..
Siksaan kerana menantikan satu jawapan yang tak pasti …

Kalau pasangan anda jenis yang pasif , Yang lemah emosinya ..

Pastinya akan melarat ..

Melarat sebagai..

Pesakit Mental ..

Banyak lagi pengalam aku yang berbaur begini .

Lepas ni aku cerita pula ,

Ragam seorang lelaki yang datang pada Jam 4 Pagi .. Selepas menonton Video CD ..

Nak tahu ?

Komen F .

siriragampesakit

Dr Yazeed Hair Johari

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.