PULANG SHIFT MALAM

PULANG SHIFT MALAM

kisah ni , Dari kawan aku ,

Alia , Ni seorang Nurse .. ada satu malam tu , Dia balik rumah lepas shift malam .

Husband dia memang dah ada dirumah , Balik awal ,

Dorang tak ada anak lagi .Maka kehidupan mereka hanyalah berdua .

Entah kenapa malam tu , Alia penat sangat … Dia pun ajak husband dia masuk tidur ..Lebih kurang jam 10 malam …

Lewat pagi ,

Tiba tiba , Alia dengar macam ada orang ketuk tingkap bilik dia . Tingkap bilkm dia tu atas kepala je ..

Tapi , Alia ni tinggal rumah Apartment . Masakan ada orang boleh berdiri di luar dan ketuk tingkap kan

aggapannya .. Mungkin burung hinggap di tepian tingkap .. Alia cuba abaikan

Tak lama lepas tu , Bunyian ketukan pada tingkap muncul lagi …

Alia terus bangun , Selak langsir ..

Tak ada apa apa …

Alia baring semula …

Tak lama selepas tu …

Ketukan datang lagi …
Tapi kali ni bawah katil …

“ Knock knock ..”

Alia cuba pejam kan mata …

Bunyi itu semakin lama semakin menggangu ….

Tapi sudah pasti alia tak berani nak turun katil dan selak …

Jadi Alia ambil keputusan untuk terus menoleh kearah suaminya …

Tiba tiba , Ada dengusan suara datang pada telinga belakangnnya ……

“ Aliaaa…Aliaa…”

“ Aliaaaaa…”

Alia tak mampu bertahan lagi , Hati dah mula goyah , Jantung dah mula kencang .

Alia terus peluk suaminya yang sedang tidur membelakanginya itu …

Sambil alia membaca surah tercungap cungap …

“ Abang bangun .. Abang bangun !!!”

Suaminya bagaikan terjaga … Memeluk erat alia tanpa berkata apa apa ..
Lalu .. Mengusap rambutnya …

Tiba tiba…

Datang sekali lagi bisikan pada telinga alia …

Tapi Kali ini dari mulut suaminya sendiri …

“ Aliaaa …..”

Alia mula terpaku , dengan Bunyian suara itu ….

Namun matanya mula tertumpu pada sinaran cahaya yang datang dari celahan pintu biliknya itu ..

Pintu biliknya tidak tertutup rapat ..

Alia menoleh kearah luar …

Melihatkan …
Suaminya yang sedang berjalan memegang segelas cawan … mundar mandir diluar

Alia terus memejamkan matanya dan menjerit …
Namun Tidak berjaya …

Badannya kaku dan keras ..

Matanya tertumpu pada satu jasad yang gelap tidak berawajah …

Bagai dihimpit ..alia tidak mampu bergerak kemana mana …

Sehinggalah … Alia lemah , tertidur sehingga esok pagi …

“ Semalam abang tido pukul berapa ?” tanya alia

“ Semalam , Abang tak boleh tidur , Abang keluar semula dari bilik , lepak dekat ruang tamu tengok bola , Sampai subuh …abang kejut awak untuk subuh banyak kali , Awak tak terjaga … Mungkin awak tak sihat kot ..” Balas suami alia …

Sampai sekarang , Alia masih tak faham …

Kenapa benda tu datang kacau malam tu

Tapi apa yang pasti ..Bila alia cuba ingat semula …

Sebelum Alia balik dari hospital , Alia ada singgah bilik mayat …

Untuk hantar beberapa sample dari ward …

Tiba sahaja dirumah , Alia terus masuk ,
Tak baca ayat suci …

mungkin lah itu salah satu puncanya …

Sebab tu kalau aku balik dari oncall atau shift malam ..

Sebelum keluar kereta , Aku dah baca surah sebelum masuk kuarters

Takut kadang kadang dia suka ikut balik ….

Kalau sekali dia dah ikut balik

Nak nak pula kalau dia dah berkenan

Susah nak halau …..

Wallahualam

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.