Tajuk – Pulang Malam

Nama aku Saleh , Aku merupakan seorang juruxray di salah sebuah hospital daerah Utara. Aku baru sahaja dipindahkan ke hospital ini , Aku bersyukur kerana berjaya menyewa rumah yang terletak berdekatan dengan tempat kerja . Hari ini adalah hari pertama aku bekerja dihospital itu . Apa yang bakal berlaku , Tidak pernah aku sangkal sama sekali akan terjadi dalam hidupku .
Masih segar lagi dalam ingatan , Hari itu , Adalah hari pertama aku bekerja .Seperti biasa , Sebagai junior.. Aku perlu bekerja lebih masa untuk menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru .
Jam 12 Malam , Kerja sudah habis dibereskan. Mata dah mula layu , Aku menguap berkali kali .Penat bukan kepalang. Iyalah… , Bukan senang nak sesuaikan diri di tempat baru . Berlari kesana kemari , Cuba sesuaikan diri …
Aku berjalan keluar dari hospital . Malam yang agak mendung , Angin menderu kuat , Kelihatan rimbunan pokok pokok ditepi jalan mula condong beralun …
Agak sejuk malam tu ….
Sunyi …..
Tiada motor atau kenderaan yang lalu lalang, Maklumlah.. Kawasan terpencil …
Kehidupan malam lebih hambar dari suasana di bandar ..
Aku cuba menyesuaikan diri
Tiupan angin semakin kencang …
Malam kian suram ..
Suasana semakin sejuk ..
Aku mula memeluk tubuh …
Sunyi …
Sepi …
Kelam …
Apa yang aku masih ingat
Tiada lansung bunyian serangga
Aneh ….
Aku rasakan bagai ada sesuatu yang tak kena …. Entah kenapa …
Perasaan aku mula gundah …
Perjalanan aku terhenti seketika …Disaat aku seolah olah dapat merasakan bagai ada sesuati yang mengekori aku dari belakang ….
Aku lihat sekeliling … Tiada apa apa …
Sunyi seperti sedia kala ..
hanya gelap , bersama sedikit biasan cahaya bulan …
Namun perasaan ini masih bergelora ..
Walaupun Aku tidak dapat melihat …
Namun kehadirannya masih dapat dirasakan ….
Aku teruskan perjalanan ….
Jarak dari hospital ke rumah sewa ku yang baru … Lebih kurang 1 Kilometer .
10-15 minit berjalan kaki .
Semakin aku berjalan , Semakin jauh rasanya …
Rumah aku masih lagi tidak kelihatan .
Aku sendiri , Berseorangan .. Hanya ditemani bunyian tapak kasut yang bergeser dengan tapak jalan….
Srettt
Srett….
tiba tiba
“ Fuhhhhh”
Satu bunyian yang datang …
Tepat di telinga kanan ku
Bagaikan satu tiupan …
Mata aku mula terbeliak
perjalanan ku terhenti
Bagaikan di sentak …
Aku mula menoleh kiri dan kanan …
“ ish… Biar betul … Apa benda ni yang tiup telinga aku ni …” Bisik hati
Kedua belah tangan , Masih Erat memeluk tubuh … Aku mula menggeletar … Seperti yang aku katakan …. Kehadirannya tidak dapat dilihat .. Namun dapat dirasakan ….
“ Ish tak boleh jadi ni … Nak lari atau nak jalan macam biasa? .. Lain betul rasa malam ni …. “ Bisik hati
Benak minda ku mula memikirkan segala imaginasi yang tidak aku mahukan ..
Aku mula melangkah dengan lebih pantas ..
Sambil Aku menoleh ke belakang ….
Jiwa mula goyah … Perasaan aku semakin bergelora … Aku semakin resah
“ Mana rumah aku ni !!! Tak mungkin aku salah jalan .!” Bebel aku berkali kali
“ Ya tuhan ! Tolong lah aku !!! Kenapa aku rasa lain sangat ni ….” Bisik hati sambil terkumat kamit aku membaca surah yang terlintas diingatan ….
“ tettttttt!!!”
satu bunyian yang sangat nyaring ..
Tiba tiba berdesing , Menyucuk gegendang kedua belah telinga ku
Aku mula menutup telinga , cuba menahan nyaringnya frekuensi bunyian itu…
“ Arghhhh “ Sambil aku menjerit menutup mata …
Langkah aku pegun secara tiba tiba ..
Tak disangka .
Aku bagaikan tidak mampu lagi mengatur langkah
Aku berdiri kaku disitu …
Bunyian nyaring tadi mula hilang ..
Aku buka kan mata….
Aku mula melangkah ..
Tidak berjaya ..
Aku masih lagi kaku …
Terpaku dalam kegelapan itu
Namun , Mata aku mula tertarik pada sesuatu dicelahan pokok itu …
Aku mula mengecilkan mata ..
Aku bagaikan tidak percaya apa yang aku lihatkan ..
Sebujur kelibat putih yang berdiri pada celahan pokok itu … Yang Kabur pada mulanya ..
Aku menggosokkan mata ku semula
“ Ish … Imaginasi aku je ni … Jangan tengok lagi !” Desak hati
Namun .. Aku tumpas
Kerana desakan hati lebih kuat dari minda
Aku mendongak semula ..
Kali ini lebih jelas ….
tidak pernah aku sangka…
Malam itu .. Akhirnya .. Aku bersemuka dengan dia …
Kelibat yang serba serbinya putih ….
Berambut panjang …. Disebalik celahan pokok itu … mula menunjukkan dirinya …
Bersama tiupan angin yang semakin kencang , Dengan keadaan aku yang terpaku disitu ….
Aku tidak mampu berlari ..
Bahkan Kali ini , Aku tidak mampu menjerit …
Segalanya hilang dari kawalan …
Itulah kali terakhir yang aku ingat ..
Aku akhirnya tumpas …
penglihatan ku mula kabur … Dan kemudiannya gelap …
Aku dikejutkan oleh orang kampung pada keesokkan paginya ..
Sehingga sekarang ..
Aku masih lagi tidak tahu … Apa puncanya kejadian malam itu …
Aku telah diperiksa oleh doktor
Namun aku diberitahu ..
Semuanya normal sahaja …
Kata Haji Seman …
Ketua Juru Xray yang sudah lama bekerja disitu …
“ Mungkin ada benda yang mengikutmu dari hospital malam tu … Budak baru kan .. Biasalah ….tak kenal lagi … “
Mungkin benar apa yang Haji Seman katakan , Atau ianya hanya kebetulan
Sehinggalah ..
Pada Keesokkan harinya …
Aku pulang lewat malam lagi ….
Setiap detik
Dan Sehingga kini
Aku masih lagi dihantui .
Tolonglah aku ……..
Pulang Malam
Tulisan Dr Yazeed Hairi
dryazeedhairi.com
Ok serammm
hi
Ok dr..seram cuma sy rasa kisah yg din bgai..tu lagi seram n xsabar dr sambung kisahnye