“ POLIS ESCORT “

“ POLIS ESCORT “

Hari ni , Tak sangka berlaku depan mata .Bila orang cerita kadang2 kita tak percaya . Tapi hari terkejut pun ada , Bagaikan tak percaya .

Pertama sekali , Aku nak menegaskan , Aku ada ramai kawan polis . Tujuan post ini adalah bukan untuk merendahkah martabat Polis . Kawan kawan aku yang lain , Semua elok elok belaka . Dalam setandan pisang , Pasti ada yang busuk ..

Tak kira lah kena tahan dengan roadblock ke , Tepi jalan ke , So far yang aku jumpa semuanya pandai hormat orang lain .

Kadang kadang , Ada juga yang kata

“ Bang japgi belanja ekzos skit” Haha .

Berbalik pada cerita utama..

Aku dalam perjalanan pulang ke KL dari Johor ,

Tiba tiba ada satu polis escort bermotosikal , Memberi arahan untuk ketepi .. Diiringi Van Mewah berwarna hitam gelap , Dibelakangnya sebiji kereta escort sebagai “ last Car”

Kedua dua kenderaan ini menyalakan lampu “ Hazard light “ Atau lampu kecemasan .

Aku pun ketepi , membiarkan mereka lepas , Kemudian aku masuk ke laluan semula , Aku mengekalkan jarak lebih kurang 200Meter dari mereka di laluan paling kanan .

Ye lah , Habis tu takkan aku mereput nak duduk lane tengah . Aku pulak kebetulan wife yang baru lepas bersalin ni sakit perut . Tapi aku kekalkan jarak itu . Aku pun nak cepat jugak , Malam ni nak Sunat kan ramai budak.

Perjalanan lancar , Kemudian banyak kereta yang mengikut dari belakang aku .

Tiba tiba , Ada sorang mamat ni mengeluarkan kepalanya dari kereta “ Last Car” sambil mengeluarkan telefonnya menghala ke arah aku , Kononnya tangkap gambar atau buat video . tak tahulah …. dan , Pandang ke arah aku dengan raut muka yang kurang senang , Mengarah kan aku ke lane tengah .

Ok fine.. Mungkin aku tak tahu undang undang berapa jarak patut aku kekalkan dari belakang escort .Tapi yang pasti , lebih kurang jarak 3 -4 kenderaan .

Tapi , jarak aku jauh , Bukan aku menyondol mereka pun . Mungkin bunyi ekzos aku agak kuat menyebabkan mereka rasa aku hampir dengan mereka.

Namun ..

Aku mengalah , Aku pun masuk semula ke laluan tengah , Sementara tu kereta di belakang ku , Memotong dan mengekori escort tu .

Escort motosikal dihadapan pula sedang mengarahkan sebiji kereta honda city untuk pergi ke tengah . Namun aku nampak pemandu kenderaan itu cuba untuk masuk ke laluan tengah .. tapi agak lambat , Mungkin dia perlukan masa dan jarak yang tertentu untuk menukar laluan dengan selamat .

Disebabkan kelambatan kereta honda city itu , Kereta “ Last car” Tadi memintas ..

Dan yang paling aku tak percaya ..

“ Ada satu tangan dari tempat duduk hadapan , sedang memegang botol mineral water , Lalu botol itu dicampak ke arah kereta honda city tadi , Kena cermin depan kereta nya , kemudian melantun kena pada kereta yang lain disebelah kirinya .”

Terkejut , Pemandu honda city tadi pun cuba mengelak , Kereta yang dipandunya menyeret kiri dan kanan . Pemandu honda itu kemudian cuba mengejar “ Last car” tadi .. Mungkin perasaan marah dilayan sebegitu rupa ..
Tapi akhirnya dia mengalah .

Aku pun memintas kereta honda city tu, aku menoleh . Pemandu itu lelaki tua

Mungkin salah aku juga ikut belakang , Sampai dia nak keluar kepala marah marah .. Lagipun aku pandu dengan jarak jauh . Tapi dari segi undang undang , Berapa jarak patut dikekalkan di belakang “ Last car” escort . ?Takkan kau expect aku nak mereput slow dekat lane tengah .

Dulu aku pun dah biasa bawa pesakit naik ambulans . Memang ada kereta yang ikut dibelakang ambulans . Tapi aku kena pastikan pemandu ambulans itu mengawal jarak nya dengan kereta hadapan lebih selamat .

Jika kita nak kereta depan beri laluan , Kita nyalakan siren , Kemudian kita gunakan alat pembesar suara .

“ Minta tolong beri laluan “

Kena guna ayat “ Minta tolong” Sebab jalan itu bukan mak bapak kau punya walaupun kecemasan tahap mana sekali pun .

Jika kau lihat gambar di bawah , Betapa sopannya kumpulan escort Jepun . Menundukkan muka , Meminta laluan dari pengguna jalan raya yang lain .

Bila kau ada kuasa , Sedikit kuasa .. Kau dah mula layan orang lain macam sampah .

KALAU KAU MENTERI SEKALI PUN , Kau kena ajar pegawai yang escort kau tu .

Kalau kau baca ni , Aku harap kau buka mata , Kau cuba lihat diri kau , Kuasa kau besar mana .

Baru kau faham . Apa itu Respect.

Kang aku hantar saka kang , Porak peranda hidup kau nanti .

Kau ingat …

KAU SIAPA ?

DR YAZEED HAIR JOHARI
TUKANG BEDAH SUNAT CUTI SEKOLAH

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.