PESAN PART 2 (AKHIR)

PESAN EPISOD 2(AKHIR)

Tiba tiba …
“ krekkk”
Pintu tingkap diatas kepala aku terbuka …

Mata aku mula terbeliak mendengarkan bunyian itu …

Satu suara yang datang dari tingkap itu ..
Mengusik aku …

Aku mula tak keruan
Jantung mula berdegup laju ..

Kedua tempurung lutut aku mula menggeletar…

“ Krekkkk ..” Bunyian tingkap itu sekali lagi berbunyi

“ Hishh … takkan ada orang terjaga time ni ? Tapi lampu masih gelap ?” Bisik hati terus meneka …

Aku lihat sekeliling …
Kawasan taman perumahan yang sunyi
Gelap serba serbi

Bila aku lihatkan pada kereta dihadapan aku ..

Aku calitkan sedikit pada jari ..

“ Berhabuk , Nampak macam tak ada orang tinggal sini , “ Bisik hati

Tiba tiba ….
Aku mula terdengar tombol pintu dipulaskan ..

Masa tu , Darah dah mula naik ke atas ..
Berat rasanya otak , Apatah lagi dengan meremangnya segala bulu yang ada …

Kebas satu badan ..

Perlahan , Pintu itu dibuka …

“ Alamak !! Ada orang !!” Bisik hati

Aku terus bangkit , untuk mula kan larian .
Malangnya baju aku tersangkut pada besi pada sebelah rak kasut itu …

Aku tersekat , Dan terduduk semula kebelakang …

Sebujur kelibat , Berkain , BerBaju putih , Rambut botak ditengah , Misai tebal putih dibibir … Sedang berdiri tegak dihadapan aku …dibiasi lampu jalan ..

Sedang Bercekak pinggang ..

Aku tersentak kebelakang , mata terbeliak melihatkan kelibat tadi ..

“ Aku perhatikan kau dari tadi , Kau buat apa ni ?” Tanya pakcik tu mula berang

Aku hanya terdiam , Takut nak berkata apa apa ..

Badan mula menggigil

“ Mampus lah aku !!” bisik hati

Sambil Pakcik tu menyalakan lampu rumah …

“ Kau bangun !! Bangun sekarang !” Jerit pakcik itu

“ Sini Kau .. Ikut aku masuk sekarang !” Jerit pakcik tu..

Aku pun terpaksa akur ..
Perlahan aku bangun , Berjalan Dan masuk kedalam rumah tu ..

“ Duduk sini …” Balas pakcik tu

“ Kau cerita dekat aku , Dari awal sampai habis , Macam mana kau boleh ada dalam kawasan rumah aku ni ..” Tanya pakcik tadi sambil memeluk tubuh ..

“ Kau mencuri !? Kau merompak ??” Jerit pakcik tadi

Aku menggelengkan kepala ..

“ Habis tu kenapa polis peronda kejar kau !” gertak pakcik tu lagi

Lirik matanya yang tajam lagi garang ..

Membuatkan aku makin kurang senang ..

Penuh dengan seribu tekaan .. Apa yang bakal terjadi pada aku …

“ Kau duduk ! Kau cerita sekarang !” Jerit pakcik tu lagi

Aku pun duduk diatas sofa ruang tamu .. Aku menceritakan semuanya dari mula ..

Sambil pakcik itu cuba menghayati setiap cerita aku …

“ Kau tunggu sini , “ Balas pakcik tadi sambil berdiri mengunci pintu rumahnya dari dalam

Aku dah mula rasa kurang selesa
Yelah ! Pintu dikunci dari dalam ..

Dah kenapa ?!!!
Masa tu , Takut bercampur seram !
Pakcik ni nak buat apa pada aku !

Pakcik tu keluar dari biliknya ..

“ Dah jom !” … Agah pakcik tadi

“ Jom ?” Tanya aku

“ Kita ke balai ..” Balas pakcik tu

Mata aku terbeliak semula , Sambil menelan air liur , Aku terpaku

“ Tolong la pakcik , Saya tumpang menyorok je .. Jangan lah hantar saya ke balai polis .. Saya merayu ni ..” Balas aku..

“ Hmmm … Kalau aku nak hantar kau jugak .. Kau nak buat apa ? Balas Pakcik tadi

Aku hanya mampu menunduk … sambil menggenggam tangan berkali kali ..

“ Kau tingkatan 4 baru kan …?! Kenapa liar sangat ni ? Macam mana warden kau boleh tak tau kau keluar malam ni ?!” Tanya pakcik tu lagi ..

“ Ya pakcik .. Masih form 4 … hmm kami ikut bawah pagar pakcik …” Balas aku

“ Dah berapa lama kau buat kerja ni ?” Tanya pakcik tu lagi

“ Hmmm dari form 2 lagi pakcik .. Senior ajar .. Saya ikut je ..” balas aku menunduk ke bawah …

“ Kau sedar tak …Tahun depan kau Nak spm dah kan ? … “ Tanya pakcik tu lagi

“ Ye betul tu ..pakcik..” Aku mengangguk

“ Kau tau tak , Aku ni .. Kalau boleh undur masa balik … Aku dah undur dah ..” Balas Pakcik tu .. Sambil merenung ke arah aku ..

Aku mula mendongakkan kepala ….

“ Hah ? Undur masa ?” Tanya aku …

“ PMR kau keputusan Bagus ?” Tanya pakcik

“ Hmm .. boleh tahan lah jugak pakcik ..” Balas aku

“ Ni kau keluar tiap tiap malam … Skang ni pelajaran kau bagus ? Bila masa kau belajar ?” Tanya pakcik lagi

Aku menggelengkan kepala

“ Mak bapak kau tu kat rumah , Mereka harapkan kau , Ini kau balas …?” Jerit pakcik tu lagi

“ Kau tau tak bapak kau susah cari duit nak kasi kau makan , Pelajaran semua ni , Kau ingat free ke ?” Bentak pakcik tu lagi …

Aku mula mengalirkan air mata ..
Bila aku terkenang tentang kedua orang tua ku ..

dan dalam masa yang sama …

Baru lah aku teringat ..

Sebelum ini , Dari kelas yang baik aku telah dipindahkan ke kelas yang corot
selepas beberapa insiden menjual rokok dan sebagainya …

Masa tu baru aku sedar .

Bila aku “ flashback” semula …
, Aku lah scorer dalam kelas aku yang terhujung ..

Cikgu umumkan markah aku paling tinggi dalam add math , Semua kawan2 bersorak ..

Bersorak dengan keputusan yang hanya 35% , Berwarna merah ,

GAGAL !
Kalau aku lah yang score markah 35% tu paling tinggi , Bayang kan kawan kawan aku …

Baru lah aku sedar , Aku sudah menyimpang jauh .. Jauh dari tanggungjawab aku ..

“ Mari sini dekat sikit ..” Balas Pakcik tadi

“ Pammm !!!”

Satu lempang yang hinggap pada muka aku …
Terkejut ! Aku menggadah ….
Aku tertujah kebelakang ,
Menekap pipi yang baru sahaja ditampar …

Sambil mata aku terbeliak melihatkan pakcik itu …

“ Kkkkkeeeenapaaa pakcik lempang saya ..?” Tanya aku …
sambil menggosok pipi …

Pedih tak terkata….

Pakcik itu berdiri , Berjalan ke arah aku …
Tangannya menggapai lengan aku ..

“ Bangun !” Balas pakcik tu

Aku pun turut bangun sambil sebelah tangan masih menekap muka ..

Jantung aku mula berderau …
Nafas aku mula bernafas panjang

Apalah nak jadi pada aku seterusnya ?

Pakcik itu membawa aku ke pintu rumahnya …

“ Hidup dalam dunia ni , Tuhan beri sekali saja kau tau !, apa yang membezakan satu manusia dan manusia yang lain , Bila mana seseorang itu mempunyai NILAI yang berguna kepada manusia yang lain … Balik ni … Kau fikir balik masak masak , Kau fikir masa depan kau … Semua orang akan paksa kau belajar , paksa jadi orang baik , Tapi tanya pintu hati kau sendiri … Masa depan kau , Hanya kau yang tentukan …” Balas pakcik tadi sambil memegang kedua belah lengan aku …

Aku mengangguk berkali kali …
“ Tttterima kasih pakcik , Ssssaya berjanji Takkan buat jahat lagi ….” Balas aku menunduk ke bawah …

“ Sudah , Balik asrama kau tu sekarang ..” Balas pakcik tadi …

Aku hanya mengangguk ..Menuruti segala perintah

Lega!! Aku dibenarkan pulang …

Aku sambut tangannya , Aku salam dan tunduk cium …

“ Saya pergi dulu pakcik ..” Balas aku …

Pakcik tadi hanya mengangguk …

Namun pedih di pipi masih lagi dirasai ..
Kuat tamparan pakcik tadi

Perjalanan aku terhenti seketika ..

Aku menoleh …

“ Tapi kenapa pakcik tampar saya “ Tanya aku sambil memandang kearah pakcik tadi ..

“ Tamparan tu sebagai Pesan … Kau akan ingat sampai bila bila ..” Balas pakcik tadi sambil menutupkan pintu rumahnya itu …..

Beberapa hari selepas itu

Aku telah dibuang sekolah ..
dan dipindahkan ke sekolah biasa ..

Walaupun aku dibuang sekolah ,
Aku bersyukur , Aku masih lagi tidak terlewat…

Form 5 … Aku disekolah biasa ..
Dari saat itu , Aku mula belajar dengan lebih keras..sehinggalah Keputusan spm itu berjaya membawa aku masuk ke matrikulasi dan seterusnya sehingga sekarang

Alhamdulillah …

Tamparan itu , Kesannya masih jelas hingga sekarang .

Satu PESAN yang takkan pernah aku lupakan sehingga akhir hayat .

Pesan yang datang nya dari orang luar , Impaknya lebih kuat dari yang dekat .

“ As the twig is bent , so shall the tree grow”

Dr Yazeed Tommy Shelby

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.