PESAN PART 1

PESAN

Kisah ini aku nak kongsikan pengalaman yang berlaku pada aku sekitar 17 tahun yang lepas .

Masa tu aku sedang belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh , Di Selangor .

Satu titik perubahan yang besar berlaku dalam diri aku disebabkan oleh satu kejadian yang tak disangkakan berlaku .

Aku dikejar Polis !
Ya.. Hairan kan ? Apa kemungkinan aku di kejar Polis … Untuk seorang anak muda berumur 17 tahun dikejar polis itu adalah sesuatu yang berat .

Aku akan ceritakan dari awal .
Bermulanya aku masuk asrama sejak dari tingkatan 1 . Masa tu minat untuk belajar masih ada … Tambahan pula Abah yang garang .. Yang sentiasa pastikan aku untuk dapat keputusan yang baik setiap peperiksaan .. Aku akur dengan sifat tegas abah

Keputusan pemeriksaan PMR memberansangkan .. Aku sambung belajar macam biasa di sekolah yang sama …

Disebabkan keputusan PMR yang bagus .. Aku mula lupa diri .. Aku dah anggap yang diri aku ni sudah pun pandai .. Tak perlu belajar lebih gigih lagi …

Aku mula khayal dengan dunia di luar .
Aku mula berani keluar dari asrama secara senyap . Merokok diluar asrama , apatah lagi ponteng sekolah . Itu sudah menjadi kebiasaan

Bermula dengan merokok sejak tingkatan 3 , Kemudian aku menjual rokok bila dah naik form 5 . Perniagaan semakin baik …

Bukan susah , Fly keluar , Beli rokok sekotak guna orang dalam , Lepas tu jual sebatang-sebatang … Tapi tak lama selepas tu …Baru jer aku nak kembangkan bisnes aku , Dah kantoi pulak ! Adalah balachi tukang repot yang laporkan pada warden !

Dejei punya balachi !

Aku di tangkap , Oleh warden
Dan kemudian , Aku dilaporkan kepada guru disiplin ..

Nak dijadikan cerita Pagi tu ,
Dah la , Aku ponteng sekolah …
Masa aku tengah sedap tidur ,
Tiba tiba aku disergah oleh cikgu disiplin

Cikgu tu mencangkung betul2 sebelah muka aku …

Apa lagi , Aku terkejut beruk ! Gila kau ! Dah la ponteng sekolah , Bila kau bukak mata , Cikgu disiplin pulak ada dekat sebelah .!!!

Jemmm !!!

“ Baguslah , Ponteng sekolah , Hisap rokok , Jual rokok , Fly tengah malam , Kau nak jadi apa ni ?” Tanya cikgu

Aku dah mula cuak ..
Aku hanya senyap pandang ke bawah

“ Kau nak kena buang sekolah ? Kau nak aku panggil mak bapak kau ?” Tanya cikgu

Aku gelengkan kepala berkali 2 , Tunduk ke bawah ..

“ Aku kasi kau satu peluang lagi , Tapi dengan syarat .. Kau kena pergi Kem Kadet Remaja Sekolah .. untuk 3 hari ..” Balas Cikgu

Aku hanya mengganguk tanda setuju
Walaupun dalam hati aku berkata

“ What the hell ? Apa kaitan aku dengan kadet remaja sekolah ? Cikgu ni yang gila ke ? Aku yang gila ni ?” Bisik hati

Aku akurkan jua …
Aku pun pergi lah Kem tu…
Kem tu , Kiranya untuk membangunkan mentaliti dan fizikal anak mudah lah…
Teamwork , Disiplin , Adventure dan macam macam lagi

Mungkin dengan harapan , Aku dapat lah belajar sesuatu dari situ..

Aku pun join je lah segala apa aktiviti yang ada masa tu .. Secara terpaksa.

Janji … Aku tak kena buang sekolah , Dan parent aku tak tau kisah sebenar

Boring gila !
Aku tak sabar nak balik ..
Sebab aku memang tak suka aktiviti yang sebegini …

Selepas kem itu , Aku pulang ke sekolah semula. Sampai kan aku sendiri terkejut , Aku dilantik Jadi Pengawas !

Kawan aku pun semua tak percaya ..
Mereka bingung

What the fish !!! aku pun turut bingung .

“ Mula dari hari ini , Kau jadi pengawas .. Kau dah pergi kem tu kan , Dah belajar macam mana jadi orang ?… “ Tanya cikgu

Aku hanya mengangguk

“ Ok dah , Pergi lapor diri dengan ketua pengawas .. Ni baju dan seluar baru pengawas .. Esok kau mula pakai pakaian ni .. Name tag kau pun dah siap tu … “ Balas cikgu Amar ..

Lemah longlai aku berjalan ke Bilik pengawas..

Aku dah lah Anti dengan ketua pengawas masa tu ..
Kalau kau tengok mamat tu , Macam cerita mat saleh ..

Ketua pengawas yang sentiasa diiringi oleh awek awek cun ..

Muka dah la jambu , Skema pulak tu .. , Rambut berkilat belah tengah macam bechkham , Baju pulak sentiasa tegang dan kemas , Bila masa tah dia sempat gosok baju … bucu seluar tajam .. Fuhhh … Aku gelarkan sebafau Belia 4B

Aku dengan baju yang tak bergosok , Kolar leher hitam berkerak daki ,
Seluar Cantona 7 bawah 21 inci siap boleh sapu lantai …
Berjalan masuk ke dalam bilik pengawas

Semua pengawas menoleh pandang ke arah aku ..

Yelah , Aku masih berpakian Putih hijau ..
Mereka pula baju pink dan berseluar kelabu …

Kan lain puak tu !

Aku pun masuk ..

“ Cikgu Amar lantik aku jadi pengawas .. Esok aku jaga mana “ tanya aku

“ Eh kau ni , Salam apa pun tak ada , Ni apa hal ni ?” Tanya Ketua pengawas

“ Kau tak nampak ke aku pegang baju pink dengan seluar kelabu ni …? Ni kan name tag aku …dah sah sah aku jadi pengawas , Aku nak balik dah ni .. Sekarang ni aku nak tanya satu je , Esok aku nak jaga mana ?” Tanya aku lagi .. Malas aku nak melayan mamat K Pop tu

“ Hmmm esok kau jaga tandas belakang !” Jawap ketua pengawas ..

“ Berapa lama ?” Tanya aku

“ Sebulan “ Jawap Ketua pengawas

“ Aik , Takkan takde rotation ? Tukar2 tempat .. ?” Tanya aku

“ Ahh leceh lah , Kau jaga tandas belakang hujung sana je cukup “ Balas ketua pengawas

Sebelum aku keluar ..
Sempat lagi aku bertanya

“ Korang perasan tak baju pengawas sekolah ni buruk gila … Macam mana korang boleh pakai baju pink , Seluar kelabu ni bertahun2… ? Tanya aku sambil tersenyum terus berlalu ..

“ Puas Dalam Hati “…

Sebelum pulang ke asrama.. Aku pun berjalan ke hujung sekolah .. Blok terakhir .. Ada tandas dihujung …

Sempat jugak aku melawat kawasan …

“ Fuh .. Tandas ni betul jauh dari pejabat .. “ Boring betul

Aku termenung melihat tandas tu ..
Sebulan aku bakal menjaga tandas ni

Sekeliling hanya padang dan pagar ..
Tempat yang sangat tersorok dan tak ramai murid lalu lalang disitu

“ Hah !! Terbaik .. Ini tempat boleh jadi port isap rokok!” Bisik hati

Sejak dari haritu , Perniagaan menjual rokok semakin laris ..

Yelah.. Aku pengawas yang jaga tandas tu ..

Confirm lah Line Clear ! Ada lesen besar

Semua kawan aku hisap rokok di tandas tu masa rehat …Memang port yang paling terbaik ..

Sebab aku lah yang jaga line …Aku memastikan semua perokok selamat berada disitu ..

Sampai lah satu hari …
Port rahsia kami tersebar ..

ada lah balachi lain lagi yang report ..
Katanya aku pengawas yang menggalakkan murid lain merokok

Aku dipanggil sekali lagi oleh cikgu disiplin

“ Aku dah tak boleh kasi muka lagi dekat kau , Kau tukar lah sekolah lain , Nanti aku panggil mak ayah kau esok “ Balas Cikgu

Aku hanya mengangguk .
Dalam hati penuh kerisauan ..

Malam tu aku tak ada mood ..

Jadi ,
Macam biasa lah , Aku fly ! Keluar dari asrama lewat malam dengan beberapa kawan …

Macam biasa , Kitaorang pergi ke cyber cafe ….Apa lagi main counter strike lah nak release kan tension …!

Malam tu lebih kurang jam 2 pagi,
Sewaktu Kami berjalan pulang ke asrama..

Tiba tiba , Ada satu bunyi dibelakang ….

“ ne no ne no !!”
Bunyi siren polis !!!!! Jerit salah seorang kawan …

Suara siren yang datangnya dari kereta polis peronda…

Bertempiaran kami berlari ..
Kami berpecah .. Membawa haluan masing masing …
Dengan harapan semua akan selamat sampai di asrama ..

Malang untuk aku malam tu …
Kawan aku ada ramai lagi yang lari ..
Kenapa aku juga yang kau target …!!!!!
Kereta polis tadi sengaja mengekori aku dari belakang..

Aku mula masuk ke lorong2 yang sempit ..
Sehinggalah aku berjaya menghilangkan diri dalam kegelapan …

Nun jauh dihujung sana , sebuah rumah hujung yang gelap tak berpenghuni masa tu telah menarik perhatian aku

Dan atas desakan yang amat tinggi ..

Untuk elakkan aku dapat dilihat dari tepian jalan .. Aku pun mengambil langkah berani ..

Iaitu menceroboh , Secara tidak sengaja

Aku panjat pagar rumah , Aku terus menyelinap masuk , Aku menyorok di tepian rak kasut , Dibelakang kereta dalam rumah tu ..

Kereta polis ronda , Berlalu pergi ..
Aku menghembuskan nafas lega

Lega tak terkata rasanya malam tu ..
Aku dah terlepas dari satu tangkapan ..

Mungkin polis tu sebenarnya nak buat rondaan sahaja , Yelah , Malam buta , Budak muda 5-6 orang berkeliaran , Mesti lah polis nak tahan ..

Baru siren dibuka , Semua dah berkeliaran lintang pukang lari , Mesti lah polis kejar!!!

Kami pulak , Semuanya budak asrama , Habis lah nanti kalau kena hantar balik dengan polis. Mesti jadi kes besar nanti

Lebih malang untuk aku, dah la kena ugut buang sekolah , Tambah lagi kes polis , Apalah malang sangat nasib aku !!!

Setelah puas aku mengintai sekeliling ..
Aku yakin .. Polis tadi dah tak ada…

Tiba tiba …
“ krekkk”
Pintu tingkap diatas kepala aku terbuka …

Aku mula tak keruan ….

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.