Perginya Dia bersama Corona
Nama Hospital dan doktor dirahsiakan .
Kisah ini dikongsi kan oleh seorang kawan yang bertugas sebagai doktor kecemasan .
Beberapa minggu yang lepas .
Datang seorang Pemuda berumur dalam linkungan 40 tahun , En Kamal , Ke jabatan kecemasan . Bersama seorang isteri dan dua orang anak yang berumur linkungan bawah 5 tahun .
En kamal mengadu tak sedap badan dan batuk . Deria rasa dah mula berkurangan .
Tiada demam , tiada sedak nafas .
Seperti biasa doktor akan ambil swab test covid . Masa tu Saturation oksigen 99% , Suhu 36.8 . Tekanan darah dan kadar denyutan nadi normal .
En Kamal , Nampak fit seperti biasa .
En kamal di arahkan pulang dahulu sementara menunggu keputusan swab
kerana tiada indikasi untuk di masukkan ke dalam wad .
Malam tu , En kamal diberitahu , Bahawa beliau positif sars cov2 ( Covid 19 ) serta menerangkan kepada en kamal cara 2 untuk kuarantin di rumah .
Panduan untuk mengisi carta harian juga turut diberi melalui online , Dan juga cara cara untuk memalklum kan pada pihak pkd dan my sejahtera .
Pihak hospital telah memberi cadangan kepada En kamal , agar isteri dan anak anak untuk segara menjalani swab test
Namun , Mereka tidah hadir keesokkan harinya .
Hari ke empat , En kamal datang semula , Kali ini en kamal hadir dengan rasa pernafasan yang berat , Namun masih tidak demam .
Semasa pemeriksaan , Doktor mendapati Kepekatan Oksigen semakin berkurangan hingga 90% . En kamal perlukn bantuan oksigen . En kamal juga menjalani Xray untuk based monitoring .
xray , Nampak jangkitan pada paru paru .
Dengan segera doktor pakar bahagian jangkita turun untuk memeriksa en kamal
En kamal dimasukkan ke dalam ward .
Bahana coronavirus yang sangat kejam dan progresif ini telah menyebabkan keadaan paru2 en kamal menjadi semakin parah dan lemah .
En kamal dipindahkan Ke Icu untuk rawatan intensif . Segala alatan bantuan pernnafasan telah dipasang pada en kamal
Kini , En kamal hanya bergatung pada alat pernafasan sahaja , Untuk meneruskan hidup .
Tiada ubat ubatan spesifik , Yang dapat memebantu en kamal untuk membunuh virus kejam ini
Takdir tuhan , Tiada siapa yang tahu .
Selang 2 hari , En kamal menghembuskan nafas terakhirnya .
Dalam usia 40 tahun , En kamal telah meninggalkan isteri dan dua anak comelnya .. Dalam sekelip mata .
Isteri dan anak telah pun menjalani ujian swab test covid . Alhamdulilah , Keputusan mereka negatif .
Memang tuhan nak lindung keluarga en kamal .
Kata kawan aku yang incharge sebagai doktor kecemasan yang jumpa en kamal pertama kali ,
“ Baru je 4 hari lepas tengok dia datang dalam keadaan fit , bergurau dengan anak anak , Tak sangka dia pergi terlalu cepat “
Walaupun dunia kita semakin canggih
Namun dunia , Masih mundur dan masih cetek ilmu tentang perubatan
Masih banyak yang perlu di belajar ,
Masih banyak kajian yang perlu dilakukan .
Teknologi yang kita ada sekarang ?
Hanya 10% sahaja dalam ilmu perubatan yang luas
Tujuan aku cerita ni , Untuk berkongsi ..
Bagaimana progresif nya virus covid 19 ni
Ada yang mampu survive , Ada yang tak mampu survive
Bergantung pada antibodi masing ?
Ya mungkin … Tapi siapa yang tahu ?
Tak perlu lah aku nak beri nasihat disini , Kerana semua orang kenal apa itu covid 19 .
Jadi pandai pandai lah jaga diri di luar sana .
Ada yang kata konspirasi ?
Terpulang pada penilaian masing2 ..
Semua orang di beri akal dah fikiran .
Apa yang aku cerita ni bukan konspirasi , Tapi realiti
Tak perlu berbalah sana sini
Yang penting jaga diri dan ahli keluarga sendiri