PENGALAMAN SEMINAR COACHING : Part 1

Pengalaman Seminar Coaching : Part 1

So now aku nak ceritkan pulak pengalaman aku masuk class seminar ni .. Dekat zimbabwe . Bukan dekat Malaysia .πŸ˜‚

Aku ada pergi few seminar masa tu . Bisalah baru nak start bisnes . Betul2 dahagakan ilmu . Aku belajar sains dan perubatan selama 6 Tahun . So bila masanya aku ada peluang nak belajar pasal bisnes kan ?


so bila dah start bisnes sendiri ni , Terasa lah jugak … Banyak yang aku tak tau .

Corporate structure , Employee and satutory , Tax dan sebagainya .

Arghhhh !!! Rumit !!

So class ni nama dia – (Something something) . Yang di asaskan oleh seorang Dato . Dato ni rasanya satu zimbabwe kenal . Tak perlu sebut nama .. Orang boleh agak punya …

Pada awalnya , Bila aku tengok dato ni antara salah seorang yang berjaya jadi jutawan . Famous , Ada kilang , Rumah istana , Kereta lagi lah jangan cerita . So terasa lah kagum …

So memang niat aku nak belajar lah masa tu , Bukan apa , Takut kita tersilap langkah ..Takut syok sendiri .. Takut bankrup …

Ini lah antara ketakutan aku dan aku percaya antara ketakutan korang semua. Dah keluar modal berpuluh ribu ringgit , mesti lah takut .

So aku pon apa lagi sign up ! Ambil yang premium sebab dapat kelas One To One selepas seminar .

Pada aku , Mungkin ini lah masanya aku boleh tanya macam2 soalan dan belajar . Kalau dekat seminar nak tanya macam mana kan ? Sebab ramai orang

So bila aku hadir seminar ..

Semuanya sama sahaja seperti seminar2 yang lain .. Masa dato tu masuk naik atas pentas .. Kelassss kau jah ! Menari , Berjoget bagai stylo mylo naik atas pentas

Jadi aku dah garu kepala .. Aku pergi seminar Usahawan .. Tapi ini dah macam konsert drag queen pun ada πŸ˜‚ .. Aku pun confuse..

Seriously aku tak rasa macam menghadiri seminar education . Mungkin semua seminar perubatan yang aku pergi agak serius dan educative ..

Kali ni lain pulak rasanya

Aku siap bawa nota , Laptop , Macam2 alat tulis lah .. Yelah nak pergi belajar kan mesti banyak nota nak tulis ..

Tapi malangnya tak ada satu pun yang aku catatkan dalam nota . Semuanya cerita tentang kesusahan dia .. Dan kemudian kejayaan dia ..

Skang ni aku nak jadi apa pun aku tak tau ? πŸ˜‚

Lepas tu dia invite la artist terkenal naik atas untuk share pengalaman jugak . Dan beberapa sifu sifu lain naik atas sembang lebat .. Selebat lebat nya …

Semuanya ulang benda yang sama .. Macam yang aku pernah cerita sebelum ni ..

Even buku yang aku tengah study tu lebih bagus kandungan isinya . Kalau aku tau .. Aku duk rumah study buku tu je pun tak pa…

Aku dah fed up masa tu , Aku balik awal .

Yuran dah bayar beribu ribu nak dapat seat premium . Tapi hasilnya macam ni ..

Panas hati masa tu .. Rasa cam buang masa .. Masa aku pergi parking lot pun .. Ramai yang dah keluar dari dewan seminar tu

Masa aku on the way balik , Ramai jugak berebut nak beli buku dia πŸ˜‚

So aku bersabar lagi .. Aku tunggu bila ada class 1 To 1 Pulak . Aku cuba husnuzon . Mungkin seminar tu sekadar pengenalan .

Tak lama lepas tu aku dapat panggilan dari secretary dia .. Katanya jadual kelas ada penangguhan .. Tukar tarikh baru ..

Macam mana nak jadi usahawan kalau meeting asik bertangguh ..


so aku tunggu lagi .. Soalan banyk nak tanya ni ..

Lepas seminggu lebih macam tu tak silap dapat panggilan .. So dapat lah jumpa dato tu buat kali pertama

So macam biasa bila mula kelas . sesi suai kenal .. Sebab bukan aku sorang , Ada lagi beberapa orang yang join premium seat ni rupanya …

So masa dia tengah cerita kehebatan bisnes dia .. Outlet banyak semua tu.. Aku angkat tangan ..


soalan aku pada dato senang je

β€œ How you control stock and manage waste ?”

β€œ Macam mana dia boleh detect kalau produk2 dia ada staff curi ? Sistem apa dia pakai ? how dia verify ? How dia control ?”

So dia jawap dengan aku macam ni

Lillahitaala ! Dia jawap macam ni

β€œ Kalau dah berlaku kecurian tu , Kadang2 kita tak boleh control sangat perangai manusia ni , Kita kena berserah pada Allah .. Kita sebagai orang teraniaya , Tuhan akan balas pada pencuri tu nanti ..”

Aku tergamam … Ye memang betul dari segi islam .. Kita redha dengan ketentuhan tuhan .. Tapi tuhan jugak nak kita berusaha macam mana nak elakkan benda2 ni terjadi

Aku nak jawapan teknikal !!!!!!!

Tapi dapat jawapan macam ni , Kalau jawapan macam ni , Mak Jun jual nasi lemak kat hujung jalan rumah aku pun boleh jawap !


Aku rasa stress ! sebab masa tu bisnes aku mengalami susun atur inventori stock yang teruk . Stock terjual dengan stock yang tinggal tak seimbang .. Yang manage pun aku .. So memang jahanam !

Kau bayang kan bila kau nak pergi belajar Jadi CEO dapat jawapan macam tu.. Duit dah keluar beribu ringgit ni.. Kau tak panas ke ?

Aku sabar lagi


esok harinya ..

Kelas marketing…

Semua orang nak tau macam mana buat marketing

Kata dato .. Apa susah .. Banyak channel marketing

β€œ Buat lah facebook ads . Insta gram , Website , google ada , Twitter dan sebagainya ..”

Aik .. Tu semua org pun tahu .!

Katanya lagi banyak marketing lagi bagus

Eh ! Makcik jual goreng pisang boleh jawap lagi bagus dari ni

Sudahnya tak ada teknik2 cara marketing secara teknikal pun ..

So aku tanya lah lagi

Macam mana nak jadi famous macam dato banyak peminat ..? Kot lah ada jawapan teknikal kali ni ..

So dia jawab lagi, Tapi kali ini lebih malang …

β€œ Korang kena buat something yang unik .. Macam aku , Baru lah boleh tarik perhatian ramai!” Balas Dato

β€œ Macam mana tu ?” Tanya aku

β€œ Sebenarnya aku saja je buat lembut2 tu , Kena terkinja kinja sikit …, Tarik perhatian ramai … Baru lah orang nak tengok kita .. Baru lah orang tak jemu … lepas tu ramai lah peminat You β€œ Balas Dato rileks ..

Aku pasrah .. Masa tu nak je aku rasa angkat kaki terus beredar depan dia …

Tapi aku masih menghormati majlis tu …Aku tunggu jugak sampai habis …

Tapi Masalah kompeni aku tak selesai .. Aku tak belajar apa pun sebenarnya secara teknikal …

Duit beribu yang aku bayar tu , Sepatutnya aku hire part timer accountant untuk tolong aku buat inventori .. Dan tolong aku balance kan stock .. Dan tolong aku create system inventori yang baik

Tapi duit ribuan ringgit melebur begitu sahaja …

Tu lah , Kononnya aku nak belajar buat sendiri .. Malangnya apa yang aku belajar ?

Aku dah salah invest duit kompeni aku ke jalan yang sepatutnya .. Malu aku pada bisnes partner aku masa tu ..

β€œ Tu la , Aku dah kata , Tak payah pergi seminar macam tu ! Kau degil …duit tu baik invest buat benda lain .. Kita punya sales pun bukan bagus sangat sekarang ni β€œ

Kat partner aku menusuk hati

Tapi lepas tu entah kenapa , Aku masih bodoh dan tolol …. Terpedaya sekali lagi

Aku pegi pulak seminar coach lain .. Yang datangnya dari singapura ..

Bila dengar dari singapura ..

Jauh jugak coach tu datang dari singapura ke zimbabwe ni πŸ˜‚

Ingatkan ada lah kelainan .. , Itu yang membuatkan aku rasa sekali lagi nak mencuba .. Mungkin ada coach yang lebih baik ….

Tapi Hakikatnya ….hmmmmm …

Nanti aku share lagi Part 2 ..

Kalau ikut kan hati , Nak je aku carut .


Tapi kalau aku carut pun benda tu pergi dekat aku balik … Padan muka diri sendiri !

Bersambung Part 2 nanti

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.