Kisah ni , Aku kongsikan pengalaman aku dulu semasa aku menuntut di Sekolah Perubatan Tertua , Crimea State Medical School after S I Georgievsky
Sepertia biasa , Kalau hujung minggu aku dan kawan kawan akan ke CENTRALNI RINAK ( Сентрални ринокь) dalam bahasa melayu nya Pasar Besar .
Kalau dulu , Memang selalunya aku dan kawan2 akan form satu group untuk memasak . Nak makan kat luar . Mahal satu hal , Nak cari halal pun satu hal jugak . So paling senang nak survive adalah. dengan memasak sendiri .
Bukan sekali , Tapi kerap kali aku nampak Buah Buahan yang mempunyai pelbagai bentuk , Bentuk yang aneh kalau aku nak gambarkan dengan lebih spesifik .
Tomato gemok sihat , Berkilat2 kulit … Geram je aku tengok .. Lebih Murah pulak tu dari harga Tomato yang dah sedikit buruk …
Ada tomata , Sebesar separuh saiz melon dew . Tomato bentuk kunyit pun ada .
Bukan setakat tomato , Epal berkembar pun ada .
Jadi aku rasa pelik , hairan betul dengan rupa paras buah buahan ni .
Jadi aku pun , Tanya lah lecturer aku , Kenapa ada buah buahan yang mempunyai bentuk2 yang pelik ni ..
Lecturer aku jawap ..
Kalau kau nampak buah besar semacam , Kulit tegang .. Berkilat je … Yang itu dari chernobyl …
Bandar Pripyat Chernobyl , Selepas letupan reaktor nuklear .
Terkejut , Baru lah masa tu aku dengar cerita pasal Chernobyl ni .
Apa yang berlaku sebenarnya , Selepas letupan nuklear , Radiasi caesium telah merebak ke seluruh radius bandar , Bukan saja membunuh jutaan penduduk , Malah meninggalkan kesan radiasi jangkamasa panjang buat penghuni bandar Pripyat
Mutation / Mutasi
Mutasi ini adalah perubahan pada kod genetik dalam sel disebakan ransangan radiasan yang kuat tadi .
Contoh nombor telefon kau , 01234567 , Selepas radiasi , Kod no telefon kau dah jadi 1456732 .. Perubahan kod ini menyebabkan orang gagal untuk telefon kau kan ? Sebab nombor dah tak sama ..
Sama efek dia macam makhluk hidup yang lain …
Manusia bermutasi , Kepala besar , Kaki besar , Mata terkeluar , Organ terkeluar dari badan dan sebagainya …
Kod Genetik yang sudah berubah tidak boleh lagi dirawat atau dibetulkan .
Masa tu aku ingat mutation tu akan beri kesan pada manusia sahaja , Rupanya mutasi ini akan beri kesan kepada semua sel hidup .
Termasuklah Haiwan dan Buah Buahan ..
Patut lah tomatu yang aku tengok tu , Tegang semacam , Ada yang bulat elok .. Tapi tak ada lansung kesan gigitan haiwan lain ..
So Cikgu aku nasihatkan , Kalau nak beli buah buahan .. Atau sayuran .. Ambil yang dah ditebuk serangga ..
Sebab serangga ni boleh sense buah buahan segar yang sihat . Jangan ambil yang nampak segar , Gemok dan tegang semacam …
Baru lah Aku faham …
Sejak dari hari tu , Kalau pergi pasar aku akan beli sayur sayuran atau buah buahan yang telah ditebuk serangga .
Tapi kenapa buah buahan dari chernobyl masih dijual ?
Sebab sejak 2011 , Mereka telah mengesahkan .. Bahawa tahap radiasi di chernobyl dah mula selamat ..
Tetapi mana mana pokok yang telah bermutasi akan terus menghasilka buah buahan yang bermutasi ..
Tapi , Kadungan buah buahan ini tidak lagi mempunyai radiasi ..
Cuma rasanya kurang sedap , kerana disebabkan oleh mutasi tadi .
dan buah buahan ini dijual pada harga yang murah .
Boleh makan cuma kurang sedap .
Kalau korang gi pasar , Nampak buah buahan atau sayuran yang sedikit sudah ditebuk serangga . Insyallah .. buah buahan dan sayuran itu
Segar dan bebas toksik
Dikesempatan ini sama sama kita doakan , Letupan di beirut itu , Tidak menyebab rewakan radiasi yang dasyat .
Siapa lagi yang menghancurkan dunia kalau bukan manusia sendiri .