Penangan Abah

Penangan Abah

Dulu , Masa tu sekolah rendah lagi ,Darjah 5, Aku ingat lagi Kisah hari tu . Hari ambik report card sekolah peperiksaan hujung tahun .

Dia punya cuak , Ya allah tuhan je yang tahu . Bapak aku ni garang orangnya, Dan dia sangat particular bab pelajaran , Tambahan lagi subjek Sains dan Matematik .

So bila aku kata bapak aku ni strict dalam pelajaran , Maknanya , Kalau result kau teruk sikit … Tali pinggang lah habuannya .

Takde cerita lain lagi dah …

Hayunan tali pinggang tu bukan biasa biasa , Kadang kadang kalau tersilap kena , Boleh koyak isi kaki .

Well aku dah biasa ..

Tapi perasaan cuak tu tetap ada ..

Cikgu panggil nama aku …

Menggigil aku bangun … Muka dah mula berpeluh … Nafas laju … Sambil mulut aku terkumat kamit baca surah … Aku pun tak tahu surah apa , Aku belasah je …

Cikgu aku hulur report card pada aku

“ Tahniah !!!” Ulas cikgu aku sambil tersenyum …

“ Dup dap dup dap “ aku gelisan

Perlahan Aku buka buku report card tu …

Degupan jantung semakin kencang

Peluh di dahi mula membasahi muka sekali lagi

“ Ya allah ..” bebel aku sambil tunduk kesedihan …

Aku pucat …

“ Eh kenapa kau ni ? Tak suka ke ?”

tanya cikgu

Aku tunduk ke bawah …

Aku kesal …

Aku gelengkan kepala

“ Eh , Apa yang kamu risau sangat ni ?” Tanya cikgu

Aku gelengkan kepala lagi tunduk pasrah

Aku berlalu pergi duduk semula

Cikgu pun hairan ….

Keresahan pada hari itu membuatkan aku tidak senang duduk dari pagi sampai lah ke malam

Makan tak lalu …

Lemah longlai

Aku dah boleh jangkakan apa yang akan berlaku malam nanti


bapak aku selalunya pulang jam 8 malam

Lepas kerja selalunya bapak aku ni , Dia akan pergi jogging dan senaman dalam gym dekat Kilang dia .

Jam 8 malam

Aku duduk di dalam bilik tingkat atas

Menunggu nasib diri untuk dihisab …

Dari atas aku mula dengar bunyi kereta abah tiba dihadapan rumah . Jantung aku kembali berdenyut kencang …

“ Ahhh sudahhh ..” Bisik hati sambil melihat adik perempuan aku yang turut keresahan menggenggam tangannya berkali kali

Aku dah tengok report card adik aku ….Keputusan adik aku lebih kurang aku jugak la… Sama sama baghal …

Itu pasal dia pun resah menanti kepulangan abah …

“ Krekk..”

Bunyi pintu rumah dibawah terbuka

Aku dan adik masa tu standby duduk di tangga …Kami mengintai dari celahan tangga…

Nampak abah masuk ke dalam rumah …

“ Budak budak ni mana ?” Tanya abah

“ Haih !! first skali dia sampai rumah ! Dia cari aku dengan adik aku ??!!” Bisik hati …

Abah tahu , Yang hari ni hari keputusan peperiksaan dan hari penyerahan report card

“ Diorang dekat atas tu , Tadi mandi !” Balas mama

Bapak aku pun apa lagi , Dia terus jerit nama aku dan adik aku …berkali kali

Masa tu , Ya rabbi , Macam nak tercabut nyawa rasanya …

“ Kau pergi lah dulu ..” Balas aku sambil aku tolak adik aku ke depan

“ Kau lah !!!” Adik aku tarik aku semula

“ Ishhh , Kau kan adik .. Ko gi je la dulu ..” Balas Aku sambil aku tertolak adik aku sedikit kuat

Adik aku akhirnya terseret menuruni 2 anak tangga

Bapak Aku terus menyahut nama adik aku

“ Ain kau buat apa lagi kat situ … Turun sini bawak report card kau !” Bentak abah

Aku terselamat buat seketika

Aku tak berani mengintai , Hanya pasang telinga mendengar …

“ Ini result exam kau ! Ini yang paling bagus kau boleh buat ? Selama ni kau belajar hari2 , Aku ajar kau benda ni semua setiap hujung minggu … Ini je yang kau dapat ?” Balas Abah

“ zap zup zapp !!!”

Tali pinggang mula melekat , Di sana sini …

Maka meraung lah adik aku di bawah berseorangan

Mama ? Mama pun takut dengan abah

Tapi kalau mama rasa abah dah over sangat .. Mama akan mula masuk campur … Sebagai backup ..

Tanggungan adik aku dah selesai ..

Aku dah tak dengar lagi jeritan dia ..

“ Ting!!!” Idea mula masuk dalam kepala

Masa tu aku tengah pakai trek suit …

Aku pun terus berlari masuk semula kedalam bilik …

Aku sarung satu lagi trek sut , Dan lapisan paling luar aku sarung seluar jeans

Maknanya masa tu aku pakai dua trek suit didalam , Dan satu seluar jeans sebagai perisai utama di luar

Abah jerit nama aku berkali kali

Aku terus turun

Aku serahkan report card

Seperti yang dijangkakan …

Aku menyerah diri …

Kali ni aku bersedia menyerahkan diri disebalik perisai yang tersedia

“ Kau pun sama ! Fail ! Kau belajar apa selama ni ? Part mana yang aku ajar kau susah sangat nak faham ?!!” Jerit abah

“ Zap zup zap !!!”

Tali pinggang hinggap di peha dan betis

“ Wah ! Tak rasa sangat !!” bisik hati

“ Ini macam , Plan dah menjadi “ bisik hati lagi .. sempat berfikir sambil di pukul …

Tapi aku tak boleh lah buat macam pukulan tu tak sakit kan ?

Sudah pasti lah aku kena berlakon buat teruk

Setiap kali pukulan yang hinggap , Walaupun tak sakit sangat disebabkan perisai seluar trek sut dan jeans tu … Tapi aku punya guling 2 meraung kesakitan tu memang real…. Real real real !

Aku sengaja menjerit bagai nak pecah anak tekak , Aku gosok kaki konon pedih sangat pukulan tu , aku berguling dari ruang tamu sampai dapur …

“ Dah ! Korang dua boleh naik atas ! Ingat ! Lepas ni … Selagi keputusan kau orang ni takde improvement … sabtu ahad kau punya jadual belajar dari 8 pagi sampai 8 malam , Jangan harap nak keluar jalan !” Bentak abah lagi

sambil ambil report card kami campak ke luar rumah …

“ aku taknak sign ! biar mak kau je yang sign !, esok pagi korang kutip report card ni ….” balas abah masih marah

Aku dan adik naik ke atas bilik …

“ weh , cube kau selak seluar tu , tengok skit bekas pukul ..” tanya aku

Adik aku pun selak ..

“ Fuh !!! berbirat birat … ala rilek la , esok dah tak sakit ..” balas aku

“ Tengok kau punya pulak ..” tanya adik aku

“ ok sekejap ..” balas aku sambil buka butang seluar jeans

“ woi ! apa hal kau bukak seluar! Orang suruh kau selak je !” Bentak adik aku

“ Ish mana boleh selak , Tebal la giler !” Balas aku

Adik aku bingung …

“ apa yang tebal ?” Tanya dia lagi

“ sabar jap “ Balas aku sambil aku buka seluar jeans , Dan kemudian seluar trek suit yang ke dua …

“ Jangan terkejut tau ! Ni magik !” Balas Aju

Aku pun selak ..

“ Hah ? kau tak kena pukul ke tadi ?” tanya adik

“ Macam takde bekas kan ? Macam takde apa berlaku kan ?… Magik kan !!?” Balas aku sambil tersenyum

“ Woi !!! Tipu ! Mana acik pakai 3 seluar !!!

Balas Adik

Aku senyum …

“ Kau kalau nak hidup , otak mesti nak jalan tau ?” Balas aku

“ ok lah , Next time , Kita guna skill ni ok ?” Balas aku sambil kami mencelet jari … Tanda setuju

Esok pagi nya , Selepas subuh ,

aku dan adik dah bersedia atas basikal untuk ke sekolah…

Sambil ditemani mama .. yang mengutip report card kami diluar …

Sebelah rumah kami …

Aunty Mary … Berbangsa cina menjengukkan kepalanya ke arah kami

“ Eh , Malam tadi kena pukul kah , You orang nangis nangis … Manyak kuat ohhhh?” Tegur aunty mary pada mama

Mama mengangguk saja

“ Teruk sangat meh ?” Tanya aunty mary

Mama hulurkan report card pada aunty mary

“ Hah !!! Ini macam pun kena pukul kah ?” Tanya aunty mary

“ Yazeed , U dapat nombor 3 dalam kelas pun kena pukul ah ? Ain dapat no 2 dalan kelas pun masih kena pukul lagi meh ??” Tanya aunty mary yang sedang membelek report card kami

“ Itu bapak dia mau No satu Saja … Matematik mesti 90 ke atas , ini dua orang , Walaupun matematik A , Tapi markah diorang bawah 90 maaa…. Bapak dia tak suka punya …” Balas Mama

Aunty mary terlopong garu kepala

Aku dan adik meneruskan perjalanan ke sekolah seperti biasa

Begitulah perjalanan hidup aku dan adik adik seterusnya hingga lah kami semua masuk ke sekolah berasrama

Korang jalan jalan hujung minggu ?

jam 7 pagi kami dah breakfast ,

Dikala kawan kawan lain aku bergembira dihujung minggu …

jam 8 pagi sampai 5 petang kami dipenuhi dengan jadual belajar . Sabtu dan ahad sama sahaja … Bukan sekadar buku , Tali pinggang dah tersedia di tepi meja

Abah memantau semua aktiviti kami …

kalau bab matematik , Habis lah !! Mesti berbirat !

Jam 5-6 petang baru lah kami dibenarkan keluar bermain , Itu pun balik paling lewat 630 petang …

Tapi bagi aku ..

Aku amat bersyukur …Dengan apa yang berlaku pada aku

Ada yang kata , Kejam

Tapi bagi aku … Aku perlukan kekejaman itu

Aku bersyukur dapat Abah yang garang sebegini …

Aku sangat terhutang budi pada abah Kerana sifat istiqamahnya itu , Tak putus asa ..demi menjaga pelajaran kami

Dulu aku fikir , Abah ni jahat ..kejam , Dera dan sebagainya

Sekarang baru lah aku faham

Bila aku dah besar …

Betapa sukarnya untuk berdiri diatas kaki sendiri tanpa ilmu …

Betapa kejamnya dunia sehingga kau perlu hidup untuk bekerja , bukan bekerja untuk hidup…

Betapa sakitnya untuk hidup didalam sistem yang manusia sendiri bina

Zaman yang sangat kompetetif .

Zaman yang membuatkan manusia memijak antara satu sama lain untuk naik ke atas .

Realitinya lebih pahit ,

Lebih sakit dari tali pinggang yang pernah hinggap pada badan aku dulu

Kalau bab pelajaran , Bab disiplin , Memang abah seorang yang sangat tegas . Tapi selainnya , Abah sering beri yang terbaik . Makan minum , Pakai dan bercuti .. Semuanya yang terbaik buat kami …

Thank You Abah …

Kalau bukan kerana Kau

Penangan Abah

Aku takkan sampai disini …

p/s Nanti kalau anak aku dah besar , Dia baca post ni … Aku nak habaq dekat hang .. Hang stanby .. Aku punya tali pinggang lagi besaq dari atok hang punya … Hang tunggu turn hang ….

Kalau hang plan Pakai seluar jeans , Lupakan saja …..itu punya trick abah dah ejas lama

Apa pengalaman korang masa kecik dulu ?

Advertisements

5 comments

  1. Lebih kurang juga…Tali pinggang ..hanger , hos paip…apa ja xkne…mak Ayah aku didik mcm Hitler pun Ada aku rasa ( Masa dulu lah) …hafal sifir mhadap dinding…bila bdk2 lain bmain conteng2 aku kne baca kamus bahasa inggeris…aku silap nnti x ckp byk…siap ikat aku Kat pokok pisang …bkaq daun pisang kering Kat depan aku…setakat …dsruh bdri dpn peti ais..dimandi sebotol air sejuk tu …biasa lagi…kepala kene selam dlm besen yg penuh air….selam …pastu angkat …selam lagi…smbil disoal…nk buat lagi x??? ( Sedih wey) tapi syukur aku tau psal pa depa cmtu….ternyata nk bg aku kuat utk tmpuh dugaan hdup zaman skrg…

  2. Wow…hebat …aku suka baca…tp 100% berbeza dgn aku….mak ayah aku bercerai umur aku 3thn…aku n abg kakak aku semua lima beradik terhumban di rumah tok sebelah ayah…ayah bina keluarga sendiri…mak pun sama…sape kisah apa yang aku dpt…tak ada yang peduli…xada yang bangga dgn aku…mcm2 aku buat…sukan segala mak nenek akulah juara. Pelajaran top 10 lah jgk…tp sia2 belaka…kasih sayang pun bagai melukut tepi gantang…ending nyaaaa…biarlah aku je simpan…sbb doc pun cerita zaman kanak2 je…hihi…yg pasti aku tahu jiwa aku sedang sakit dari dulu hingga kini…

  3. Alhamdullillah best bila dengar kisah org lain Tak sama dengan kisah Kita ,lain Pula kisah aku mama baba org sush hantar aku duduk rumah makcik aku adik perempuan kpda baba aku, umur aku 8tahun aku dah berjauhan dgan kluarga, setiap Hari aku call mak aku snyap2, jadual prlajaran aku mg padat,cuti sekolah kwn2 tngok cita senario ktwa2 aku tngok buku,ngadap buku, dapat keputusan ok 99 hilang 1mata pun kena marah,kenapa boleh salah,lagi satu Mata je? Mbebel mkcik aku xhbis2 kta syg2..esok Lusa aku masuk prtandingan spelling menang niat aku mls nk bgthu mkcik aku,tapi setiap Balik sekolh dia akan cek bag aku,apa yg Ada kt bag skolah aku,akhirnya dia jumpa lak hadiah aku,dia peluk cium aku,dia marah aku lagi dia kta smpai hati u Tak bagitahu auntyizah u winners, dia cium aku dia nangis2 msa tu dia Bru lpas solat pluk aku kuat2 tu lah kngn yg aku xlupa smpi skrg, Alhamdullillah.. semua hnya tinggal kenangan..

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.